KFC-SELANGOR OPEN 2013

Update hari ke-3: final

Akhirnya perlumbaan hari terakhir berlangsung sempurna dengan baki semua perlumbaan dapat dijalankan sebanyak 2 perlumbaan berbaki di gelanggang B (Int 420, Laser Radial, Laser Standard dan windsurf) Manakala bagi gelanggang A pula Laser 4.7 dan Byte baki 3 perlumbaan dapat dijalankan dan bagi kelas Optimist 4 perlumbaan dijalankan. Angin bertiup baik hari ini pada sekitar 8-11kts dengan swell bercampur choppy yang memberi sedikit cabaran kepada para peserta. Pada perlumbaan ke-2 harian juga angin bertiup baik sebelum jatu sedikit kemudiaannya pada perlumbaan ke-3 dan ke-4 kelas Optimist.

 

Bagi kelas Int 420 perlumbaan pertama hari ini akan menentu kedudukan bagi pelayar Terengganu dan mereka berjaya melakukannya, cuma kelihatan prestasi Kumat dan Kulim agak teruk dengan bot mereka tidak berjalan dengan lancar akibat setting yang tidak dititik beratkan serta bot handling yang lemah untuk keadaan berombak swell hari ini. Husna juga beraksi baik dengan tidak melakukan banyak kesilapan pada perlumbaan pertama. 

Perlumbaan ke-2 tanpa kehadiran Faizal dan Kiki yang dah confirm juara. Kulim dan Kumat mengungguli dengan bot speed yang lebih konsisiten setelah dilakukan sedikit perubahan pada setting semasa melakukan pacing bersama Husna sebaik habis perlumbaan pertama. Husna pula sebaliknya berjaya membuat pusingan di penanda pertama pada kedudukan pertama tetapi melakukan kesilapan taktikal kecil yang menyebabkan dipintas Kulim semasa downwind dan kemudiaanya dipintas pula oleh Insan semasa upwind ke-2 terpaksa berpuashati di tempat ke-3. Walaupun begitu tahniah kepada mereka yang menjuarai kategori Perempuan (Amirul-wanita-haaahaa hai)

 

Laser standard walaupun tidak berkesudahan dengan menaiki podium tetapi untuk kali pertama menyertai kejohanan luar Terengganu adalah permulaan yang baik bagi Firdaus. Tamat pada kedudukan ke-5 (ke dua terakhir) dan berjaya pada 2 race hari terakhir berada di hadapan peserta lebih senior darinya adalah satu permulaan yang baguuus....

 

Latihan yang tidak konsisten ditambah dengan kesibukan belajar dan dalam persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester tidak dijadikan alasan oleh Mustaqiim untuk memberi cabaran dan seterusnya berada pada kedudukan ke-3 bagi kelas Laser Radial .. walaupun begitu prestasi keseluruhan sedikit tidak memuaskan dan banyak kerja serta usaha keras yang perlu dilakukan oleh Mustaqiim selepas ini. Kelemahan dari segi teknik pengendalian bersama ombak agak ketara dengan kelemahan di garisan permulaan yang tidak menunjukkan banyak peningkatan malahan merosot,

 

Manakala untuk Laser 4.7, Armiera tidak tidak meneruskan saingan dihari terakhir ini apabila mengadu sakit mata dan tidak dpat melihat dengan jelas. Untuk tidak memburukkan lagi keadaan ia diberi pelepasan untuk naik semula ke darat dan melakukan pemeriksaan kesihatan.Ini menyebabkan ia jatuh ke tempat terakhir (ke-5).

 

Bagi kelas windsurfing, hari ini merupakan hari terbaik untuk Danish apabila setidak-tidaknya berjaya menamatkan perlumbaan dalam ke-2 perlumbaannya setelah 2 hari sebelumnya agak buruk dengan 1 perlumbaan sahaja tamat semalam dari 4 perlumbaan dan pada hari pertama tidak dapat turun kerana masalah layar yang koyak.

