Program Hujung Minggu 3 dalam 1 + Uniszar?

Pada Hujung Minggu ini terutamanya pada hari Sabtu menjadi begitu padat di perairan Pulau Duyong. Sekurangnya 5 program berjalan serentak pada hari Sabtu. Paling menarik adalah program 3 dalam 1 iaitu dalam usul asalnya Program Mencari Juara yang asalnya adalah untuk

  1. sasaran utamanya disamping mencari atlet baru
  2. adalah juga untuk mencari  2 pelayar terbaik lelaki dan perempuan untuk mewakili negeri Terengganu untuk Kem Windsurfing Kebangsaan yang akan berlangsung di Tasik Tasoh Perlis mulai 24hb Mei hingga 04hb Jun.
  3. dalam masa yang sama menyenarai pendek beberapa pelayar perempuan yang boleh menjadi crew untuk Husna
  4. dan terkini setelah mendapat surat resmi dari MYA menyatakan yang wakil negeri Terengganu bagi kelas Laser Radial  untuk Kejohanan Perahu layar MSSM (Asri Bin Azman) tidak dapat dilepaskan semasa Kejohanan MSSM kerana dipilih untuk mewakili Malaysia ke Kejohanan Singapore National Championship maka Program Mencari Juara ini juga digunakan sebagai kesempatan untuk pemilihan atlet bagi mewakili negeri Terengganu.

Sementara itu pagi-pagi hari tadi baru dimaklumkan melalui cikgu Rashid yang program beliau bersama penuntut Uniszar juga akan dilakukan pada pagi ini. Tiada komen yang nak highlightkan cumanya program Uniszar dapat dijalankan tanpa gangguan besar memandangkan pasukan telah memaklumkan kepada pelayar-pelayar yang tidak terlibat dengan Program Mencari Juara tidak perlu hadir untuk menjalani latihan pada sesi pagi. Sedikit masalah hanyalah penggunaan peralatan Laser semasa transisi dari program Uniszar ke Program Mencari Juara berlaku sedikit terlewat/tertangguh,  juga berlaku kurangnya life jacket merencatkan sedikit pergerakan awal perjalanan Program Mencari Juara terutamanya untuk aktiviti water confidence dan semasa hendak turun ke laut. Perkara ini sebenarnya dapat diatasi dengan lebih baik sekiranya dimaklumkan lebih awal akan program-program lain yang hendak dijalankan terutamanya apabila kesemua pihak telah dimaklumkan baik melalui laman web ini, facebook mahupun email termasuklah sudah diingatkan untuk PLD luar yang datang membawa bersama beberapa life jacket/ 1x rigging dan juga 1 x tiller lengkap. Ingatan ini perlu ditekankan sekali lagi kerana pada minggu hadapan kita akan mengadakan TCNG pula dan diingatkan untuk PLD membawa peralatan-peralatan ini bersama.....SEKALI LAGI DIINGATKAN. Tiada masalah besarkan kecuali program ini yang sepatutnya tamat pada jam 1730pm terpaksa dilewatkan sehinggan jam 1830pm sedikit membebankan kepada para ibu-bapa dan penjaga yang sudah datang untuk mengambil anak masing-masing.

 

Apa-apa pun terimakasih berbanyak kepada semua yang telah memberikan sokongan dan turut menghulurkan tangan dan bantuan  dalam menjayakan program ini... jurulatih (termasuk isteri jurulatih Pok Lah-Nurul), atlet-atlet, juruatih PLD dan lain-lain juga tidak ketinggalan kepada Cik Mimi dan Cik Juna kita dari pagi hingga ke petang bersama dengan pasukan walaupun masih penat dan dalam hari cuti juga atas bantuan untuk mendapatkan peruntukan dari MSNegara (En Zul ketua unit USPTN melalui cik Mimi kepada MSN). Juga kepada unit ISN satelit yang terpaksa bekerja lebih masa di hari cuti yang sepatutnya bersama keluarga tetapi sudi berkorban dan meluangkan masa anda amatlah kita hargai.

Program Mencari Juara: Penilaian Kekuatan Fizikal

Program Mencari juara dipecahkan kepada 3 elemen penilaian:

  1. Penilaian/Mengenalpasti atlet dari segi Kekuatan Fizikal
  2. Penilaian/Mengenalpasti atlet dari segi kebolehan diri  Water Confidence dan
  3. Penilaian/Menegenalpasti bakat pelayaran: belayar  dengan bot Int 420 dan juga widsurf

Kesemua atlet termasuk beberapa atlet senior (Somad, Firdaus, Izzuddin, Armiera, AlYauma, Safares, Latif dan Asmawi) turut serta.  Atlet senior lain (Kumat, Husna, Sollehudin dan Muslim) membantu pelaksanaan dan pengisian keputusan.

 

Seramai 30 orang kesemuanya hadir untuk ujian ini adalah 1 jumlah yang agak baik memandangkan masa untuk menguruskan acara ini dibuat dalam jangkamasa yang amat singkat kurang dari 3 minggu. Sayang sekali jika semua sekolah yang ditawarkan surat jemputan menghantar pelajarnya setidak-tidaknya 50 pelayar akan hadir. Tidak mengapa nanti kita buat lagi untuk pelayar Optimist pula jika ada masa bersesuaian.. tetapi harus memikirkan apakah protokol ujian untuk mengenalpasti atlet sekita 7-10 tahun.

