Program Hujung Minggu Terakhir Bulan Mei 2013 (Minggu ke 4 dan ke-5)

Hujung minggu ini juga dijangka akan sibuk seperti minggu lepas juga. 4 acara utama dijangka mewarnai hujung minggu dan awal minggu pelayaran pelayar negeri Terengganu.

  1. TCNG bulan Mei
  2. Kem windsurfing kebangsaan di Tasik Timah Tasoh, Perlis
  3. Pengambaran bersama RTM untuk rancangan kanak-kanak Chiki Boom
  4. Loading bot dan latihan fasa akhir persediaan Kejohanan MSSM di Pantai Penarek, Setiu

TCNG Mei 2013

Seperti biasa ulasa untuk TCNG bulan ini diterangkan dengan lebih terperinci di ruangan JUST_4U. Tetapi masih lagi sambutan PLD terhadap penggunaan perhubungan on line samada facebook, email dan sebagainya dianggap lemah termasuklah untuk pasukan mendaftar secara on-line.

Kem Windsurfing Kebangsaan dan Latihan di Venue SUKMA

Seramai 5 pelayar windsurf dan juga seramai 5 pelayar International 420 akan berkampung selama seminggu di Tasik Timah Tasoh, perlis untuk Kem Windsurfing Kebangsaan dan juga latihan divenue SUKMA.

 

Pasukan akan bergerak mulai Jumaat (24hb Mei) ini dan akan berada di sana selama 12 hari sehinggalah Sabtu (04hb Jun). Kem windsurfing yang ditaja oleh Persatuan kebangsaaan (MYA) ini akan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman negara Mr Zainal 'Fred' Misran dan juga Hadri "Acai" Zainal.

 

Atlet terpilih adalah seperti berikut:

Kem Windsurfing

Kebangsaan 

Latihan Venue

International 420

Elfee - K.Terengganu
Mariana - Besut
  Kumat
Kulim
Burhanuddin - K. Terengganu
Ammar - Setiu
  Husna Amirul Mukminin
Siti Rahayu - Setiu     Seikh Abdul Somad  

Atlet terpilih yang berada di Kuala Terengganu akan melakukan loading bot pada petang ini (Khamis:23hb Mei) dan pergerakan akan bermula dari MSNT Kuala Terengganu pada esok (Jumaat:24hb Mei) sekitar jam 0900am dengan menggunakan van PD Kemaman dan juga kereta coach. Pelayar dari Setiu dan Besut diminta untuk menunggu di daerah masing-masing.

Pengambaran Untuk Rancangan Kanak-kanak Chiki Boom

Rancangan Kanak-kanak yang bertajuk Chiki Boom ini bersiaran setiap hari Ahad, jam 10.05 pagi di TV2.


Rancangan Chiki Boom dihoskan oleh dua (2) orang pengacara kanak-kanak Bella dan Chandni serta seorang pengacara remaja Alif Hadi. Rancangan ini memaparkan pelbagai informasi berkaitan dunia kanak-kanak dan juga orang dewasa melalui perspektif kanak-kanak itu sendiri.

 

Bagi episod kali ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bercadang untuk menerbitkan episod berkaitan Sukan Perahu Layar. Pasukan berasa berbesar hati kerana RTM telah bersetuju untuk memilih negeri Terengganu sebagai salah satu lokasi pengambaran untuk merakamkan aktiviti sukan ini dengan disertai oleh ketiga-tiga Pengacara Chiki Boom. Ini akan memberikan peluang kepada atlet serta mileage kepada sukan perahu layar agar lebih dikenali kepada umum terutamanya kepada penduduk negeri Terengganu. Diharap agar semua pelayar bersedia untuk sesi ini kerana ianya akan diadakan pada awal pagi.

 

Detail acara adalah:

            Tarikh penggambaran            : 27 Mei 2013 (Isnin)

            Keperluan                                : Merakam aktiviti permainan sukan Perahu layar dari peringkat awal (briefing)

sehinggalah Perahu layar berlayar di air  

           Masa                                       : 9.00 pagi

           Tempat                                    : Ri-Yaz Heritage

 

Walaupun begitu confirmation masih lagi belum disahkan.

Loading Bot dan Latihan Fasa Akhir Persediaan Kejohanan Perahu Layar MSSM di Pantai Penarek, Setiu

Terakhir pasukan perahu layar Terengganu yang terlibat dengan Kejohanan Perahu Layar MSSM akan menjalani latihan fasa akhir bagi persediaan Kejohanan MSSM bertempat di Pantai Penarek iaitu venue pertandingan di mana Terengganu menjadi tuan rumah pada kali ini. Senarai nama atlet seperti yang dimaklumkan sebelum ini melalui pemilihan yang telah dijalankan akan melakukan loading bot ke lori sebaik sahaja tamat pengambaraan rancangan chiki Boom pada pagi Isnin (27hb Mei) dan akan terus bergerak ke Setiu Tereengganu.

 

Seperti sedia maklum senarai atlet adalah:

Optimist Bawah

15 Lelaki

Optimist Bawah

15 Perempuan
 

Optimist Bawah

12 Lelaki

Laser Radial

Lelaki

Asmawi Al Yauma
Izzuddin Asri#
Latif
Umar (Hakim)
Safares

Optimist Bawah

12 Perempuan
Hakimi

Laser Radial

Perempuan

Ali Imran

Insyirah Arib Nur Armiera

Untuk makluman pelayar Ali Imran bagi kelas Optimist Lelaki Bawah 15 tahun tidak dapat berlatih bersama semasa latihan fasa akhit ini kerana tidak dapat dilepas sebagai pelayar kebangsaan terlibat dengan latihan untuk ke kejohanan di Sngapura pada akhir bulan Jun nanti.

 

Asri pula tidak dapat dilepaskan untuk kejohanan MSSM ini kerana terlibat dengan Kejohanan Singapore National Byte Championship pada masa tersebut dan tempatnya bakal digantikan oleh Abdul Hakim pelayar dari Dungun. Walaupun begitu terdapat ura-ura kononnya Asri akan diminta dilepaskan pada masa tersebut.

Write a comment

Comments: 1
  • #1

    coach (Thursday, 23 May 2013 06:01)

    Perkembangan:
    1. Loading boat siap dilakukan diketuai coach Pok Lah. pelayar memasukkan bersama peralatan peribadi (beg pakaian) ke dalam lori supaya tidak padat sangat van. Kerja loading dari jam 1545 hingga ja 1700.
    2. Lewat petang. Beberapa atlet PLD luar dah berada di hostel untuk penginapan. Pelayar Kuala Terengganu bertungkuslumus melakukan persiapan bot presediaan untuk TCNG besok. Buoyancy bag banyak yang bocor, harap PLD bawa spare, begitu juga dengan life jacket yang separuh dah masuk ke lori.
    3. Boat yang di polish persiapan untuk Kejohanan Perahu layar MSSM siap. 5 bot semuanya. bayaran sahaj yang belum dibuat.