Kejohanan Singapore National 420 & Optimist Championship 2013

Intro: Aktiviti bulan jun 2013

Selepas kejohanan MSSM pasukan Terengganu tidak mengambil bahagian di Kejohanan KFC-Melaka. Khabarnya banyak juga negeri tidak mengambil bahagian pada kejohanan ini. Kemungkinan jarak pertandingan yang terlampau rapat antara kejohanan dan juga  notis yang dikeluarkan agak lewat menjadi faktor. Bayangkan dalam 2 bulan ini sahaja 4 kejohanan tempatan:

  1. Kejohanan Perahu Layar MSSM: 01-08h Jun
  2. Kejohanan KFC-Melaka Open: 14-16hb Jun
  3. Kejohanan KFC-Tunku Laxamana: 21-23hb Jun dan
  4. Kejohanan KFC-Johor Open: 05-07hb Jul

Sememangnya pasukan ada menghantar permohonan budget kepada MSNT untuk 3 kejohanan iaitu

  1. Kejohanan Singapore National Int 420 & Optimist Championship
  2. Kejohanan KFC-Tunku Laxamana
  3. Kejohanan KFC-Johor Open

Kejohanan di KFC- Melaka sememangnya tidak disenaraikan untuk disertai tersilap tarikh ingatkan bulan Julai dan NOR yang keluar lewat serta tiada sebarang kontak susulan dari pihak penganjur.

kemudiannya memikirkan masalah untuk menghantar atet ke Negeri Sembilan beserta tarikh tersebut bertindih dengan kejohanan di Singapura maka cadangan ianya tidak disertai dan tumpu kepada Kejohanan di Johor sahaja.

Kejohanan di Johor juga bakal mengundang masalah memandangkan tarikh tersebut bertembung dengan tarikh-tarikh akhir Kejohanan SUKMA berlangung dan dijangka SUKMA akan tamat pada masa yang sama.

Walaupun begitu pasukan masih berharap setidak-tidaknya beberapa atlet utama akan dihantar untuk mengekalkan ranking kebangsaan mereka.

Juga beberapa atlet yang akan menduduki peperiksaan UPSR dan PMR akan dikurangkan penyertaan mereka sehinggalah peperiksaan selesai. Izzuddin, Umar dan hakimi serta beberapa atlet tunas akan menghadapi peperiksaan UPSR diikuti oleh Armiera dan Amirul untuk PMR.

 

Kejohanan di Singapore

Pergerakan dan hari Pertama di Singapura

Pergerakan ke Singapura bermula pada hari Isnin 17hb lagi. Dengan hari siangnya agak sibuk dengan persiapan akhir last minute... termasuk menunggu masuknya peruntukan yang tak kunjung tiba...

 

Pergerakan pasukan dengan menaiki bas dari Kuala Terengganu ke Singapura. Perjalanan terus ini bermula jam 2030malam hanya 1 kali berhenti untuk makan malam dan solat isya' pada sekitar jam 1130 malam di Chendering.

 

Sampai Johor (Larkin) sekita jam 0500am hari Selasa dan bas berhenti kira-kira 1 jam di stesyen pam Petronas untuk solat Subuh dan juga pengisian minyak bas.

 

Perjalanan melalui imegresen juga tidak mempunyai masalah besar hanya semasa melalui Imegresen Sinagpura sahaja sedikit teruk apabila terpaksa menurunkan semua barang-barang (layar, kotak tool dan juga beg).

 

Selamat sampai ke NSC Singapura kira-kira pada jam 0945am setelah bas turun di Beach Street (the Plaza) dimana kemudiaanya menaiki 2 teksi ke NSC. Terus melakukan pendaftaran pasukan dan mendapatkan bot sementara menunggu restoren dibuka kerana pelayar belum pun sarapan pagi. Berjaya mendapatkan bot walaupun charter bermula dari hari esoknya. Pelayar melakukan persiapan bot selepas sarapan  sehingga jam 1500pm. Tidak jadi untuk melakukan latihan dan sewaan mulai hari pertama sampai ini kerana dikhabarkan bacaan jerebu yang melanda Sigapura dari Sumatera melebihi paras dan tidak sesuai untuk aktiviti terbuka.

 

Sekitar jam 1530ptg sampai bilik penginapan di Beltex Box di Jalan Joo Chiat dan pelayar keluar solat serta makan lewat tengahari. Pelayar diberi rehat dan taklimat malam dengan penerangan SI bersama pasukan malaysia yang juga telah sampai pada awal tengahari.  Untuk makluman pasukan kebangsaan juga menginap di tempat yang sama.

Write a comment

Comments: 0