Progres Latihan Bulan April - Keadaan Gelanggang Latihan Semakin Berubah...

Latihan harian pasukan perahu layar berjalan seperti biasa untuk sepanjang bulan April ini. Tiada sebarang perubahan pada kalendar latihan kecuali jadual latihan diubahsuai bersesuaian dengan jadual persekolahan pelayar. Juga untuk pelayar senior yang tak bersekolah jadual latihan fizikal juga telah ditambah dari 2 kepada 3 sesi seminggu. Satu perubahan yang ketara pada kalendar latihan adalah apabila TCNG pada bulan ini dijalankan pada 19 & 20hb April bukannya seperti di kalendar pasukan yang diletakkan pada 26 & 27hb. Ini bermakna kita terpaksa membatalkan kejohanan TCNG pada bulan ini. Walau bagaimanapun usaha sedang dilakukan untuk tetap mengadakan pertandinga pada tarikh 25-27hb mengikut kalendar tetapi akan digunakan sebagai pemilihan MSSM bagi pasukan perahu layar Terengganu dan keputusan kejohanan akan juga dikira untuk mengambil mata ranking pelayar.

 

Welcome kepada Somad yang kembali hadir untuk menjalani latihan bermula pada minggu ke-3, bulan April. Persiapan untuk kejohanan KFC-Perak Regatta juga sedang giat dijalankan. Pasukan akan melakukan loading bot pada petang Rabu 17hb April dan dijangka bergerak seawal pagi Khamis 18hb.

 

Keadaan gelanggang latihan mendapati sudah mulai berubah setelah kerja-kerja mengorek pasir di hadapan Ri-Yaz bersebelahan dengan boya kuning dilakukan. Ini menyebabkan kawasan itu menjadi dalam dan memberi kesan kepada aliran air yang sebelum ini terlindung dengan pasir yang menimbun memberikan tiada kesan arus yang ketara menyebabkan sekarang seolah-olah arus terutamanya sewaktu air surut telah mulai menjadi kuat berhadapan dengan kawasan latihan di 5 x boya kuning.Harap apa yang berlaku tidak menjejaskan latihan pasukan perahu layar negeri Terengganu.

 

Juga penambakan pasir yang disedut di hadapan Syahbandar menyebabkan laluan di situ mengecil dan menyebabkan arus menjadi semakin kuat di kawasan tersebut juga latihan semasa air surut laju kelihatan ombak menjadi agak ketara beralun menjadi seolah-olah seperti di muka mura sungai ke laut.

Write a comment

Comments: 0