TAHNIAH dan SELAMAT MENJALANI IBADAH UMRAH

Update: Pelayar yang mengerjakan umrah telah selamat kembali ke tanah air

 

Gustmysailing ingin mengucapkan tahniah kepada pelayar-pelayar, atlet-atlet sukan lain, jurulatih-jurulatih, pegawai dan semua yang telah terpilih untuk menunaikan umrah atas penajaan SUK Terengganu atas kejayaan kemenangan pasukan Terengganu pada kejohanan SUKMA Pahang 2012.

 

Sayang sekali beberapa atlet yang telah juga terpilih tidak dapat menjalani ibadah umrah atas sebab-sebab tertentu seperti tiada mahram atau penjaga. Kita berharap akan ada inisiatif lain atau pada masa akan datang mereka berpeluang mengerjakan umrah.

 

Senarai pelayar adalah Mohamad Sollehudin, Ku Anas, Muhammad Izzuddin dan juga Ali Imran. Manakala coach Abdul Rani, Mohd Saifullah dan juga Nurul Ain serta pengurus pasukan perahu layar SUKMA 2012 cikgu Othman. Selain itu cikgu Hazman juga akan turut serta.

 

Penerbangan ke tanah suci akan dipecahkan kepada 2 group dan semua pasukan perahu layar yang terpilih akan berangkat bersama kumpulan pertama pada 26hb Februari melalui penerbangan pada jam 1930pm direct dari Kuala Terengganu ke Madinah dan akan tiba kembali ke Malaysia pada 09hb Mac sekitar jam 1700pm manakala penerbangan ke-2 akan berlepas pada 09hb Mac pada jam 1930pm

Write a comment

Comments: 0