Aktiviti Bagi Bulan Januari ke Februari

Aktiviti latihan bermula rancak bagi program pembangunan sukan negeri Terengganu. Beberapa aktiviti telah pun berjalan dan sedang dalam pelaksanaan. Mesyuarat-mesyuarat dan perbincnagan juga rancak berjalan.

 

Pasukan perahu layar tidak ketinggalan turut terlibat sama. Mini kem SUKMA sudahpun dilalui dan beberapa sukan kini sedang turut sama bagi kumpulan seterusnya.

 

Kalau anda ke MSNT jangan terkejut dengan kesibukan dan kerancakan kerja-kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan yang sedang giat dijalankan bagi menambah keceriaan dan motivasi dalam melaksanakan operasi pasukan.

 

Untuk makluman semua kejohanan bulanan TCNG juga akan memulai kejohanannya pada 24-25hb Januari ini. Bagi pelayar Terengganu sila ikuti perkembangan serta maklumat di subpage JUS_T4U

 

Seterusnya pada 31hb ini senior atlet SUKMA merancang untuk ke Langkawi bersama jurulatih untuk latihan awal bagi persediaan Kejohanan 11th-KFC Regatta Perdana bersama dengan klink LITC. Dalam masa yang sama jurulatih akan terlibat dengan Klinik/Seminar kejurulatihan Double Handed 470/420 yang julung kalinya diadakan di Malaysia. Klinik yang dianjurkan oleh MYA ini mendapat kerjasama dari ISAF dan juga Int 470 International Class Association. Maklumat diterima juga menyatakan klinik akan turut disertai oleh jurulatih-jurulatih dalam negara

 

Juga untuk maklumat semua mulai 05hb Februari sehinggalah 10hb semua pelayar remaja asia bagi kelas Byte akan berentap di perairan Langkawi bagi merebut slot ke Youth Olimpik Games di kejohanan kelayakan Byte CII Asian Qualifier. Sama-sama kita berdoa supaya pelayar Terengganu Asri berjaya melakukan yang terbaik dan seterusnya berjaya mencuri slot untuk ke Sukan Olimpik Remaja yang diadakan setiap empat tahun dan tahun ini merupakan edisi ke-2 setelah 4 tahun lepas di Singapura Khairunneeta dan Syafiq menggalas cabaran negara di kejohanan edisi pertama YOG.

 

Langkawi menjadi pentas yang sangat sibuk pada bulan ini dengan beberapa kejohanan besar lain. Sekarang 44 keelboat-keelboat sedang berentap pada  regatta Royal Langkawi International Regatta (RLIR) yang bermula pada 13hb Januari sebelum melabuhkan tirainya pada 18hb Januari esok.

Selepas itu akan diikuti oleh kejohanan Liga Layar Malaysia yang masih menjadi tandatanya akan berjaya berjalan ataupun tidak. Circuit yang pertama ini dirancang berlangsung di pusat latihan kebangsaan NSC, Langkawi. Kejohanan yang dijadualkan pada 05hb hingga 10hb Februari ini akan dimulai oleh 1st National Keel Boat Camp mulai 20-30hb akan menjadikan perairan Kuah, Langkakwi sangat sibuk dengan 4 aktiviti berjalan secara berterusan dan ada yang bertindih antaranya.

 

Write a comment

Comments: 0