KEJOHANAN SINGAPORE NATIONAL 2013: Hari Ke-tiga berakir sudah: Jumaat 21hb Jun

Rutin hari ketiga berjalan serupa seperti semalam dengan keadaan jerebu yang lebih teruk pada awal pagi berbanding awal pagi semalam. Sebaik sampai kelihatan tidak ramai orang datang dan tidak nampak seperti kejohanan sedang berlangsung. Dengan skuad kebangsaan masih belum sampai kecuali Ali dan Dhiauddin yang ikut bersama pasukan Terengganu dan beberapa pelaayr dari Australia dengan kurang sekali pelayar Sinagpura; kebanyakaan memakai topeng hidung. Pelayar diarahkan untuk ke bilik auditorium dan sekitar jam 0800am taklimat diberikan dengan pihak penganjur memberitahu akan kemungkinan besar kejohanan ini akan dibatalkan dan menasihatkan semua pelayar untuk pulang ke rumah masing-masing dan maklumat akan disalurkan melalui web SSF.

 

Pasukan menunggu sehingga sekitar jam 1100am berada di auditorium dan juga kedai XSP sebelum dimaklumkan kemudiaannya yang kejohanan telah dibatalkan. Mulai derig dan memulangkan bot-bot yang disewa.

 

Sekitar jam 1430 semuanya siap dan atlet pulanG ke tempat penginapan manakala coach ke Beach Road untuk cuba tukar tiket balik awal. berjaya dilakuan dengan sedikit penambahan dikenakan.

 

Balik ke tempat penginapan di Betel Box, Joo Cjiat Road, solat dan bawa atlet makan tengahari. Atlet rehat dan melakukan kemas peralatan

Write a comment

Comments: 0