SALAM TAHUN BARU 2014..... PELAYARAN DI MATA MALAYSIA... IMPIAN DAN HARAPAN

Pihak admin Terengganu Sailing Team mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2014. Tahun ini merupakan tahun yang penting bagi bidang sukan negara termasuklah sukan pelayaran. Beberapa acara penting menanti kita pada sepanjang tahun ini. Acara pada peringkat negeri sudah semestinya adalah acara SUKMA yang melibatkan sukan pelayaran pada setiap tahun. Manakala pada peringkat antarabangsa pula ada banyak acara besar yAng menanti kita, antaranya adalah:

  1. Sukan Asia: merupakan sasaran utama negara dalam perancangan jangkapanjang 4 tahun MSNegara
  2. Sukan Komanwel: tidak melibatkan pelayaran (tak tahu sebelum ini ada ura-ura sukan pelayaran akan diperkenalkan sekali lagi, harap menjadi kerana Sukan Komanwel kembali ke England)
  3. Asian Sailing Championship: tuan rumah Sukan Asia akan menjadi hos pada tahun ini sekitar bulan Jun dimaklumkan
  4. Youth Olympic Games: Akan juga diadakan di negara Asia selepas 4 tahun lepas diadakan di Singapura, pada kali ini giliran China pula.

 

Pasukan Pelayaran negeri Terengganu mensasarkan pencapaian terbaik pada tahun ini setelah agak cemerlang di dalam aktiviti program yang dijalankan pada tahun 2013 dan telah mencapai kebanyakan sasaran pasukan. Tahnaiah dan syabas diucapkan kepada semua tidak kira besar atau kecil sumbangan kita, masing-masing telah memberikan sumbangan kepada kejayaan pasukan. Terimakasih  tidak terkira kepada kerajaan negeri Terengganu melalui MSN Terengganu kerana telah menjadi payung kepada program pembangunan perahu layar negeri Terengganu, terimakasih kepada persatuan TESA, jurulatih-jurulatih semua termasuklah dari PLD-PLD daerah dan juga tidak ketinggalan untuk pihak ibu-bapa terutamanya dalam memberikan keizinan dan kebenaran kepada anak masing-masing terlibat dengan aktivit sukan pelayaran ini.

Semoga kita semua berusaha dengan lebih keras lagi pada tahun ini dalam mengejar matlamat dan impian, bekerjasama di dalam satu pasukan yang kukuh bagi tujuan untuk merealisasikan matlamat pada semua peringkat baik diperingkat negeri mahupun diperingkat negara.

Salam Tahun Baru dari Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia

Assalamualikum Tan Sri, Dato, Tuan Tuan dan Puan Puan,

Pasukan Pelayaran Negara, telah memulakan latihan bagi persiapan ke Sukan Asia 2014 dan juga Kelayakan ke Olympik Rio 2016 sejak 1 Jan 2014. Pasukan Pelayaran berazam membuat terbaik di Sukan Asia Kali ini, Walaupun pelayaran tidak di beri kepercayaan langsung untuk membawa  pulang pingat Emas di Sukan Asia nanti, Pasukan Pelayaran yakin boleh melakukan sesuatu luar biasa kali ini. Jika segala perancangan yang di atur dari awal tahun ini di laksanakan sepenuhnya mengikut jadual, Persatuan yakin membawa pulang sekurang kurang 2 emas. Ini berdasarkan kedudukan Ranking antarabangsa dan juga pencabar yang akan bertanding di Sukan Asia nanti . Semuanya bergantung kepada program yang telah di rancang dan di laksanakan dengan sepenuhnya. Jika berlaku kegagalan dalam melaksanakan program pendedahan kejohanan dan latihan luar negara, maka sasaran tersebut sukar untuk di capai.

Acara Harapan Emas Negara

Antara acara yang mempunyai peluang adalah , Kelas Optimist lelaki dan wanita, walaupun kita tidak memenangi pingat emas di Sukan Sea yang lepas, di sebabkan tidak pendedahan luar negara bagi acara ini hampir 2 tahun dan program juga di mulakan agak lambat . Bagaimanapun kita mempunyai pelayar yang sangat berpotensi  dan muda. Perlu pendedahan sewajarnya. kesilapan memilih atlit di saat akhir serta tidak menjangkakan angin kuat walaupun kita ada atlit terbaik untuk keadaan tersebut juga menjadi punca dimana sekurang kurangnya 2 emas terlepas dari tangan,

Kelas Laser Standard - Pelayar negara Khairulnizam di jangka akan di cabar hebat oleh Pelayar Olympik Korea yang setakat ini mengatasi Nizam di beberapa kejohanan Dunia. Tetapi harus di ingat Nizam masih muda dan pencapaian Nizam meningkat bagitu ketara  dan sudah menghampir pelayar Korea dan berjaya mengatasi  beberapa perlumbaan. Dengan pendedahan latihan sempurna Nizam bukan sahaja boleh membawa pulang pingat Sukan Asia 2014 malah dia juga boleh di letakkan sandaran pada sukan Olympik 2016 dan 2020 membawa pulang pingat untuk Malaysia. Semuanya terletak di tangan Kita bagaimana kita hendak membentuk permata yang kita ada. Jelas sekali Nizam boleh, membawa cabaran negara untuk 20 tahun akan datang di sukan Asia dan juga Olimpik. Satu jangka masa yang cukup panjang tetapi kita perlu lakukan sesuatu dari sekarang.

