Kejohanan KFC-Perak Open Regatta 2013

Kejohanan KFC-Open Regatta baru sahaja tamat. Catatan perjalanan kejohanan tidak dapat dilakukan kerana masalah tiada line internet juga dengan kesibukan sepanjang hari dengan aktiviti-aktiviti yang padat untuk memastikan pelayar dapat beraksi dengan sempurna serta mempunyai cukup persediaan termasuk dari segi makan-minum serta rehat secukupnya.

Ringkas aktivitinya pasukan bergerak ke Perak pada Khamis setelah pada petang Rabunya melakukan loading bot. Pergerakan pergi menggunakan 3 kenderaan; van MSNT, kereta coach Rani (Avanza) dan juga kereta coach Romzi. Pergerakan van dan Avanza melalui Gua Musang/Cameron Highland, manakala pergerakan coach Romzi melalui Marang untuk mengambil Izzuddin yang menyertai kem UPSR (tamat pada pagi Khamis) dan seterusnya melalui Gambang untuk mengambl Mustaqiim di UMP, Pahang dan bergerak ke Lumut melalui jalan Karak-Kuala Lumpur.

Sampai Lumut pada awal malam dan keesokannya pada awal pagi sibuk dengan menurunkan bot serta persediaan bot. Tiada masalah besar kecuali Izzuddin, sparsnya tertinggal dan terpaksa meminjam spars dari negeri Perak.... Thank team perak. Pendaftaran dan taklimat pengurus pasukan juag dilakukan pada awal pagi Jumaat. Pertandingan pada hari pertama bermula selepas sembahyang Jumaat. 2 gelanggang digunakan dengan hanya menggunakan course windward-leeward sahaja (cuma loopnya sahaja dari 1 loop kepada 3 loop bergantung kepada keadaan angin). Keadaan angin agak perlahan sekita 5-7kts sahaja dan hanya 2 perlumbaan sahaja dapat dijalankan untuk kelas Optimist, manakala kelas-kelas lain berjaya melakukan 3 perlumbaan. Berakhir hari pertama kedudukan pelayar-pelayar ada yang baik berjaya memberikan saingan dengan:

  1. Int 420: Husna ke- 3 dan Kulim ke-4.
  2. Optimist: Latif ke-7 Overall dan ke-6 Div A, Asmawi ke- 14 Overall dan ke-13 Division, Izzuddin ke-18 Overall dan ke-3 Division, Aliff Safares ke-22 Overall dan ke-16 Division, Al-Yauma ke-33 Overall, ke-7 Perempuan dan ke-20 Division, Umar ke-34 Overall dan ke-9 Division, Hakimi berada pada kedudukan ke-44 Overall dan ke-17 Division, Muhammad Khaidir berada pada kedudukan ke-57 overall dan ke-6 Division C dan Arib Usamah agak jauh ke bawah pada kedudukan ke-71 Overall dan ke-33 Division.
  3. Laser: Laser 4.7 Armiera berada di tangga ke-4, Laser Radial-Mustaqiim di tempat ke-4. Bagi kelas Byte CII-Asri berjaya berada di depan pada hari pertama.
  4. Windsurf: Danish di tempat ke-3 bagi kelas Windsurf Open. sayang sekali bagi kelas Bic Techno terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup penyertaan dan terpaksa diganti dengan Windsurf Open

    • Windsurf: Danish di tempat ke-3 bagi kelas Windsurf Open. sayang sekali bagi kelas Bic Techno terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup penyertaan dan terpaksa diganti dengan Windsurf Open

Hari kedua perlumbaan 5 perlumbaan dijalankan untuk kelas Optimist manakala kelas-kelas lain sebanyak 4 perlumbaan. Sebelum itu gelanggang telah ditukar dengan Optimist, Laser 4.7 dan Byte CII bertukar ke gelanggang bawah dan kelas-kelas lain ke gelanggang atas. Angin juga masih bertiup perlahan dengan sedikit kuat pada sekitar jam 3-4pm sebelum merosot pada lewat petang. Berlaku pertukaran posisi beberapa pelayar kita setelah tamat 7 perlumbaan kesemuanya:

  1. Int 420: Kulim dan Kumat berjaya memintas beberapa pelayar dan naik ke posisi ke-2 setelah beraksi cemerlabg pada 2 perlumbaan dengan berada pada posisi pertama, manakala Husna jatuh 2 anak tangga ke-posisi ke-5
  2. Laser: Bagi kelas Laser Radial lelaki ketiadaan Faizani@ Ayob menyebabkan saingan sedikit berkurang dan Mustaqiim berjaya berada pada kedudukan ke-3 pada keseluruhan sehingga hari ini. manakala Armiera masih berada pada tangga ke-4 tetapi sedikit baik persembahan berbanding semalam. Manakala Asri jatuh di tempat ke-2 bagi acara Byte berkongsi mata dengan Ayin.
  3. Optimist: Latif berjaya naik 1 anak tanggan berada pada kedudukan ke-6  Overall dan Division, Izzuddin juga berjaya naik ke posisi ke-12 Overall dan Ke-2 Division, Asmawi ke-16 Overall dan ke-13 Division, Umar ke-23 Overall dan ke-3 Division, Alif safares ke-31 Overall dan ke-22 Division,  Al Yauma ke-34 Overall, ke-6 Perempuan dan ke-23 Division, Hakimi ke-46 Overal dan ke-18 Division diikuti oleh Arib Usamah ke-57 Overall dan ke-19 Division terakhirnya Khadir ke-61 Overall dan ke-4 Division.
  4. Windsurfing: Danish kekal berada pada kedudukan ke-3.