 

Sementara itu Asri pelayar kebangsaan dari terengganu mengungguli kelas Byte apabila akhirnya di hari terakhir beraksi cemerlang untuk angin yang lebih baik apabila memenangiketiga-tiga perlumbaan di hari terakhir ini.

 

Keputusan bagi kelas-kelas dinghy (Laser 4,7, Laser Radial, Laser Standard, Int 420 dan Byte) adalah seperti berikut:

 

 

Laser 4.7

 

Laser Radial

 

Laser Standard

Nama

Keputusan

 

Nama

Keputusan


Nama

Keputusan

Armiera

5th(4,4,3,4,4,dnf,dnf,dnf,dnf,dnf=37)


Mustaqiim

3rd(2,3,3,2,4,1,4,3,3=21)

 

Firdaus

5th(5,5,OCS,5,5,5,DNF,4,4=40)









 

 

 

 

 

Windsurf 


International  420 


Byte

Nama 

Keputusan 


Nama 

Keputusan 


Nama 

Keputusan

Danish

5th(dnc,dnc,dnc,dnf,dnf,3,dnf,3,3=34)


Kulim & Kumat

2nd(2,1,2,4,3,2,3,3,1=16)


Asri

1st(1,3,2,1,3,1,1,11)=12




Husna & Amirul

3rd(4,5,5,1,2,3,3,2,3=23)

(Juara bagi kategori Perempuan)




 

 

Akhirnya kelas yang paling mendebarkan dan suspen. Kelas Optimist terpaksa menunggu hingga ke hari terakhir hatta ke perlumbaan terakhir untuk menentukan juara. Berbaki 4 perlumbaan, dengan kehadiran bot seketar 90bot lebih dan dengan pecahan fleet serta jangkaan angin yang tidak menentu ditambah dengan kesukaran arus yang kuat memberikan debaran kepada semua untuk melihat siapakah juara.

Akhirnya pasukan Terengganu berjaya juga untuk menduduki podium dengan Latif belayar cemerlang pada hari ini pada kedudukan 4,4,4,1 hanya kalah 3 mata kepada juara peserta kebangsaan (Ayang-Uzair). Asmawi yang belayar cemerlang pada 3 perlumbaan tetapi teruk pada 1 perlumbaan terpaksa berpuashati pada mendapat tempat ke-6 keseluruhan. Walaupun begitu kedua mereka juga cemerlang untuk pecahan Division A (bawah 15tahun) apabila berjaya pada kedudukan 2 (Latif) dan 3 (Asmawi). Umar juga walaupun jatuh dari kedudukan ke-12 ke tempat 15 keseluruhan tetapi beraksi cemerlang, kalaulah tidak kerana mendapat bfd (bermula awal) atas kesilapan sendiri ia mungkn berjaya naik ke top 10. Prestasi Izzuddin sedikit merosot pada kejohanan kali ini berbanding dengan KFC-Lumut terpaksa berpuashati hanya pada kedudukan ke-21 dan Alyauma di posisi ke-24 sesuatu petunjuk yang agak baik apatah lagi apabila berjaya menduduki tempat ke-4 perempuan. pelayar-pelayar Terengganu yang lain kelihatan masih lagi bersaing di kelompok tengah fleet dan perlu meningkatkan usaha untuk mencapai kecemerlangan yang lebih baik.