 

Juga ketidakhadiran 4 pelayar dari Sek Men Agama Khairiah yang terlibat dengan kelas juga beberapa pelajar lain yang terlibat denga kelas tambahan.

 

Buat masa sekarang saya masih lagi berkerja keras untuk memasukkan keputusan ujian ke laman web ini... nantilah masih lagi perlu diperbaiki kerana terdapat sedikit kesilapan kecil dalam memasukkan data. Setiap ujian yang dilakukan menggunakan pendaraban faktor kepentingan ujian tersebut bagi sukan windsurfing menyebabkan sedikit masa diperlukan.

 

Juga untuk gambar-gambar semasa ujian sila ke page GALERI

Click pada Gambar untuk photo album
Click pada Gambar untuk photo album

Program Mencari Juara: Sesi Penilaian Water Confidence

Saya masih menunggu laporan dari coach Pok Lah berkaitan dengan water confidence... rasanya semuanya pass cuma tahap keyakinan masing-masing sahaj mungkin ada beberapa sedikit lemah.  Selain itu mendapati ramai pelayar tidak mempunyai daya lonjakan untuk menarik badan naik ke phontoon dari dalam air

Program Mencari Juara: Sesi Penilaian Pelayaran Pelayar

Clik gambar untuk ke Galeri - gambar
Ketika yang lain dah menghilang Kulim Seikhlasnya melakukan kerja-kerja Pemutihan

Proses Penilaian Pelayaran seperti dimaklum dengan 2 sasaran utama iaitu untuk mengenalpasti 2 atlet lelaki dan 2 atlet perempuan bagi kelas windsurf juga untuk menyenarai pendek pilihan crew untuk Husna.

 

Perjalan untuk pelayaran di laut agak lewat dengan persiapan bot yang lewat sedangkan Optimist lagi awal siap dah lama berad di air berbanding dengan Int 420 dan Laser. Juga berbolok dengan dengan program lain serta atlet keliru tidak pasti apa yang ia inginkan.

 

Bagi kelas Int 420: Penilaian dilakukan menggunakan 4 buah bot dengan atlet sendiri (Kumat, Kulim, Solehhudin dan Husna sendiri) melakukan penilaian dengan belayar bersama mereka dan membuat penilaian. Seperti dimaklumkan tumpuan lebih kepada pelayar perempuan. Masa diambil agak lama untuk kumpulan pertama menyebabkan kumpulan yang lainnya terpaksa dikurangkan masa mereka. Dengan kehadiran kira-kira 11 pelayar masa yang agak lama diambil untuk melakukan penilaian. Sayangnya selepas tamat sesi kerana kesuntukan masa maka maklumat penilaian dan cadangan nama tidak dapat dilakukan sebaik mungkin, walaupun Husna telah menyenarai pendekkan mengikut peenilaiannya tetapi saya terpaksa menunggu komen dari Kulim, Kumat dan Sollehuddin sebelum diputuskan.. Maka nama akan dimaklumkan kemudian.

 

Bagi kelas windsurfingg pula coach Pok Lah walaupun tiada laporan pemilihan lengkap tetapi telah berjaya menyenaraikan 2 pelayar lelaki tetapi juga menghadapi maslah untuk menyenaraikan pelaayr perempuan. 2 pelayar lalaki adalah:

  1. Ammar Bin Suhaimi (16 thn dari PLD Setiu) dan
  2. Muhammad Burhanuddin Bin Mazalan (16 thn dari PLD Kuala Terengganu)

Sementara itu bagi kategori perempuan kemungkinan kerana menggunakan layar yang besar menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan pelayar perempuan kerana kesemua mereka tidak dapat menegakkan layar. Walaupun begitu khabar dari Pok lah, Siti Rahayu dapat sedikit menegakkan layar dan ia sorang-sorangnya yang berminat untuk pergi ke kem klinik kebangsaan ini dan berdasarkan keputusan penilaian fizikal test maka saya mencadangkan 2 nama bagi tujuan klinik tersebut atas alasan masa yang sangat suntuk dan tarik pendafatran telah berlalu semalam.

  1. Siti Rahayu Bte Rahalim (16thn, PLD Setiu)
  2. Siti Mariana Bte Mohd Zin (15thn, PLD Besut)

Semua nama di atas nampaknya telah menunjukkan minat yang tinggi untuk ke Tasik Timah Tasoh, kecuali bagi Siti Mariana beliau terpaksa terlebih dahulu melihat membuat kepastian kerana pada masa yang sama kemungkinan terlibat dengan kelas tambahan bagi persediaan PMR terakhir pada tahun ini.

 

Tahniah kepada pelayar-pelayar yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya kitabercadang untuk tidak menolak mereka tetapi akan mengeluarkan cadangan jadual latihan kepada sekolah masing-masing untuk mereka meneruskan latihan dan akan cuba menyaingi rakan-rakan yang telah terpilih.

Write a comment

Comments: 1
  • #1

    gustmysailing (Saturday, 18 May 2013 21:22)

    Siti Mariana sila confirmkan segera.
    Cikgu Rashid: ada tak board buruk-buruk sape-sape punya suruh dia orang training dulu... balancing pin kira ok