Manakala pada hari ke tiga, hari terakhir kejohanan, perlumbaan  berjaya dijalankan sebelum waktu limit perlumbaan berakhir. Walaupun begitu perlumbaan terpaksa dimulakan lewat selepas jam 12 tengahari setelah ketiadaan angin pada sebelah paginya.

Sebelum itu pasukan telah melakukan check-out penginapan sebelum bergerak ke venue pertandingan. Persiapan pada pagi ini juga tiada mengalami masalah besar. Bot Al Yauma yang bocor berlanggar dengan pasukan dari Selangor tidak memerlukan pembaikan segera dan ditampal dengan menggunakan tape sahaja. Mendapati bot pelayar 420 kita juga dalam keadaan yang lebih baik berbanding pasukan lawan yang terpaksa menggantikan gasket.

Perlumbaan pertama dengan angin sedikit perlahan dan perlumbaan ke-2 semasa gust awan masuk ke gelanggang angin naik sehingga ke-11kts dan ini menyukarkan sedikit terutamanya bagi Khaidir untuk mengendalikan bot dengan terbaik menyebabkan keputusannya pada hari ini merosot. Begitu juga bagi Izzuddin dan Umar 1 race baik manakala 1 races teruk menyebabkan Izzuddin tidak mampu naik ke top 10 tetapi kedua mereka masih mampu mengekalkan posisi keseluruhan pada kedudukan ke-2 dan ke-3 Division. Alif safares dan Hakimi juga beraksi agak baik untuk sedikit memperbaiki kedudukan. Al Yauma juga mengalami nasib yang sama menyebabkan tiada peningkatan keputusan bagi acara perempuan. Peningkatan ditunjukkan oleh Arib Usamah terutamanya pada perlumbaan terakhir dan tahniah kepadanya walaupun baru kali pertama beraksi di kejohanan luar ia mampu keluar dari berada pada kelompok bawah malahan berjaya mengatasi Khaidir. Armiera walaupun telah berjaya berada di hadapan pada awal laluan perlumbaan tetapi masih melakukan kesilapan mudah dan terpaksa berpuashati berada pada kedudukan terakhir keseluruhan bagi acara Laser 4.7 Perempuan. Asri telah berjaya menguasai perlumbaan hari ini ke atas Ayin membolehkan ia menjuarai acara Byte CII.

Manakala digelanggang dinghies keputusan bagi Laser Radial tidak berubah Mustaqiim berada pada kedudukan ke-3. Prestasi yang baik dikekalkan oleh Kulim dengan berada pada kedudukan ke-2 pada perlumbaan pertama dan berjaya memintas Faizal semasa berpusing di penanda terakhir menuju ke penamat menunjukkan semangat dan determinasi yang baik ditonjolkan. Sayang sedikit bagi Husna kerana tidak mampu melakukan kejutan walaupun pada awal-awal laluan berada pasa posisi yang agak baik antara top 3 tetapi masih melakukan kesilapan-kesilapan kecil terutama melibatkan spinnaker menyebabkan terpaksa berpuashati pada kedudukan ke- 5.  Juga tiada perubahan bagi Ahmad Danish untuk kelas windsurfing kekal pada kedudukan ke-3.

Setelah tamat perlumbaan dan keputusan penuh bagi setiap pelayar negeri Terengganu adalah seperti berikut:

ACARA

NAMA ATLET

KEPUTUSAN

Byte CII

Mohd Asri bin Azman (Pelapis Keb)

Champion

Laser 4.7

Nur Armiera Ahtiera Bt Armany

4th

Laser Radial

Muhammad Amirul Mustaqiim Bin Abdul Rani

3rd

Int. 420 ‘L’

 Tg. Mohd Muslim B Tuan Hassan @ T.Hanizan: Helm 

Tengku Mohd Amirul Asraf Bin Tengku Othman: CreW

2nd

International 420 ‘P’

Fadilatul Husna Bte Rameli: Helm
Amirul Mukminin Bin Ramli: Crew

 5th Overal, 2nd Girls (Helm)

W’surf Bic Techno

Ahmad Danish B Abdul Hadi

3rd

Optimist

Ali Imran Bin Othman (Pelapis Keb)

4th Overall, 4th Div A

Abdul Latif Bin Mansor

6th Overall, 5th Div A

Asmawi Bin Azman

14th Overall, 11th Div A

Mohd Izzuddin Bin Abdul Rani

12th Overall, 2nd Div B

Umar Al-Farouk Bin Mohd Zawawi

19th Overall, 3rd Div B

Alif Safares Bin Azmi

30th Overall, 19th Div A

Alyauma Akma bte Zulkefli

35th Overall, 26th Div A, 9th Girls

Ikrami Hakimin B Marham

39th Overall, 17th Div B

Arib Usamah Bin Zulkifli

57th Overall, 19th Div B

Muhammad Khaidir Bin Mohd Zahawi

66th Overall, 6th Div C

Write a comment

Comments: 0