Memapar bagi tujuan makluman dan promosi aktiviti-aktiviti pelayaran di negeri Terengganu terutamanya yang berkait rapat dengan Persatuan Pelayaran Terengganu, Persatuan Luncur layar Terenggan, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah negeri Terengganu dan juga MSNTerengganu
This is personal sailing calendar not from any association or any govern body.
Sebahagian acara telah dimasukkan maklumat-maklumat kejohanan seperti venue, Notice od Race dan sebagainya. Klik pada acara dan anda akan lihat samada maklumat disertakan atau tidak.
Sila hubungi kami jika anda ada sebarang pertanyaan dan perlukan bantuan
Maklumat berkaitan dengan Program My Try layar boleh didapati melalui:
PERTANYAAN/KEMUSYKILAN/PERHUBUNGAN
1. Abdul Rani Bin Idris (Ketua Jurulatih): 012 5296850
2. Solllehudin Bin Ismail (Jurulatih Pembangunan): 01131832270
3. Tengku Khairudeen Bin Tengku Mohamed (Jurulatih Pembangunan): 019 4779037
2. Notis Jemputan/Maklumat Program: https://drive.google.com/file/d/12R8fjCEHl8lFEtwTLI_W0icofVLxqBqa/view?usp=sharing
3. Borang pendaftaran: https://drive.google.com/file/d/1nKcWqmI5OVPtLBIm7B_04EQqjIY_5IUl/view
4. Response/Maklumat Penyertaan On-Line: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfWAqClXXPI9h8IXKxw_6mhHJlHaQu6VyyXTtLwejOCelRUyQ/viewform?usp=sf_link
5. Laman sesawang aktiviti pelayaran Terengganu: www.msiasailing.org
6. Halaman/Page aktiviti sailing: https://www.facebook.com/TerengganuWindsurfingSA/
Sekali lagi pada tahun ini TWiNS meneruskan program tahunan iaitu Program My Try Layar bersempena dengan persediaan Bulan Belayar Terengganu pada bulan November nanti
Bermula September ini sehinggalah bulan Disember Twin akan sibuk dengan program-program yang dirangka secara progresif dengan acara-acara yang komprehensif bersifat secara holistik
Program ini merangkumi kepada semua tahap pelayar yang terdapat di dalam Program Pembangunan Sukan Pelayaran negeri Terengganu (Terengganu Sailing Development Program-TSDP)
PROGRAM MY TRY LAYAR SIRI 2019: Adalah program tahunan yang memperkenalkan sukan pelayaran untuk pelajar sekolah rendah, sekolah, menengah dan seterusnya ke peringkat IPT bertujuan untuk mencari dan mengasah bakat atlet sukan pelayaran bagi melahirkan atlet sukan yang mampu untuk membawa cabaran negeri dalam kejohanan dalam dan luar negeri terutamanya untuk kejohanan SUKMA dan seterusnya ke peringkat antarabangsa
Pada tahun ini program dijalankan bersama dengan program “Discovery Sailing UMT” Universiti Malaysia Terengganu yang bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Latihan Pelayaran UMT yang bersifat komprehensif dengan menyediakan modul latihan dan program di semua peringkat bermula dari sekolah rendah hingga pengajian tinggi serta di peringkat komuniti.
Aktiviti ini difokuskan kepada pelajar sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang. Walaupun begitu ia juga terbuka kepada seluruh negeri Terengganu dan juga luar Terengganu yang berminat boleh mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan sepanjang bulan September sehingga bulan Disember 2019.
Program Pencarian Bakat Sukan Pelayaran ini dijalankan dengan kerjasama Persatuan Pelayaran negeri Terengganu (TESA) dan Persatuan Luncur Layar negeri Terengganu (TWSA) di bawah Program Pembangunan Sukan Pelayaran Negeri Terengganu (TSDP) dan Pusat Pelayaran UMT di bawah Program “Discovery Sailing UMT”.
1. TARIKH, VENUE dan PENGINAPAN:
1.1. Tarikh dan Venue:
3.1.1 Rabu, 18hb September 2019 hingga Ahad, 22hb Sept 2019 – Duyong Marina Resorts (DMR), Pulau Duyong, Terengganu
3.1.2 Rabu, 25hb September 2019 hingga Ahad, 29hb Sept 2019 – DMR / UMT
3.1.3 Isnin, 30hb September 2019 hingga Rabu, 04hb Okt 2019 – Pulau Kekabu Marang
1.2.Makanan: Tidak disediakan, pelayar dikehendaki menyediakan sendiri makan dan minum.
