PROGRAM MENCARI JUARA: Mencari Bakat Baru (Talent Identification)

Maklumat 1: Program Mencari Bakat

Seperti dimaklumkan di dalam posting sebelum ini (di bawah) berkaitan dengan Program mencari bakat ini saya di sini ingin membuat makluman resmi yang Program tersebut confirm akan diadakan. Bersama dengan itu beberapa penambahbaikan beserta beberapa maklumat lebih terperinci adalah seperti berikut:

  1. Sesi Ujian Fizikal akan dikendalikan oleh unit ISN Satelit Terengganu: Terimakasih En Nuruddin & "the geng" atas kesudian membantu. Protokol ujian akan saya updatekan bila sudah terima dari ISN.
  2. Sehubungan dengan itu ujian Fizikal akan dilakukan di MSNT Terengganu tidak lagi di Pulau Duyong
  3. Ujian Keyakinan Diri dan Ujian Pelayaran akan diadakan di Ri-Yaz Heritage,Pulau Duyong
  4. Pengangkutan dari MSNT ke Pulau Duyong akan disediakan. Peserta dikehendaki untuk datang sendiri dan juga semasa tamat (balik), pengangkutan tidak disediakan untuk pergi dan balik. Bermakna:
    1. Pergi-melapor: ke MSNT, Gerbang Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak
    2. Balik-tamat: di Riyaz Heritage, Pulau Duyong
  5. Makan tengahari akan disediakan bersama minum petang. Peserta diingatkan untuk bersarapan pagi terlebih dahulu sebelum datang melapor untuk program pemilihan
  6. Pakaian:
    1. Peserta juga dikehendaki untuk berpakaian sukan lengkap semasa melapor untuk program bagi tujuan ujian fizikal
    2. Peserta juga dikehendaki untuk membawa pakaian salin kerana akan turun ke air bagi tujuan ujian keyakinan diri (water confidence) dan juga ujian pelayaran
    3. Alat bantuan pengapungan (buoyancy aids/jacket) akan disediakan
  7. Sekali lagi diingatkan ujian ini untuk Pelajar berusia 16tahun (tingkatan 4) dan ke bawah sahaja
  8. Peserta dikehendaki untuk mengisi borang maklumat diri untuk terlebih dahulu ingin mengetahui jika mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain lagi.
  9. Peserta juga dikehendaki untuk membawa surat kebenaran dan pelepasan dari ibu-bapa dan penjaga.

 

Sekiranya anda mempunyai masalah bolehlah menghubung saya diemail berikut: abdulraniidris@gmail.com atau pun di talian 012 5296850.

 

Sekian untuk kali ini.. sebarang maklumat akan disalurkan dari masa ke semasa.

Peluang Menjadi Atlet perahu Layar: Mencari Bakat Baru

Persatuan Perahu Layar Negeri Terengganu melalui Jawatankuasa Operasi Program (JKOP) telah mengeluarkan surat tawaran kepada beberapa sekolah untuk melakukan satu sesi ujian untuk mengenal pasti atlet berbakat dalam Program mencari Juara.

 

Sasaran pemilihan adalah untuk atlet Tingkatan 4 d an ke bawah. Sasaran utama adalah untuk mendapatkan dengan kadar segera beberapa atlet berpotensi bagi program penyediaan atlet Perahu layar SUKMA 2014 yang akan berlangsung di tasik Timah Tasoh, Perlis bagi kelas-kelas berikut:

  1. Crew bagi kelas int 420... terutama perempuan bagi crew Husna
  2. mendapatkan 2 pelayar lelaki dan 2 pelayar perempuan bagi  bagi kelas windsurf.

 

Pelayar windsurf yang terpilih akan dimaklumkan dan 2 pelayar terbaik lelaki dan perempuan bagi kelas windsurf akan dihantar untuk menyertai klinik windsurf kebangsaan di tasik Timah Tasoh, Perlis.

 

Selain itu atlet yang berkelayaan juga akan diserapkan ke dalam Program penyediaan Atlet Kuala Terengganu

 

Maklumat adalah seperti berikut:

 

Pencarian Atlet Baru Sukan Perahu Layar

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Perahu Layar Negeri Terengganu di bawah Jawatankuasa Operasi Program akan mengadakan Pencarian Atlet Baru seperti butiran berikut :

 

            Nama Program :     Program Mencari Juara         

            Tarikh               :     Sabtu, 18hb Mei 2013

            Masa                  :     0800 - 1800

            Tempat              :     PLN Perahu Layar erengganu, Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyong

            Anjuran            :     Persatuan Perahu Layar Terengganu

 

TENTATIF PROGRAM PENCARIAN ATLET BARU

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­______________________________________________________________________

 

8.00 pagi                   : Berkumpul di Pulau Duyung (Riyaz-Heritage)/MSNT, Gerbang Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.

: Pendaftaran

9.00 pagi                   : Majlis perasmian

9.30 pagi                   : Ujian Latihan Fizikal Dan Ujian Keyakinan Diri

2.00 petang                 : Makan Tengah Hari Dan Solat

                                    : Peserta menjalani ujian pelayaran

6.00 petang                 : Majlis bersurai

Write a comment

Comments: 8
  • #1

    ahmad idham bin sabri (Monday, 24 March 2014 22:48)

    kampung alor tembesu

  • #2

    amrun hazwan b. mat nawi (Monday, 24 March 2014 22:49)

    kg alor tembesu sk gong balai marang

  • #3

    muhd ikhtiarudin b. azman (Monday, 24 March 2014 23:28)

    kg alor tembesu

  • #4

    mohd ikmal fitri b. azman (Monday, 24 March 2014 23:29)

    kg alor tembesu marang

  • #5

    mohd aiman b. ahmad (Monday, 24 March 2014)

    kg alor tembesu sk gong balai marang

  • #6

    Abdul Rani Bin Idris (Tuesday, 25 March 2014 01:10)

    Ini posting tahubn lepas punya..... Untuk tahun ini mungkin akan dikendalikan selepas SUKMA

  • #7

    nur ain syuhada bt mohd yassin (Saturday, 26 July 2014 01:19)

    SEK. KEB. GONG BALAI...

  • #8

    JUAINI BT JUHAMSUL (Saturday, 26 July 2014 01:20)

    SEK. KEB. GONG BALAI 21610 MERCHANG MARANG TERENGGANU.