KLINIK/SEMINAR JURULATIH INT 420/470 2014

Klinik/Seminar Jurulatih kelas Int 420/470 sedang rancak berjlan dan menuju kepuncak bersempana kejohan RPAL yang akan bermula pada 13hb Februari nanti.

Klinik yang hanya disertai oleh beberapa negeri sahaja yang menghantar jurulatihnya berserta dengan pelayar. Dari senarai jurulatih yang hadir diketuai oleh jurulatih kebangsaan Coach Sahir dan Coach Fauzi hanya Terengganu, Johor (2 jurulatih), ATM/Perak, TUDM (2 jurulatih), Selangor dan Pahang sahaja yang hadir. Sayang sekali klinik yang lebih kepada penyediaan atlet ke tahap yang lebih tinggi (terbaik) ini kurang mendapat sambutan persatuan-persatuan negeri.

Sementara itu untuk penyertaan bagi atlet pula hampir kesemuanya adalah atlet kebangsaan kecuali 2 pasangan Terengganu, 2 pasangan dari TLDM (5 atlet), seorang pelayar Int 420, dan 1 pasangan Int 420. berjumlah kira-kira 6 bot Int 420 dan 7 bot Int 420 berada di air.

Klinik dan seminar ini dikendalikan oleh 2 x jurulatih dari Greece; Dimitri Lelakis (Int 420) dan Andrea Kosmatopoulus (Int 470).

Write a comment

Comments: 0