Kejohanan Hua Hin Open Regatta 2014:1

Perkembangan Kejohanan Hua Hin Open Regatta

Hari ke dua (22hb April) di Hua Hin pasukan bergerak awal ke venue pertandingan untuk menurunkan bot dan juga boat preparatioan serta penyesuaian dengan venue pertandingan. Dalam masa yang sama pada hari kedua juga practice race dijalankan.

Rutin pasukan berjalan kaki dari hotel ke Navi Phirom 1 kira-kira 1 km, menaiki bas ke Regent Beach, Pantai Cha-am. Hari pertama di Pantai Cha-Am ini sebaik sampai mencari restoren untuk sarapan atlet sebelum menurunkan bot dengan ruangan yang sempit. Bot preparation berjalan dengan agak lama menyebabkan pelayar Laser (Standard/Radial/4.7) dan Int 420 tidak sempat joint practise race. Kelas Optimist sempat menguji gelanggang pertandingan dalam practise race sebelum kemudiannya atlet melakukan penyesuaian kepada venue pertanding

Pada hari ini juga (22hb April) diadakan upacara pembukaan yang disempurnakan oleh pegawai tertinggi tentera laut Thailand  bertempat di Navy Phirom1. Acara perasmian dilakukan sebaik lepas taklimat kepada pelayar dilakukan diikuti dengan jamuan ringan. Pasukan kemudiannya terpaksa keluar makan malam di luar dan sememannya susah untuk mencari kedai muslim di bandar Hua Hin ini.

Untuk makluman kepada sesiapa ke Hua Hin terdapat 2 kedai makan muslim thai berhampiran dengan stesen keretapi Hua Hin dan yang lainnya kami jumpa adalah kepunyaan orang luar samada Pakistan ataupun India

Catatan Perjalanan 1

Pasukan perahu layar negeri Terengganu buat kali pertamanya menyertai kejohanan luarnegaranya bagi tahun 2014 ini dala persiapan terakhir menuju ke Kejohanan SUKMA Perlis 2014.

 

Pasukan terdiri dari 14 pelayar dan 2 jurulatih sedang beraksi bagi kelas-kelas berikut:

  1. Optimist: 6 peserta lelaki dan 1 peserta perempuan: 7 peserta (Abdul Latif, Ali Imran, Muhammad Izzuddin, Asmawi, Alif safares, Umar Al-Farouk dan juga Al Yauma.
  2. Laser Standard: Muhammad Firdaus
  3. Laser Radial: Muhamamd Amirul Mustaqiim
  4. Laser 4.7: Nur Fatin Solehah
  5. Int 420: pasangan Tg Muslim dan Tg Mohd Asraf serta pasangan Husna dan Nadzirah
  6. Jurulatih: Abdul Rani dan Mohd Romzi

Ini adalah penyertaan pertama pasukan Terengganu di kejohanan Hua Hin ini dan juga memrupakan kali pertama pasukan membawa sendiri peralatan pertandingan ke pertandingan luar negara berbanding sebelum ini hanya menyewa bot pertandingan. Pengalaman sangkut hampir 7 jam di kastam Sungai Golok Thailand walaupun memenatkan tetapi merupakan pengalaman dan pengajaran yang bernilai untuk perancangan pada masa hadapan terutama berkaitan keperluan untuk pelepasan kastam setelah berbagai versi di dengar sebelumnya.

 

Pergerakan ke Hua Hin dengan menggunakan 2 kenderaan van yang disewa dari Sg Golok bermula sekitar jam 1645pm dan sampai di Hua Hin kira-kira jam 0800 pagi besoknya dengan jarak perjalan kira-kira 1100km.

Sebaik sampai pasukan diberi rehat selepas check-in bilik di Hotel Pananchai bertempat di pusat bandar Hua Hin. Venue kejohanan pula adalah bertempat di Regent Beach, Pantai Cha-Am yang merupakan kawasan peranginan yang agak eksklusif berbanding dengan bandar Hua Hin. Sekitar jam 1430 pendaftran pasukan dilakukan bertempat di pangkalan tentera laut Thailand Navee Phirom 1, memakan masa agak lama menyebabkan perancangan untuk ke Pantai Cha-Am bagi menurunkan bot terpaksa dibatalkan

Write a comment

Comments: 0