Kejohanan Singapore National Championship

Kejohanan pada hari pertama ini hanya dapat dilakukan sebanyak 1 perlumbaan sahaja bagi kedua-dua kejohanan Optimist dan juga International 420 (3 sebenarnya + Laser).

 

Bermula dengan persiapan bot pada awal pagi dengan pasukan bergerak seawal jam 0700 pagi ke NSC. Taklimat untuk pelayar dilakukan  pada jam 0945 pagi oleh pihak penganjur dengan memaklumkan akan bagaimana pertandingan akan dijalankan dalam 2 gelanggang (Optimist satu gelanggang dan laser combined dengan Laser untuk 1 lagi course) termasuklah dengan keadaan cuaca buruk berjerebu sekaran berkemungkinan pertandingan akan ditangguh.

Pertandingan bermula dengan baik pada sekitar jam 1100 pagi bagi kedua-dua gelanggang sebaik perlumbaan menuju ke penghujung kelihatan jerebu semakin tebal dan jarak penglihatan menjadi semakin terhad. Sebaik tamat perlumbaan AP over H dinaikkan. Pelayar menunggu beberapa ketika sehingga jam 1430pm sebelum seterusnya penangguhan kepada hari esoknya.

 

bagi kelas Optimist bagi hari pertama tamat dengan keputusan terbaik Malaysia dimenangi oleh

  1. Natasya ke=13, 4 bawah 13thn dan 4 perempuan
  2. Ayang ke-16
  3. Asmawi ke 27, 22 lelaki dan 11 bawah 13thn
  4. Dhiauddin ke-29, 23 lelaki dan 13 bawah 13tahun
  5. Latif ke-41, 31 lelaki dan 18 bawah 13 tahun
  6. Ali Imran ke-52, 40 lelaki dan 25 bawah 13 tahun
  7. Nabila Natasya ke-61, 47 dan 10 bawah 11tahun
  8. Naquib Eman DNF mengalami masalah kerosakan peralatan

 

Sementara itu bagi kelas Int 420 Faizal dan Kiki bermula dengan baik apabila berjaya tamat pada kedudukan ke-3. Kulim dan Kumat pula kelihatan tidak begitu memberangsangkan dengan hanya berjaya tamat pada kedudukan ke-10 dari 13bot yang mengambil bahagian. Alasan mengalami kecederaan pada tangan menyebabkan Kulim yang telah berjaya melakukan recovery dari bad start tak berjaya memperbaiki kedudukannya apabila pada beat terakhir tidak dapat mengendalikan bot dengan baik dan drop semula ke tempat ke-10. Last downwind kelihatan tidak begerak dengan course yang tidak cukup baik dan kelihatan tidak bekerja baik dengan spinnaker.

Hari Kedua: Khamis 20hb Jun 2013 - Kejohanan Singapore National

Hari Kedua kejohanan dari awal pagi lagi sejak keluar dari penginapan kelihatan agak berjerebu. Sebaik sampai atlet digesa untuk mengelakkan dari berada di tempat terbuka. Bilik Audotorium dibuka awal  dan sejurus lepas itu taklimat diadakan.

 

Akhirnya setelah menunggu beberapa ketikan menjelang awal tengahari AP di aats A dinaikkan bermakna tiada pertandingan pada hari in dan ditangguh ke hari esok.

 

Atlet beberapa ketika berada di kedai XSP sebelum balik ke bilik penginapan, solat dan makan tengahari. perbincnagan ringkas dan atlet diberi rehat tiada aktviti selepas itu.

 

Berkengkinan jika perkara ini berterusan maka kejohanan ini bakal di tamatkan

Write a comment

Comments: 0