Aktiviti Bulan November

Bulan November bermula dengan juga bermulanya musim monsun dan seperti diramalkan kelihatan hujan agak berlarutan walaupun tidak selebatnya tetapi hujan yang berterusan ini sedikit sebanyak menggugat perancangan pasukan. Walaupun begitu perancangan pasukan tetap berjalan rancak dengan beberapa aktiviti menuju ke kejohanan kebangsaan yang akan bermula pada 27hb November ini.

 

Pelayar akan menjalani latihan awal persediaan bagi kejohanan kebangsaan dengan merangka latihan di luar Terengganu dengan harapan selain bersedia bagi kejohanan kebangsaan juga mencuri beberapa hari untuk berlatih di venue SUKMA juga sedikit-sebanyak dapat sekurang-kurangnya mengelak dari hari-hari yang tiada angin bersama dengan hujan yang diramalkan seperti posting sebelum ni.

 

Pelayar buat masa sekarang sedang membuat pemeriksaan akhir serta persiapan peralatan serta checklist segala keperluan dan peralatan bot yang akan digunakan sepanjang kira-kira 2 minggu di luar Terengganu.

 

Kita merancang untuk membawa semua pelayar yang berada dalam barisan utama skuad SUKMA kecuali bagi pelayar pelajar yang berada di pusat pengajian tinggi (Mustaqiim-UMP dan Firdaus-ILP) yang akan bergerak kemudian pada 25hb November nanti bersama Pok Lah. Walaupun begitu berkemungkinan 2 pelayar Optimist dari 10 pelayar masih belum diputuskan memandangkan buat masa sekarang hanya 8 bot sahaja berkemungkinan dapat dimasukkan ke lori dengan 2 x Int 420, 4 x Laser dan 2 x windsurfing membuatkan agak mustahil untuk memuatkan semua bot ke dalam lori. Segala maklumat terkini akan diputuskan sedikit hari lagi.

 

Selain itu pada bulan ini juga di sini akan sibuk dengan acara tahunan Monsoon Cup (Alpari WMRT) bermula dengan kelayakan Match Racing Malaysia MMRC yang khabarnya akan ditukar kepada siri JLM (Jelajah Layar Malaysia) yang akan berlangsung beberapa hari sebelumnya. Selepas kelayakan Malaysia, satu acara sampingan akan diadakan dengan menawarkan kepada pelajar dan juga belia belayar dengan keel boat dalam acara yang dinamakan Belia Belayar. Ini akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah di Terengganu untuk mengenali sukan perahu layar. Jadual tentatif adalah seperti berikut:

  1. Kelayakan Malaysia (LLM): 15-18hb November
  2. Belia Belayar: 19hb- 22hb November
  3. Piala Monsun Alpari Match Racing Tour: 25 - 30hb November

Untuk makluman; juga tahniah dan selamat berjaya diucapkan bagi coach Pok Lah yang akan turut serta pada kelayakan Malaysia di JLM nanti bersama dengan teamnya dan terimakasih kepada MSNT Terengganu kerana telah bersetuju untuk menaja satu-satunya pasukan dari negeri Terengganu. Juga menjadi kebanggaan kita apabila coach Pok lah sekali lagi ditawarkan oleh Ian William dari GAC PINDAR untuk menjalani latihan awal bersama pasukan  mereka bagi menggantikan salah seorang crew mereka yang tidak dapat hadir semasa latihan awal pasukan akhir WMRT.

 

Sehubungan dengan itu juga diharap semuanya mengambil peluang ini untuk hadir memeriahkan dan memberi sokongan terutamanya bagi penduduk sekitar memandangkan berkemungkinan besar kejohanan ini adalah yang terakhir diadakan di Terengganu sebelum format baru dirancang untuk diperkenalkan dan ianya secara dasarnya telah mendapat persetujuan kabinet/kerajaan.

 

 

Write a comment

Comments: 0