Latihan Pasukan di Tasik Timah Tasoh Menghala ke Langkawi

Pasukan perahu layar negeri Terengganu sedang berkampung di Tasik Timah Tasoh sekarang, mengambil peluang dalam perjalanan ke Langkawi untuk belayar di venue SUKMA 2014 melihat  kepada perkembangan dan persekitaran tasik. Dalam masa yang sama juga hari pertama sampai rupa-rupa mesyuarat taklimat SUKMA juga dijalankan bersama MSN negara dan MSN negeri sambil lawatan ke venue.

Dalam tinjauan yang dilakukan mendapati yang venue SUKMA sudah hampir siap dan sudah boleh digunakan, cuma khabarnya masih belum mendapat kebenaran dari MSN.

 

Latihan pasukan berjalan dengan agak baik tanpa halangan besar, cuma beberapa masalah kecil yang rasanya akan dapat diatasi dari masa ke semasa. Permulaan pasukan agak sedikit kelam-kabut tetapi terkawal dengan pergerakan terpaksa bergerak awal sehari kerana masalah bas yang bakal terlibat dengan acara lain, bermakna penginapan juga bertambah sehari tetapi nasib baik semuanya berjalan lancar kerana penginapan telah dikosong 1 hari awal. Loading bot terpaksa dilakukan sedikit awal tetapi masih memakan masa untuk siap pada hari Rabu 16/11, menyebabkan pergerakan bas juga sedikit lewat. Sampai di Perlis sekitar awal pagi 3-4 pagi.

 

Pasukan terus melakukan persiapan bot pada hari pertama dan berjaya juga akhirnya untuk turun ke air pada sesi petangnya. Keadaan angin agak baik pada hari pertama latihan ini. Hari ke-2 angin agak kurang memberangsangkan pada awal pagi dan sedikit baik pada sebelah petangnya. Hari ke-3 angin sedikit baik pada awal pagi sebelum mati pada awal tengahari tetapi petang angin agak kuat untuk seketika. Beberapa gambar untuk tatapan.

 

 

 

Write a comment

Comments: 0