1.3. Penginapan: Tidak disediakan
2. KELAYAKAN:
2.1. Anak/pelajar sekolah rendah: terbuka
2.2. Anak/pelajar sekolah menengah: terbuka; keutamaan akan diberikan kepada pelajar berusia 15 tahun dan ke bawah (lahir pada tahun 2004 dan selepas)
3. YURAN PENDAFTARAN
3.1.Tiada yuran dikenakan untuk 2 x sesi permulaan yang yang merupakan sesi pengenalan kepada sukan pelayaran dan juga sesi “joyride”. Sesi pengenalan ini juga telah ditawarkan kepada sekolah-sekolah bagi tiga daerah Kuala Terengganu, Kuala nerus dan Marang melalui JPNT kepada PPD masing-masing.
3.2.Yuran RM10.00 dikenakan bagi setiap susulan selepas sesi pengenalan dan joyride berakhir. Sesi ini tarikhnya terbuka sehingga ke 24hb November.
3.3.Minima 10 sesi latihan latihan diperlukan untuk pelatih mampu memiliki sijil Kemahiran Asas Pengendalian Perahu Layar.
1. TARIKH PENDAFTARAN
1.1.Tarikh pendafataran dan sesi akan dilakukan bersama dengan bermula setiap sesi bagi setiap daerah (Daerah Kuala Terengganu, Daerah Kuala Nerus dan Daerah Marang) seperti berikut:
1.1.1.mulai 18hb September hinggalah 22hb September 2019 bagi daerah Kuala Terengganu.
1.1.2.Mulai 25hb hingga 29hb September 2019 bagi daerah Kuala Nerus
1.1.3.Mulai 30hb November hingga 04hb Oktober 2019 bagi daerah Marang
1.1.4.Sebarang kemasukan pendaftaran selepas 05hb Oktober 2019 adalah atas budi bicara dan perbincangan bersama ketua jurulatih.
1.2.Borang penyertaan boleh didapati di Link: BORANG PENDAFTARAN . Maklumat penyertaan juga boleh dilaku secara on-line di LINK: Maklumat Awal Penyertaan
1.3.Sila bawa bersama borang Penyertaan Program dan Perakuan waris lengkap berisi maklumat diperlukan dan bertanda tangan pada borang pelepasan dan perakuan waris.
1.4.Sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila rujuk:
1.5. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
i. Abdul Rani Bin Idris (Ketua Jurulatih): 012 5296850
ii. Solllehudin Bin Ismail (Jurulatih Pembangunan): 01131832270
iii. Tengku Khairudeen Bin Tengku Mohamed (Jurulatih Pembangunan): 019 4779037
1.6. Halaman/Page aktiviti sailing: https://www.facebook.com/TerengganuWindsurfingSA/
Anda berminat; boleh mengisikan borang on-line di bawah untuk membolehkan kami menyusun atur jadual mengikut kekuatan kehadiran.....
Hubungi kami sekiranya ada sebarang kemusykilan di talian: +6012 5296850
Download borang penyertaan dan isikan semula maklumat-maklumat diperlukan termasuk pelepasan dari ibu-bapa
Kejohanan Sukan pelayaran MSSM bagi tahun 2019 telah menutup tirainya pada malam 09hb Aug.
Tahniah kepada pemenang-pemenang terutamanya negeri Selangor yang diumumkan sebagai juara keseluruhan dengan kutipan emas terbanyak.
