Aktiviti Pasukan Perahu Layar Minggu ke-3 dan ke-4 Mei 2013

Bulan Mei antara bulan yang agak sibuk bagi aktiviti pelayaran negeri Terengganu. Selain latihan harian berterusan mengikut jadual terdapat beberapa aktiviti yang telah ditambah juga terdapat beberapa pelan perancangan yang terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab. Kita lihat aktiviti yang dibatalkan:

  1. KT2R terpaksa dibatalkan kerana atas 2 alasan- pertamanya berdasarkan kelemahan di KFC-Perak jurulatih dan pasukan merasakan keperluan untuk menjalankan latihan awal di venue pada hujung minggu dan seterusnya mulai 26hb Mei. Peracangan latihan ini sudah dirancang lebih awal lagi kerana sudah menjangkakan kelemahan pelayar kita dan ini kelihatan semasa KFC-Perak dan dibuktikan sekali lagi semasa kejohanan KFC-Selangor.
  2. Perancangan latihan hujung di Setiu juga terpaksa dibatalkan kerana tiada kelulusan dan peruntukan dari MSST dan hanya akan bermula pada 24hb Mei sehinggalah ke masa kejohanan sebenar sahaja.

Sehubungan dengan itu dan mengikut kepada kehendak dan keperluan semasa maka perancangan untuk 2 minggu terakhir ini adalah agak sibuk:

  1. Pada hujung minggu (Sabtu:18hb Mei) ini akan diadakan Kem Mencari Juara dan TID bagi proses untuk mendapatkan pelayar-pelayar baru. Sasaran utama adalah ntuk:
    1. Mendapatkan 2 pelayar lelaki dan 2 pelayar perempuan terbaik untuk dihantar bagi menjalani Kem Windsurfing Kebangsaan
    2. Mendapat pelayar perempuan crew bagi Husna
    3. Menambah bilangan atlet baru untuk program pembangunan perahu layar negeri Terengganu.
  2. Juga pada hujng minggu ini (juga 18hb ini) pertandingan pemilihan akan diadakan bagi mendapatkan pelayar Laser Radial setelah pelayar negeri Asri yang beraksi bagi pasukan kebangsaan tidak mendapat pelepasan kerana terpaksa mewakili negara pada masa tersebut ke pertandingan Singapore Byte National di Singapura.
  3. Manakala pada hujung minggu hadapan pula 3 acara utama secara terus menerus ataupun 1 atau 2 acara bertindih:
    1. 24hb - 25hb Mei akan diadakan TCNG untuk bulan Mei seprti biasa bertempat di Kuala Terengganu
    2. 24hb - 31hb Mei dijangka latihan pusat persediaan akhir; akhirnya mendapat persetujuan dan kelulusan MSST untuk mengadakan latihan pusat akhir bertempat di Pantai Penarik, Rhu 10, Setiu
    3. 24hb - 04hb Jun Kem Windsurf Kebangsaan akan diadakan di Tasik Timah Tasoh Perlis bersama dengan Latihan di venue SUKMA untuk kelas Int 420. 2 x pelayar lelaki dan 2 pelayar perempuan terbaik dari kem Mencari Juara (TID) akan dipilih untuk kem ini bersama dengan Elfee bagi kem ini. Manakala 3 buah bot Int 420 juga akan dibawa untuk latihan pada di venue ini.
  4. Selain itu dijangka Danish akan ke Langkawi pada hari Sabtu ini untuk menjalani latihan di peringkat kebangsaan dengan sasaran untuk Sukan Sea 2013. Ada kemungkinan Danish juga bakal beraksi bersama Asri di Singapura nanti pada masa yang sama.

Write a comment

Comments: 0