 

Sehingga kini keputusan bagi kelas Optimist adalah seperti berikut:

 

Nama

Overall

Division

Girls

Latif

2nd (2,5,3,3,2,4,4,4,1=23)

A: 2nd (2,4,3,3,2,4,2,2,1=19)

-

Asmawi

6th (7,3,12,7,3,6,5,24,1=44)

A:3rd (5,2,6,5,3,4,3,12,1=41)

-

Umar

15th (6,9,17,6,7,13,1,14,bfd=74)

B: 6th (2,3,7,2,2,5,1,6,bfd=28)

-

Izzuddin

21st (9,15,15,6,dnf,20,16,13,11=106)

B: 9th (4,5,6,3,dnf,6,5,5,3=37)


Al Yauma

24th (9,15,20,11,dnf,27,11,12,10=124)

A: 15th (13,11,11.6.dnf,13,7,8,7=76)

4th (4,2,7,2,dnf,9,3,2,2=31)

Safares

27th (13,6,23,8,dnf,14,20,10,dnf=144)

A: 20th (9,6,13,4,DNF,10,,11,5,dnf=99)

-

Insyirah

56th(30,32,,29,dnf,dnf,17,35,7,dnf=248)

C: 6th (3,5,5,dnf,dnf,2,6,1,dnf=66)

16th(10,11,7,dnf,dnf,3,10,2,dnf=101)

Arib

57th (38,23,38,dnf,dnf,21,9,29,dnf=256)

B:21st(11,8,15,dnf,dnf,8,3,12,dnf=133)

-

Hakimi

58th (14,20,dnf,dnf,dnf,26115,34,32,dnf=)

B: 32nd (4,7,dnf,dnf,dnf,5,14,13,dnf=157)

 

Khaidir

71st (24,21,24, dnf,dnf,35,44,36,dnf=282)

C: 9th (2,2,3,dnf,dnf,7,9,6,dnf=73)

Update hari ke-2 untuk kelas Optimist, Laser dan Byte

Perlumbaan bagi gelanggang A (Optimist, Byte dan Laser 4.7) sampai agak lewat setelah perlumbaan terpaksa diadakan lebih lewat seperti yang dimaklumkan pada hari ke-2 ini penuh dengan debaran dan hari yang agak kurang menarik kecuali bagi Latif dan Asmawi bagi kelas Optimist dengan keputusan yang memberangsangkan. Walaupun begitu bagi kelas laser 4.7 dan Byte 4 perlumbaan telah berjaya dijalankan menjadikan 6 perlumbaan semuanya. Bagi kelas Optimist pula hanya 3 perlumbaan sahaja dapat dijalankan bermakna berbaki 4 perlumbaan lagi perlu dijalankan pada hari terakhir.

 

Berakhir perlumbaan pada hari ini dengan jumlah 6 perlumbaan semuanya dapat dijalankan keputusan bagi kelas Laser 4.7 sedikit tidak memuaskan dimana tidak banyak perubahan pada keputusan Armiera. Kelemahan bermain dengan ombak adalah penyebab utama dimana botnya nampak sangat tidak bergerak semasa bermain ombak. Keputusan Armiera masih tidak berubah masih berada pada kedudukan ke-4 dengan mengumpul 19 mata (4,4,3,4,4,DNF).

 

Manakala bagi kelas Byte juga 6 perlumbaan telah berjaya dijalan dan menyaksikan Asri telah jatuh pada pertandingan kali ini kepada pelayar dari Perak dengan ketinggalan 1 mata mengumpul 9 mata (2,1,3,2,1,3). Ini meyaksikan yang Asri mempunyai kelemahan untuk sailing pada keadaan angin sangat perlahan ini.

 

Perlumbaan bagi kelas Optimist; beberapa kali perlumbaan terpaksa diberi abandonment kerana angin perlahan dan arus yang kuat menyebabkan kelas iniketinggalan 1 perlumbaan berbanding laser 4.7 dan Byte. Perlumbaan hanya dapat dijalankan sebanyak 3 perlumbaan dengan banyak pelayar yang tidak dapat menghabiskan perlumbaan terutama pada perlumbaan ke-2 dan ke-3 termasuk beberapa pelayar dari Terengganu.