Dalam Acara International 420 Lelaki memang terbukti tiada cabaran untuk Mohd Faizal dan Ahmad Shukri di Asia, tetapi kita tidak boleh leka, kerana pasukan Singapore, Thailand, Jepun dan China mempunyai program yang baik dan sentiasa menghantar pelayar mereka ke luar negara. Walaupun tahun lepas pasangan ini hanya menyertai Dua kejohanan luar negara kerana sibuk dengan peperiksaan SPM malah sebulan sebelum Sukan Sea mereka tidak dapat menjalani latihan sepenuh masa mereka masih boleh melakukan terbaik di Sukan Sea. Walaupun peralatan yang di terima tidak lengkap dan macam macam masalah timbul di saat akhir, semuanya dapat di atasi dengan baik. Cabaran di Korea nanti di jangka datang dari pasangan dari Thailand dan juga Singapore.

Acara Match Racing - Pasukan Jeremy Khoo menduduki Rangking No satu Asia, setakat ini belum ada pasukan lain dari Asia dapat mengatasi beliau. Malaysia mempunyai peluang terbaik untuk memenangi 1 Emas dalam kelas ini di Sukan Asia. Yang perlu di lakukan adalah menyediakan program yang baik dan mambiayai pasukan ini bagi mendapatkan pendedahan yang banyak secepat mungkin. Jika KBS boleh menghabiskan berpuluh juta  ringgit untuk menganjurkan satu kejohanan Match Racing "Monsoon Cup" setiap tahun  di Malaysia kenapa kita tidak  memberi  peruntukan untuk melatih dan menyediakan satu pasukan yang pasti akan membawa pulang emas Sukan Asia 2014 nanti. Dengan jelas kita boleh lihat pingat emas  boleh di hasilkan dalam acara ini untuk negara.

Cabaran dan Harapan Pingat Bagi Kelas-kelas dan Atlet lain

Acara International 470 Lelaki dan Wanita walaupun hanya pingat gangsa dapat di perolehi melalui Khairunnisa dan Norasikin kita tidak boleh merendahkan kebolehan mereka . Masalah dan tekanan yang di hadapi oleh mereka semasa sukan Sea tidak dapat di gambarkan. Apabila perlatan baru tiba lambat  dan tidak lengkap terpaksa membuat ubah suai sehingga larut malam sebelum bertanding keesokan hari serta tidak mempunyai peluang langsung menyesuaikan diri dengan boat baru memberi tekanan kepada mereka. Jika di lihat pada keputusan di hari hari terakhir pencapaian mereka sangat baik dengan menamatkan perlumbaan di tempat pertama. Pasangan ini juga mempunyai peluang membawa pulang pingat Sukan Asia Nanti. Cabaran juga di jangka akan di terima dari China, Japan dan Singapore.

Acara International 420 Wanita dan  Laser Radial walaupun hanya mampu membawa pulang pingat Perak tetapi mereka masih mempunyai kekuatan dan kelebihan untuk melakukannya di Korea. Dua acara ini boleh memberi pingat untuk Malaysia terutama International 420 Wanita di mana tahun ini mereka mempunyai masa yang panjang untuk berlatih. Tahun lepas mereka terpaksa beri perhatian kepada peperiksaan SPM. Manakala Amirah dalam kelas Laser Radial juga terpaksa mengadapi ujian di IPT.

Untuk maklumat kesemua pelayar di atas masih muda dan mampu membawa cabaran negara sehingga melepasi tahun 2020.  Beri mereka keyakinan , kepercayaan dan peluang untuk mereka buktikan. kegagalan yang lepas bukanlah bererti mereka akan gagal seterusnya. Ada banyak perkara yang kita tidak dapat jangkakan dalam sukan. terutama dalam sukan pelayaran, cabaran bukan sahaja datang dari peserta lain kita juga terpaksa berdepan dengan alam semula jadi semuanya boleh berubah sekelip mata.

Harapan Sasaran dan Azam 2014

Azam pasukan pelayaran adalan Bekerja Kuat Sebagai Satu Pasukan Satu Matlamat Satu Tujuan. Membuktikan pelayaran juga adalah salah satu sukan yang aktif di Malaysia dan mampu mengharumkan nama negara. Jika di Myanmar Kita letak sasaran 5 pingat tanpa kira warna dan membawa pulang 8 pingat, tetapi di Korea kita meletakan sasaran 6 pingat melebihi di Myanmar berdasarkan semangat dan keyakinan diri pelayar.  Singapore boleh menjadikan Sukan pelayaran sebagai sukan utama mereka, walaupun keadaan sekeliling pulau tersebut sangat terhad untuk latihan. Berbanding dengan Malaysia yang mempunyai persisiran pantai yang bagitu panjang Kenapa tidak Malaysia jadikan Pelayaran sukan Utama. Wang untuk membina 1 stadium sebenarnya boleh membina 50 pusat latihan serba lengkap untuk pelayaran. kita tidak perlukan padang atau trek gelanggang semula jadi laut adalah gelangang kami. Cuma peralatan boat sahaja yang sedikit mahal. Jika kita melakukan sesuatu dari sekarang, dalam tempoh 8 tahun kita boleh jadi kuasa pelayaran di rantau ini dan sukan utama Malaysia.

Penutup

Saya mohon Maaf jika apa yang di luahkan adalah apa yang saya nampak dan apa yang pasukan pelayaran mimpikan, menjadikan semuanya kenyataan adalah di tangan kita yang di beri tangggungjawab terhadap sukan negara. Marilah kita berganding tangan membangunkan sukan pelayaran . Majulah Sukan Untuk Negara

Write a comment

Comments: 0