SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA: Masih bekerja

Selamat menyambut hari Pekerja diucapkan kepada semua... Semuga pada tahun ini kita lebih beriltizam untuk melakukan dan menghasilkan sesuatu yang lebih produktif, berkualiti dan menghasilkan mutu kerja yang efisein dan berjaya mencapai melebihi sasaran yang ditetapkan samada secara individu atau berpasukan dalam apa jua bidang yang anda ceburi......SELAMAT.

 

Pasukan perahu layar negeri Terengganu tetap menjalani latihannya pada hari ini dan akan menggantikannya pada hari Sabtu ini bagi memberi peluang kepada warga petugas pelayaran negeri  Terengganu yang layak mengundi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Juga bagi mengatasi masalah atlet-atlet yamg menginap di asrama MSNT, Gerbang Sukan Terengganu yang dikehendaki mengosongkan asrama kerana venue ini akan digunakan sebagai tempat pembuangan undi pada 5hb Mei nanti.

 

Khabarnya PLD Dungun juga turut menjalani latihan pada hari ini... ye ke? Selamat menjalani latihan dan berjumpa nanti pada hujung bulan ni.. TCNG Mei... jangan lupa semua mendaftar awal... bukan... PRU 13... TCNG!!!

 

Akhirnya harap kita tidak terjangkit dengan virus baru... berpesan kepada diri sendiri:

 

Write a comment

Comments: 1
  • #1

    obat tradisional angina pectoris (Tuesday, 03 November 2015 22:21)

    regular visits to this blog, every time I visit this blog affection discover new things. thank you very much for the information has been given.