 

Berakhir perlumbaan ke kedudukan adalah seperti berikut:

Nama

Overall

Division

Girls

Latif

2nd (2,5,3,3,2)

A: 2nd (2,4,3,3,2)

-

Asmawi

8th (7,3,12,7,3

A: 7th (5,2,6,5,3)

-

Umar

12th (6,9,17,6,7)

B: 4th (2,3,7,2,2)

-

Izzuddin

19th (9,15,15,6,dnf)

B: 9th (4,5,6,3,dnf)


Safares

21st (13,6,23,8,dnf)

A: 13th (9,5,13,4,DNF)

-

Al Yauma

27th (9,15,20,11,dnf)

A: 19th (13,11,11.6.dnf)

4th (4,2,7,2,dnf)

Khaidir

55th (24,20,24, dnf,dnf)

C: 6th (2,2,3,dnf,dnf)


Hakimi

66th (13,20,dnf,dnf,dnf)

B: 32nd (4,7,dnf,dnf,dnf)

-

Insyirah

68th (30,31,29)

C: 7th (3,59,dnf,dnf)

20th (10,10,7,dnf,dnf)

Arib

75th (38,23,38,dnf,dnf)

B: 19th (11,8,15,dnf,dnf)

-

Update Hari kedua (1)

Sabtu: 11 Mei 2013

 

Kejohanan hari kedua berjalan lancar.. Gelanggang B (dinghy) berjaya mengadakan 4 perlumbaan yang dirancangkan manakala Gelanggang A hanya 3 prlimbaan sahaja. Kesilapan meletakkan gelanggang Optimist di kawasan yang lebih berarus menyebabkan berlaku beberapa kesilapan dalam mengelolakan perlumbaan apabila 3 perlumbaan terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab seperti lalauan yang agak panjang dengan melawan arus yang semakin lama semakin kuat.

 

Berakhir perlumbaan hari kedua ini menyaksikan beberapa kedudukan yang menarik, terutamanya bagi kelas Int 420 dan juga Optimist overall. Buat masa update ini dilakukan keputusan bagi kelas-kelas di gelanggang B telah pun keluar. Kulim dan Kumat berjaya memberikan saingan yang menarik kepada pendahulu kejohanan yang merupakan pelayar kebangsaan (Faizal & Syukri) apabila beberapa kali telah berjaya mendahului tetapi hanya atas beberapa kesilapan teknikal yang kecil dan salah membuaty keputusan apabila sering tidak mengawasi pergerakan Faizal menyebabkan mereka jatuh pada kedudukan ke-2 malahan pada race ke-2 mereka dari tempat pertama jatuh tamat pada kedudukan ke-3 kerana kesilapan memilih laluan.

Husna pula pada hari ini telah beraksi dengan amat baik berbanding dengan hari semalam telah berjaya tamat dengan (1,2,3,3) merupaka antra hariperlumbaan terbaiknya.

Mustaqiim menunjukkan prestasi yang tidak konsisten sekeljap baik dan sekejap teruk. masih lagi menghadapi masalah untuk belayar dengan angin perlahan, kesilapan memilih laluan dan juga boat handling yang kurang menarik terutama semasa berman ombak semaasa upwind dan juga teknik main ombak downwind anatara penyebab prestasi yo-yo.

Firdaus bagi pelayar yang baru pertama kali beraksi pada kejohanan  luar negeri dan juga baru sahaja 3 minggu lebih berlatih semula setelah 4-5 tahun rehat masih berada pada tahap yang agak rendah. Kesilapan-kesilapan mudah dari segi pengendalian bot seperti sail setting, rounding, teknik bermain ombak yang lemah dan komennya sailing downwind yang sering kena potong semula walaupun sudah berada pada top 3...

