KLINIK ANTARABANGSA LANGKAWI (LITC - Langkawi Int. Training Clinic)

Aktiviti Bermula seawal jam 0700am
Aktiviti Bermula seawal jam 0700am

Bermula dari 18hb januari hingga 23hb Januari beberapa atlet perahu layar negeri Terengganu telah terpilih untuk menjalani lathan bersama dengan atlet kebangsaan dan juga atlet dari luar negara dalam program yang dikendalikan oleh Persatuan perahu Layar Kedah (KSA).

 

Pelayar yang terpilih adalah:

  1. Optimist:
    1. Asmawi
    2. Latif
    3. Izzuddin
    4. Umar
    5. Safares
  2. Laser:
    1. Mustaqiim
    2. Azri
    3. Nur Armiera
  3. International 420
    1. Tengku Mohd Muslim-helm
    2. Tengku Mohd Amirul Asyraf (kumat)- crew
    3. Fadilatul Husna - helm (berpasangan dengan peserta dari Kedah - Faridah)
  4. Windsurfing Bic Techno: Ahmad Danish
  5. Coach:
    1. Abdul Rani Bin idris dan
    2. Mohd Romzi Bin Muhamad

 

Latihan bertempat di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan (NSC) telah berjaya dengan agak memberangsang dan pelayar telah berjaya selain menimba pengetahuan dan mempelajari skill dan teknik pengendalian bot dari jurulatih-jurulatih berpengalaman juga dari bekas-bekas pelayar serta pelayar kebangsaan juga bersaing bersama dengan beberapa pelayar dari luar negara seperti Hong Kong, India dan juga Myanmar.

 

Selain dari itu pelayar juga berpeluang untuk mengikuti sesi latihan fizikal yang dikendalikan oleh pegawai dari ISN dari Kompleks Sukan Negara. Selain itu pelayar juga menjalani sesi berkaitan dengan persediaan psikologi sukan dan juga biomekanik berkaitan dengan sukan perahu lyar juga dikendalikan oleh staff dari Institut Sukan Negara (ISN).

 

Manakala pada hari terakhir pula pelayar telah diberi sesi taklimat berkaitan dengan undang-undang baru (RRS 2013-2016) yang akan dikuatkuasa bermula dengan kejohanan Regatta Perdana Antarabangsa Langkawi (LIRP). Sesi dikendalikan oleh International Jury (IJ) Mr Ilker Biyander yang berasal dari Turki.

 

Pada keseluruhannya sesi klinik amat berjaya dengan pengisian yang berjaya dilakukan oleh KSA.


Write a comment

Comments: 0