Latihan Di Perlis menuju ke Penghujung dan bermulanya Kejohanan MSSM perahu Layar 2013

Latihan pasukan perahu layar Terengganu bagi kelas International 420 bersama dengan Kem Windsurf kebangsaan berjalan lancar dan menuju ke penghujungnya.

 

Bagi kelas International 3 pasangan dihantar untuk mencuba venue bagi SUKMA Perlis 2014 terutama keadaan angin dan air yang dijangka akan berlangsung SUKMA pada masa yang sama pada tahun hadapan.

  1. Pasangan Kumat dan Kulim
  2. Pasangan Husna dan Amirul (Amirul masih berpasangan dengan Husna dengan program untuk mencari crew baru bagi Husna masih berjalan agak perlahan dan kabur).
  3. Pasangan Sollehudin dan Somad yang diturunkan untuk memberikan lebih berkesan kepada latihan terutamanya untuk pemeriksaan gelanggang di Tasik Timah Tasoh.

Sementara itu untuk klinik windsurf kebangsaan kelihatan sambutan pada tahap sederhana tetapi tetap meriah dan mengujakan dengan kebanyakan adalah pelayar baru. Kehadiran adalah seperti berikut:

  1. Terengganu: 6 orang (Burhanuddin, Elfee, Ammar, Mariana, Mariani dan Rahayu)
  2. Perak: 2 orang (Perempuan)
  3. Selangor: 4 orang (2 lelaki-Aqir joint lewat, 2 Perempuan)
  4. Kedah: 1 orang (lelaki)
  5. Perlis: 4 orang (1 lelaki, 3 Perempuan)
  6. P. Pinang: 2 orang (1 lelaki, 1 perempuan- joint lewat)
  7. MYA: 1 orang (Danish-Terengganu)
  8. Coach: 3 orang: Coach Zainal, Coach Acai dan Coach Saifullah
  9. Pembantu coach: 2 orang (Black dan Lin)

Total keseluruhan 25 orang memberikan keseluruhan kem ini berjaya walaupun beberapa negeri tidak menghantar peserta mereka (Pahang, Kelantan, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan Wilayah).

Kem windsurfing dipecahkan kepada 2 group norvis dan advance. Digroup advance: Danish, Ammar, Elfee (Terengganu), Bob-Selangor, Turbo -Firdaus Kedah dan Firdaus Navy.Yang lainnya berada dalam group junior juga 2 peserta Aqir dan Sefea joint group sedikit lewat terutamanya Sofea.

Pada sepanjang kem telah diadakan beberapa kali racing assessment termasuklah pada hari terakhir kem iaitu pada 03hb Jun telah diadakan pertandingan kedua-dua group ini.

Jelas group unior walaupun telah mamu mengendalikan board secara asas masih terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum mereka ini layak untuk bertanding. Oleh itu beberapa cadangan penambhabaikan seperti ke lanjutan perlu diadakan dari masa ke semasa untuk mempertingkatkan tahap pencapaian dan prestasi atlet.

Tahniah kepada Ammar yang hanya beberapa hari telah berjaya masuk ke group advance dan seterusnya mampu untuk menyaingi Elfee yang jauh lebih berpengalaman darinya dan Elfee menunjukkan kelemahan yang agak ketara teruatama dari kekuatan ketahanan mental untuk melakukan lebih usaha dan juga beberapa kelemahan lain termasuk sering cramp.

sementara itu pencapaian Burhanuddin juga agak baik tetapi memandangkan yang ia bukan berasal dari pelayar sebagaiamana Elfee, Ammar dan Ayu maka pencapaian agak perlahan. Mariana dan Mariani serta Rahayu juga menunjukkan peningkatan yang agak perlahan dimana balancing dan kekuatan fizikal memberi sedikit kelemahan kepada mereka serta peluang mereka bersama dengan board sedikit kurang kerana terpaksa berkongsi board dengan kebanyakan pelayar-pelayar lain.

 

 

Sementara itu kejohanan di perahu layar MSSM juga telah membuka tirai mulai semalam 01hb Jun. Sebelumnya pasukan Terengganu telah menjalani latihan selama 4 hari sahaja sebelum kejohanan bermula. Perancangan yang tidak berjalan mengikut jadual latihan yang telah dikeluarkan sejak awal tahun setelah dipersetujui dalam mesyuarat JKOP merencatkan persediaan pasukan. Kelemahan yang dikenalpasti sejak Kejohanan Perak dan Selangor tidak dapat diatasi sepenuhya, malah rasanya pelayar berkemungkinan tidak dapat melakukan adaptasi dengan suasana pertandingan yang tidak akan memberi kelebihan kepada pasukan walaupun Terengganu merupakan tuan rumah kejohanan pada edisi 2013 ini, seolah-olah bertanding di gelanggang luar bukan home ground.

 

Apa-apa pun kita berharap pasukan Terengganu mampu untuk melakukan sesuatu memandangkan kebanyakan mereka adalah muka-muka baru kecuali 4 pelayar utama kelas Optimist adalah peserta dari tahun lepas.

 

Semoga berjaya...

Write a comment

Comments: 0