Tahniah kepada pihak pengajur kerana dapat menguruskan satu kejohanan peringkat kebangsaan dalam keadaan dan suasana yang sangat menarik
Kejohanan ini menawarkan sejumlah 16 pingat emas keseluruhan melalui acara-acara yang merangkumi 4 kelas utama; Optimist, Laser Radial, Laser 4.7 dan juga windsurfing Bic Techno. Kejohanan yang berlangsung selama 6 hari berjaya diselesaikan dengan memakan 5 hari kejohanan dan 1 hari spare
Secara keseluruhannya keadaan angin adalah baik dengan 3 hari pertama kejohanan angin bertiup kencang sekitar 11-17kts dan dikhabarkan gust mencecah 19-20kts. Manakala pada 3 hari berikutnya angin bertiup perlahan. Selain berlaku sedikit kekeliruan dan permasalahan semasa acara penaja terutama melibatkan keputusan bagi kelas Bic Techno, perlumbaan lain semuanya berjalan dengan lancar
Montaj Kejohanan Pelayaran MSSM Pulau Pinang 2019
Kejohanan Perahu Layar MSSM 2019 (Hari pertama kejohanan)
Kejohanan Perahu Layar MSSM 2019 (Hari kedua kejohanan)
Kejohanan Perahu Layar MSSM 2019 (Hari Ketiga Kejohanan)
Kejohanan Perahu Layar MSSM 2019 (Hari Keempat Kejohanan)
Kejohanan Perahu Layar MSSM 2019 (Hari Kelima kejohanan)
Acara Penaja | Emas | Perak | Gangsa |
1. Laser Radial | Terengganu | Selangor | Johor |
2. Laser 4.7 | Selangor | Pulau Pinang | Sabah |
3. Bic Techno | Pulau Pinang | Neg Sembilan | Pulau Pinang |
4. Optimist U15 | Negeri Sembilan | Sabah | Kedah |
5. Optimist U12 | Terengganu | Kedah | Kedah |
6. Acara Optimist Berpasukan | Sabah | Selangor | Perak |
Acara Individu | Emas | Perak | Gangsa |
7. Optimist Bwh 15 Lelaki | Negeri Sembilan | Sabah | Kedah |
8. Optimist Bwh 15 Perempuan | Selangor | Selangor | Sabah |
9. Optimist Bwh 12 Lelaki | Selangor | Selangor | Pulau Pinang |
10. Optimist Bwh 12 Perempuan | Selangor | Sabah | Sabah |
11. Laser 4.7 Lelaki | Kedah | Perak | Selangor |
12. Laser 4.7 Perempuan | Perak | Terengganu | Kedah |
13. Laser Radial Lelaki | Pulau Pinang | Perak | Terengganu |
14. Laser Radial Perempuan | Pahang | Sabah | Selangor |
15. Bic Techno Lelaki | Sarawak | Perak | Terengganu |
16. Bic Techno Perempuan | Terengganu | Neg Sembilan | Perak |
Negeri | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah | Rank |
Selangor | 4 | 3 | 2 | 9 | 1 |
Terengganu | 3 | 1 | 2 | 6 | 2 |
Negeri Sembilan | 2 | 3 | 0 | 5 | 3 |
Pulau Pinang | 2 | 1 | 2 | 5 | 4 |
Sabah | 1 | 4 | 3 | 8 | 5 |
Perak | 1 | 3 | 2 | 6 | 6 |
Kedah | 1 | 1 | 4 | 6 | 7 |
Pahang | 1 | 0 | 0 | 1 | 8 |
Sarawak | 1 | 0 | 0 | 1 | 9 |
Johor | 0 | 0 | 1 | 1 | 10 |
Putrajaya | 0 | 0 | 0 | 0 | 11 |
Perlis | 0 | 0 | 0 | 0 | 12 |
Melaka | 0 | 0 | 0 | 0 | 12 |
Kuala Lumpur | 0 | 0 | 0 | 0 | 12 |
Kelantan | 0 | 0 | 0 | 0 | 12 |
Jumlah | 16 | 16 | 16 | 48 |
* Kedudukan negeri adalah dikemaskini dari blog mssm yang akan dikemaskini setelah mendapat info dari pihak penganjur
Ulasan bagi acara penaja boleh dilayari di link button di bawah
Acara ini dimenangi oleh pasukan Sabah yang merupakan penyandang juara bagi acara ini serta pemenang pingat emas SUKMA 2018. Pasukan Terengganu memberikan cabaran yang agak baik bagi acara ini tetapi beberapa kesilapan dilakukan oleh pasukan terutama semasa di garisan permulaan serta kesilapan mudah lain menyebabkan pasukan terpaksa berpuashati pada kedudukan ke-empat dengan pengiraan mata semula antara pasukan Selangor, Perak dan Terengganu apabila ke-tiga pasukan ini mempunyai jumlah menang dan kalah yang sama.
Ketiadaan Fikri Aqil yang mengalami kecederaan akibat pelanggaran dengan kelas Bic Techno meranapkan impian pasukan untuk memberi cabaran bagi mempertahankan kejuaraan keseluruhan. Dengan hanya
bergantung kepada kekuatan lawan utk bersaing sesama mereka melihatkan Selangor mendominasi acara Optimist terutamanya bagi acara 12 tahun ini.
