Latihan dan Aktiviti Minggu ke-4 Bulan Jun

Latihan pada minggu ke-4 bulan Jun sedikit perlahan bermula dengan keadaan jerebu yang mulai menyelubungi Kuala Terengganu terutama pada hahri Isnin dan Selasa.

 

Sebelum seperti dimaklumkan kejohanan di Singapore National bagi kelas Int 420 (Kulim dan Kumat), Optimist (Asmawi dan Latif) dan Laser (kita tidak menghantar peserta) terpaksa dibatalkan apabila hari ke-2 tidak dapat dijalankan pertandingan dengan indeks Pencemaran udara (IPU) meningkat 400 lebih dan hari-hari berikutnya meningkat sehingga 700 lebih. Pasukan juga bergerak pulang awal pada pagi Sabtu 23hb Jun.

 

Keadaan berjerebu juga menyelubungi beberapa negeri di Malaysia terutamanya negeri-negeri di selatan Semenanjung Malaysia (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur) melarat ke Perak 2 hari lepas manakala Pahang dan Terengganu serta negeri utara Semenanjung (Kedah dan Pulau Pinang hanya sedikit terjejas). Keadaan ini menyebabkan kejohanan KFC-Tunku Laxamana Open Regatta hanya terpaksa berakhir dengan dinghy hanya 4 perlumbaan sahaja manakala Optimist hanya 3 perlumbaan sahaja.

 

Sementara itu keadaan di Kuala Terengganu walaupun juga berjerebu tetapi tidaklah sampai mencecah indeks yang merbahaya, pasukan walau bagaimana pun mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak mengadakan latihan dan aktiviti pada hari pertama latihan minggu ini (Isnin) yang mana indeks mencecah 100. Hari Selasa dan seterusnya latihan berjalan seperti biasa dan hari ini keadaan semakin baik pulih hampir seperti biasa.

 

Walaupun begitu latihan pada intensiti yang sedikit rendah setelah sepatutnya kebanyakan atlet telahpun memasuki fasa tarnsisi selepas melepasi kejohanan puncak masing-masing (MSSM, Singapore National) tetapi kebanyakan tidak begitu menjadi seperti yang dirancang. Penumpuan diberikan kepada untuk meningkatkan prestasi atlet-atlet tunas dan atlet yang dikenalpasti selepas TID yang diadakan baru-baru ini, dijangkakan program ini akan berterusan sehingga berakhir bulan puasa dan secara sedikit demi sedikit seperti biasa intensiti tinggi diberikan kepada latihan-latihan jangka pendek untuk mengatasi kelemahan yang dikenalpasti bagi atlet senior. Bermakna pada bulan puasa latihan akan tetap diteruskan tetapi dengan perubahan jadual waktu latihan akan diberikan.

 

Write a comment

Comments: 0