Keputusan tidak resmi bagi kelas-kelas di gelanggang B sebelum perbicaraan protes adalah seperti berikut:

 

Laser 4.7

 

Laser Radial

 

Laser Standard


Nama

Keputusan

 

Nama

Keputusan


Nama

Keputusan


Armiera

Belum keluar

Gelanggang A


Mustaqiim

3rd (2,3,3,2,4,1,4=15)

 

Firdaus

5th (5,5,OCS,5,5,5,DNF=)











Windsurf


International  420





Nama

Keputusan


Nama

Keputusan





Danish

  3rd (5,5,OCS,5,5,5,DNF)


Kulim & Kumat

2nd (2,1,2,4,3,2,3=12)








Husna & Amirul

3rd (4,5,5,1,2,3,3=18)





Update hari Pertama

Kejohanan KFC-Selangor Open 2013 telah bermula pada Jumaat 10/5/13 semalam. Pasukan negeri Terengganu turut serta dalam kejohanan ini dengan menyertai kebanyakan acara yang dipertandingkan kecuali bagi acara Laser Radial Perempuan dan Laser 4.7 lelaki kita tidak mempunyai peserta. Penyertaan pasuka Terengganu adalah seramai 18 orang dan adalah seperti berikut:

  1. Optimist: 10 peserta
  2. Laser 4.7: 1 peserta
  3. Laser Radial: 1 peserta
  4. Laser Standard: 1 peserta
  5. Int 420: 2 bot (4 peserta)
  6. Windsurf Bic Techno: 1 peserta

Pasukan telah bergerak pada pagi Khamis seawal jam 0900am dengan bas MSNT dan coach Romzi memandu sendiri untuk singgah mengambil Mustaqiim di UMP Gambang. Pergerakan berjalan lancar dan sampai kira-kira jam 0730pm.

 

Perlumbaan pada hari Jumaat telah berjalan dengan lancar dalam keadaan angin yang baik sekitar 10-12kts. Gelanggang pertandingan telah dipecah kepada 2 gelanggang dengan Gelanggang A untuk Optimist, Lser 4.7 dan byte manakala gelanggang B untuk kelas-kelas lain (420/Laser Radial/ Laser Standard dan windsurf). Sebanyak 3 perlumbaan telah berjaya dijalankan di gelanggang B dan hanya 2 perlumbaan di gelanggang A.

 

Keputusan pelayar Terengganu bagi pertama ini adalah agak memuaskan seperti berikut:

Kelas Optimist:

Nama Overall Division Girls
Latif 3rd (2,5) A: 2nd (2,4)
-
Asmawi 6 (7,3)
A: 5th (5,2)
-
Umar 9 (6,9) B: 4th (2,3) -
Safares 17 (13,6) A: 12th (9,5) -
Izzuddin 23 (9,15) B: 8th (4,5) -
Al Yauma 28 (9,15) A:22nd (13,11) 4th (4,2)
Hakimi 31 (13,20) B: 9th (4,7) -
Khaidir 42 (24,20) C: 2nd (2,2) -
Arib 61 (38,23) B: 19th (11,8) -
Insyirah 63 (30,31) C: 7th (3,5) 18th (10,10)

Kelas Laser (Laser 4.7, Laser Radial & Laser Standard)

Laser 4.7   Laser Radial   Laser Standard
Nama Keputusan   Nama Keputusan
Nama Keputusan
Armiera 4th (4,4)

Mustaqiim 3rd (2, 3,3)   Firdaus 5th (5,5,OCS)

Keputusan bagi kelas Laser Radial (Mustaqiim) masih belum pasti kerana dari mesyuarat pengurus pasukan semalam menyatakan kelas Laser Radial akan combine antara lelaki dan perempuan (laser radial open) kerana perempuan tidak cukup korum dengan hanya 2 orang sahaja.

 

Bagi kelas Int 420 keputusan masih belum keluar dan dijangka pasangan Kulim dan Kumat yang beraksi agak cemerlang pada hari pertama ini berada pada kedudukan ke:2, manakala pasangan Husna dan Amirul beraksi sdikit hambar pad kedudukan ke-5.

 

Agak malang bagi kelas windsurf Bic Techno kerana Danish tidak dapat menerus saingan malah belum berlumba pun apabila terpaksa berpatah balik semasa turun ke aiar atas sebab layar yang koyak teruk pada salah satu panelnya

Write a comment

Comments: 0