Program Hujung Minggu 3 dalam 1 (keputusan atlet Int 420 dan Pemilihan Laser)

Pemilihan Bagi Kelas International 420 (crew Husna)

Sekali lagi perbincangan bersama antara jurulatih dan pelayar-pelayar senior yang terlibat untuk sesi pemilihan bagi kelas Int 420 perempuan diadakan dan setelah mendengar pandangan dari semua, maka keputusannya tiada nama pelayar dipilih, tetapi dari semasa kesemasa atlet-atlet yang hadir semasa Kem Mencari Juara ini akan terus diberi peluang untuk beraksi dengan bot Int 420. Kelebihan berat badan dan ketinggian akan menjadi kelebihan setelah semua elemen pengendalian bot, ketahanan kekuatan fizikal bersama ketangkasan bertindak dalam bot serta reaksi spontan yang diberikan terhadap pergerakan dan perubahan keseimbangan bot telah dinilai.

Selain itu tiadanya halangan dan kekangan besar bagi seseorang atlet itu dapat berlatih lebih masa dari jadual sedia ada untuk melonjak naik prestasi mereka serta komitmen atlet besama sokongan dan dorongan dari keluarga juga akan diambilkira.

 

 

Pertandingan Bagi Kelas Laser Radial Lelaki

Seperti yang dimaklumkan dalam program ini juga akan diadakan pertandingan pemilihan bagi kelas Laser Radial untuk memilih seorang atlet lelaki bagi kelas Laser Radial Lelaki untuk Kejohanan Perahu Layar MSSM bagi menggantikan Asri yang tidak dapat beraksi mewakili Terengganu kerana terpaksa beraksi di luar negara mewakili negara untuk Kejohanan Singapore National Byte Championship yang akan berlangsung dalam amsa yang sama dengan kejohanan MSSM.

 

Seramai 5 pelayar turun untuk pemilihan ini dari 7 orang yang dijangka awalnya. Penarikan diri Ahmad Danish yang akan ke Langkawi pada malam selepas kem ini, serta Elfee yang menolak peluang keemasan ini kerana ingin menumpukan kepada kelas windsurfing sahaja menyebabkan tiada wakil dari negeri Terengganu.

Armiera yang juga joint pertandingan ini sebagai pertandingan latihan dan tidak diambilkira menjadikan hanya 4 pelayar sahaja akan bertanding.

 

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

LASER RADIAL BOYS

Sailed: 6, Discards: 1, To count: 5, Ratings: PY, Entries: 5, Scoring system: Appendix A

Rank

Fleet

SailNo 

PLD

HelmName 

PY

R1

R2

R3

R4

R5

R6

Total

Nett 

1st

LASER RADIAL

MAS 193099

DUNGUN

NUR AMIERA ATHIERA BTE AZMANY

1110

1

1

1

(5 DNC)

1

1

10

5

2nd

LASER RADIAL

MAS 172243

DUNGUN

ABD HAKIM BIN SAUFI

1120

(2)

2

2

1

2

2

11

9

3rd

LASER RADIAL

192363

SETIU

MOHD AMMAR BIN SUHAIMI

1110

(5)

3

3

3

3

3

20

15

4th

LASER RADIAL

192323

BESUT

MOHD FAKRULLAH BIN FAUZI

1110

3

(4)

4

2

4

4

21

17

5th

LASER RADIAL

192361

DUNGUN

SULAIMAN HAFIZI BIN MOHD RUSLI

1120

4

(5)

5

4

5

5

28

23

 

Dengan mengeluarkan nama Armiera yang mengungguli 5 perlumbaan dari 6 perlumbaan memberikan pemenang yang akan mewakili Terengganu pada Kejohanan Perahu Layar MSSM bagi kelas Laser Radial adalah ABDUL HAKIM BIN SAUFI yang konsisten berada pada tempat ke-2 pada semua pertandingan dan menjuari perlumbaan ke-4 yang tidak disertai oleh Armiera.

 

Menutup tirai posting ini dengan ucapan TAHNIAH kepada pemenang dan kepada yang tewas teruskan dan tingkatkan usaha anda untuk mencapai kecemerlangan yang terbaik.

Write a comment

Comments: 0