ISAF RACE MANAGEMENT CLINIC

Selain dari LITC Clinic juga diadakan kursus Pengurusan Pertandingan (Race Management-RM) yang dikendalikan oleh MYA berlangsung di Pusat latihan perahu Layar Kebangsaan. Kursus yang mendapat pengiktirafan oleh ISAF ini telah diadakan pada 22-23hb Januari  dalam masa klinik dan juga 2 hari sebelum kejohanan Regatta Perdana.

 

Kursus ini telah dikendaliikan oleh Mr Ilker Biyander dari Turki yang telah beberapa kali mengendalikan kursus di Malaysia.

 

Cikgu Othman dan Cikgu Rashid telah menghadiri kursus ini bagi mewakili negeri Terengganu. Beberapa nama lain juga telah turut serta dikemukakan tetapi sayangnya tidak dapat hadir kerana tidak mendapatkan pelepasan atas masalah kelewatan mengemukkan surat pelepasan, juga dimaklumkan ada antaranya juga telah terlibat dengan aktiviti lain berkaitan dengan sukan pelayaran juga.

Write a comment

Comments: 0