Pelayar Terengganu dalam acara ini; Adam pada kedudukan ke-11, Haziq Naufal ke-16, Izaan Danial ke-20 dan Arif farhan ke-23.
Bagi kelas laser 4.7 Lelaki kelemahan sangat ketara semasa beraksi bagi angin kuat melebihi 10kts merupakan penyebab utama kekalaha atlet Faizzuddin bagi kelas ini yang dikuasai oleh atlet kebangsaan yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018. Tempat kedua dimenangi oleh atlet dari Perak dan ketiga atlet kebangsaan dari Selangor
Bagi kelas Laser 4.7 Perempuan Al-Insyirah beraksi cemerlang cuba untuk memberi saingan kepada pelayar kebangsaan berpengalaman Nabila dari Perak. Walaupun begitu Insyirah berjaya menyaingi atlet dari Kedah yang memenangi gangsa serta dua atlet kebangsaan dari Perlis dan juga atlet kebangsaan dari Pulau Pinang
Acara Laser Radial Perempuan juga dikuasai oleh pelayar kebangsaan dimana pelayar dari Pahang yang baru bertukar ke kelas ini tiada saingan untuk memenangi acara ini dan pingat Perak juga dimenangi oleh atlet kebangsaan dari Sabah. Manakala atlet selangor berjaya mencuri pingat gangsa. Amisya dengan kelemahan fizikal dan faktor tidak cukup berat menyebabkan ia tidak dapat menyaingi atlet teratas dan terpaksa berpuashati pada kedudukan keempat
Kelas Bic Techno Lelaki dikuasai oleh pelayar berpengalaman dari Sarawak yang merupakan pemenang pingat perak SUKMA 2018. Pingat perak pula dimenangi oleh pelayar kebangsaan dari Perak, manaka Luqman Hakim berjaya memungut pingat gangsa setelah terpaksa berhempas pulas pada awal kejohanan semasa angin kuat dengan tahap pengendalian yang agak rendah semasa angin melebihi 12kts.
Tengku Nurani Ezaty berstatus sebagai pelayar kebangsaan tidak mempunyai masalah untuk menguasai acara Bic Techno Perempuan apabila selesa menguasai semua perlumbaan di tempat pertama. Kejayaan ini membolehkan beliau menjulang piala Pelayar Perempuan Terbaik Kejohanan. Tempat kedua acara ini dimenangi oleh pelayar dari Negeri Sembilan dan tempat ketiga oleh pelayar dari Perak
Kredit kepada blog MSSM untuk sebahagian dari gambar
Kredit kepada blog MSSM untuk sebahagian dari gambar
Majlis Pelancaran Logo & Maskot SUKMA XX Johor 2020 telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Dr. Sahruddin Jamal bertempat di Impiana Hotel, Senai, Johor.
YAB Dato’ Dr. Sahruddin Jamal yakin rakyat Malaysia akan merasai
kehangatan SUKMA XX apabila temasya ini semakin hampir dan menjanjikan sesuatu yang memukau menjelang saingan yang akan bermula ada 11 Julai hingga 19 Julai 2020
Kali terakhir Johor diberi penghormatan menjadi tuan rumah temasya SUKMS adalah pada edisi ke-empat pada tahun 1992. Untuk edisi kali ini, jawatankuasa Penganjur komited untuk menjadikan SUKMA edisi ke-20 ini antara yang terbaik dalam sejarah penganjurannya sejak 1986.
Logo bagi SUKMA XX turut diperkenalkan dengan bercirikan jawi melalui huruf ‘Jim’ yang mewakili negeri Johor dan juga identiti kebanggaan Bangsa Johor yang masih memertabatkan tulisan jawi selain turut digabungkan untuk menjadi obor temasya.
Khazanah alam semulajadi di negeri Johor seperti gambir dan lada hitam turut diangkat sebagai sebahagian daropada obor temasya.
Slogan ‘Semarak Juara’ yang telah dipilih merupakan laungan bagi menyahut cabaran untuk memperkasakan semangat kesukanan dan kegemilangan sukan turut diletakkan di bawah logo temasya.
Dalam masa yang sama, mascot berupa seekor harimau diberi nama Jimi turut diperkenalkan yang menjadi simbol kepada Harimau Selatan. Jimi adalah seekor harimau yang berani dan garang, turut menampilkan ciri kesultanan zaman berzaman yang menjadi identiti negeri Johor.
Selain itu, fesyen track suit terkini yang diperagakan oleh Jimi memastikan penampilannya lebih riang dan mesra untuk didampingi.