Kejohanan Perahu layar MSSM

Gambar diceduk dari blog kejohanan: http://mssmmoeperahulayar.blogspot.com/

Kejohanan Perahu Layar MSSM 2013 baru sahaja melabuhkan tirainya. Pantai Rhu 10, Penarek, Setiu pada kali ini menjadi tuan rumah selepas pada tahun lepas Pantai Balok Kuantan sebagai tuan rumah.

Tuan Pengarah bersama Pasukan Optimist Terengganu
Tuan Pengarah bersama Pasukan Optimist Terengganu

Pasukan perahu layar negeri Terengganu terpaksa berpuashati pada kedudukan ke-empat jatuh dua anak tangga berbanding dengan keputusan pada edisi tahun lepas. Mengumpul 1 pengat emas, 2 pingat perak dan 2 gangsa tewas kepada pasukan dari negeri Kedah sebagai juara keseluruhan pungutan pingatdengan 4 emas dan 2 gangsa. Tempat ke-dua pula dimenangi oleh juara tahun lepas Negeri Sembilan dengan pungutan 2 emas dan 1 gangsa, manakala Johor menghuni tangga ke-tiga dengan kutipan 1 emas dan 3 perak. Walaupun begitu dari pungutan mata negeri Terengganu berjaya memungut 23 mata sama dengan juara Kedah apabila 9 peserta kita berada pada kedudukan 4 - 10.

 

Tahniah kepada semua walaupun tidak menjuarai kejohanan pada edisi tahun ini tetapi setidak-tidaknya pasukan sudah mencuba yang terbaik. Masih terdapat beberapa kelamahan utama yang dikenalpasti masih belum dapat dikuasai sepenuhnya oleh atlet. Pasukan seterusnya akan berusaha bagi mengatasi kelemahan tersebut bagi menghadapi kejohanan utama di Singapura selepas ini.

Senarai Pemenang bagi Setiap kategori

Pencapaian kelas Laser

Keputusan sponsor race diambil dari perlumbaan pertama
Asri mendahului pada Pertandingan Pertama/Penaja

Tahniah kepada Asri, satu-satunya peserta kita yang memenangi emas bagi acara penaja Laser Radial Lelaki. Harap-harap berbaloi dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Asri dengan mengenepikan hasrat untuk mewakili negara pada Kejohanan di Singapura yang sedang berlangsung sekarang semata-mata untuk mewakili negeri Terengganu. Harap pihak MSST seterusnya memberi balasan kepada beliau yang setimpal dengan menaja perlumbaan bagi beliau di luar negara sebagai persediaan beliau untuk layak ke kelayakan Sukan Youth Olympic Games menggantikan kejohanan yang beliau terpaksa lepaskan memandangkan kelas ini yang begitu susah untuk mendapat kelulusan pertandingan pendedahan.

Asri juga telah memenangi gangsa bagi acara Laser Radial Lelaki ini. Beraksi cemerlang pada hari pertama tetapi teruk pada hari ke-2 dan ke-3 dan pada hari terakhir walaupun berjaya menungguli satu-satunya perlumbaan pada hari terakhir sudah terlewat untuk memperbaiki kedudukan.

 

Sementara itu bagi kelas Laser 4.7 Penaja perempuan Armiera berada pada kedudukan ke-empat miss 1 anak tangga untuk memenangi pingat apabila pada awal laluan sudah berada pada kedudukan ke-tiga. Bagi acara Individu Laser 4.7 pula ia hanya mampu berada pada kedudukan ke-8. Kesilapan mudah teknik pengendalian asas yang sering dilakukan masih merupakan kelemahan utama Armiera yang memerlukan running hours latihan yang banyak.

Pencapaian Kelas Optimist

Bagi acara Optimist berpasukan kita bernasib malang apabila telah tewas mengejut kepada pasukan Kedah hanya dengan kiraan mata yang sama (18-18) setelah mendahului pada awal-awal laluan perlumbaan. Pasukan Terengganu berjaya memenangi perlumbaan-perlumbaan lainnya dengan pungutan mata kecil (terkecil jumlah pungutan mata) terpaksa akur apabila berakhir saingan hanya tinggal Kedah dan Terengganu sahaja yang telah kalah 1 perlumbaan dan apabila dikira Terengganu tewas sema perlumbaan antara keduanya.

Pencapaian Acara Berpasukan Optimist

Kelas Optimist memberikan baki pingat yang dipertandingkan iaitu 2 pingat perak melalui acara Penaja Optimist Bawah 15 tahun melalui Latif dan juga Optimist berpasukan. 1 lagi pingat gangsa pula disumbangkan oleh Ali Imran bagi acara Optimist Lelaki Bawah 15 tahun.

Pencapaian Acara Optimist Bawah 15 Lelaki dan Perempuan

Senario yang sama seperti Asri di kelas Laser Radial, kelas Optimist juga mengalami nasib yang lebih kurang sama. Aksi yang mantap ditunjukkan pada hari pertama tidak dapat diteruskan oleh pelayar Optimist. Beraksi bagaikan yoyo pada hari ke-2 acara individu (hari ke-4 pertandingan) dan pada hari terakhir perlumbaan antara Ali, Latif dan Asmawi menyaksikan mereka memungut mata yang agak tinggi berbanding dengan 2 peserta teratas pingat emas dan perak.

 

Bagi acara perempuan pula Alyauma tidak mampu untuk berada pada top 3 finish kecuali pada perlumbaan terakhir dan pada perlumbaan yang ia mendapat OCS menyaksikan ia hanya mampu berada pada kedudukan ke-7 dari jumlah 14 penyertaan bagi acara perempuan ini. Jumlah penyertaan ini agak kecil.

Pencapaian Acara Optimist Bawah 12 Lelaki dan Perempuan

Bagi kelas Bawah 15 tahun lelaki, kita yang berada pada kedudukan pingat sebelum hari terakhir kecewa apabila Izzuddin dan Umar tidak begitu cemerlang terutamanya Izzuddin yang bermula pada hari pertama berada pada tangga ke-2 sebelum jatuh ke tangga ke-3 sebelum hari terakhir bermula. Masih dengan masalah permulaannya dan kurang menyerlah semasa memilih laluan menjadi punca apabila 3 pelayar dibelakangnya konsisten pada 3 perlumbaan terakhir berada di hadapan Izzuddin menyebabkan ia terpaksa berputih mata terpaksa berpuashati di tangga ke-5 dan Umar yang sedikit cemerlang pada baki 3 perlumbaan terakhir berada pada kedudukan ke-6.

 

Tahniah kepada Insyirah baru kali pertama beraksi di kejohanan besar ini setelah didedahkan pada kejohanan KFC-Selangor Open pada awal bulan Mei telah mampu memberi saingan kepada peserta lain apabila berjaya menduduki tangga ke-7 dari 19 penyertaan bagi kategori Optimist Perempuan Bawah 12 Tahun

Keputusan-Keputusan Bagi Kelas Optimist

Write a comment

Comments: 0