AKTIVITI BULAN APRIL 2013

Aktiviti bagi bulan April agak sibuk juga bagi pasukan Perahu Layar Negeri Terengganu. Seperti sedia maklum minggu pertama latihan memfokuskan kepada persiapan bagi kejohanan KFC-Perak dan penyertaan bagi kejohanan telahpun di highlight diposting sebelum ini.

 

Sebelum itu MSNT juga agak sibuk pada 20hb dengan  menjadi venue untuk penamaan calon bagi PRU ke-13.

 

Minggu berlalu minggu ke-3 berjaya juga mengadakan perrtandingan bagi pemilihan atlet ke Kejohanan MSSM yang mana Terengganu akan menjadi tuanrumah. Juga baru-baru ini pegerusi-pengerusi teknik MSS negeri bagi seluruh negara termasuk 3 x Wilayah Persekutuan mengadakan mesyuarat di Hotel Tanjung Vista bagi persiapan akhir Kejohanan MSSM. Sayang tiada maklumat lanjut disalurkan berkaitan dengan acara ini. Juga masih belum menerima apa-apa maklumat berkaitan dengan persediaan akhir ini kecuali berkaitan dengan e-pendaftarannya.

 

Menuju ke penghujung bulan April dengan persediaan bagi kejohanan KFC-Selangorlah pulak. Harap tiada masalah dengan persiapan Selangor memandangkan kebanyakan staf-staf MSN berkampung di Gambang sekarang. Persediaan melibatkan lori dan bas sering menjadi keributan jika terlewat memohon atau kesibukan melanda kakitangan juga kekosongan kenderaan yang acap kali padat.

 

Write a comment

Comments: 0