Perjumpaan Santai - Minum Petang Bersama Ibu-Bapa Pelayar

Perjumpaan Bersama Ibu-bapa: Kemaskini

Perjumpaan seperti yang dirancangkan telah berjalan dengan lancar. Kira-kira 20 orang kesemuanya terdiri dari ibu-bapa, pihak jurulatih (Uncle Rani, Coach Romzi dan Coach Pok Lah), pihak persatuan (cikgu Rashid dan cikgu Hazanizam), PK KO SK Pulau Duyong dan juga Cik Junariah Pengurus Sukan Perahu Layar mewakili MSNT.

 

Beberapa taklimat ringkas diberikan kepada pihak ibu-bapa oleh pihak jurulatih berkaitan dengan ucapan terimakasih atas sokongan dan dorongan yang diberikan oleh pihak ibu-bapa, menerangkan berkaitan dengan perancangan dan hala-tuju pasukan pada masa hadapan, kehadiran dan juga pencapaian atlet anak-anak masing-masing.

 

Cikgu Rashid sebagai Pengurus Pasukan untuk SUKMA merangkap Timbalan Presiden TESA juga memberikan ucapan juga berkaitan dengan perkara sama mengucap terimakasih dan memohon kerjasama pihak ibu-bapa dalam memastikan latihan anak-anak berjalan lancar dan juga berkaitan perancangan pasukan pada masa terdekat. Cikgu Rashid juga mencadangkan agar SK Duyong melantik seorang guru dalam membangun dan menyelia program pembangunan sukan perahu layar bagi sekolah tersebut.

 

Cik Junariah bagi pihak MSNT pula menerangkan berkaitan insentif elaun latihan atlet dan cara pembayaran dilakukan termasuk berkaitan kelewatan bayaran dilakukan dan cara pembayaran dilakukan berdasarkan kedatangan latihan.

 

Terakhir Puan Norizan PK KO SK Duyong mewakili pihak sekolah juga merakamkan ucapan terimakasih dan syabas atas komitmen yang ditunjukkan oleh pihak ibu-bapa dan juga pasukan dalam membantu anak-anak atlet sekolah dalam mempertingkatkan aktiviti kokurikulum atlet dan juga siasah diri mereka. Masalah pengurusan terutama berkaitan dengan kelewatan mengeluarkan surat pelepasan juga dihighlightkan untuk diatasi pada masa hadapan.

 

Pihak ibu-bapa juga tidak ketinggalan bertanyakan masalah dan juga pencapaian tahap prestasi anak masing-masing dalam sesi tersebut.

 

Sekali lagi sebelum menutup cebisan ini berbanyak terimakasih diucapkan kepada semua pihak terutamanya ibu-bapa atas sokongan, dorongan dan komitmen memberi kebenaran dan pelepasan kepada anak masing-masing dalam membantu merealisasikan hasrat dan matlamat pasukan.

 

Bersama dimuatkan beberapa kenangan yang sempat dirakam untuk santapan


Perjumpaan Bersama Ibu-bapa: Jemputan

Ingin memaklumkan kepada ibu-bapa pelayar di sekitar Kuala Terengganu (Pulau Duyong) yang satu perjumpaan santai akan di adakan besok petang, Sabtu; 09hb November 2013 pada jam 1730-1830 petang bertempat di Restoren Selera Duyong. Perjumpaan ini hanyalah perjumpaan tidak formal  untuk menerangkan  berkaitan perkembangan pasukan pelayar Terengganu, acara-acara berdekatan, sasaran masa depan mendengar pendapat/pandangandari semua pihak.

 

Semua ibu-bapa dijemput hadir terutamanya penjaga kepada pelayar skuad utama negeri Terengganu.

 

Sekian Terima-kasih

Write a comment

Comments: 0