KEJOHANAN HUA HIN OPEN REGATTA 2014: 2

Pencapaian Sehingga Hari Ketiga Pertandingan

Bentuk Gelanggang untuk acara maraton Vega Rudder
Bentuk Gelanggang untuk acara maraton Vega Rudder

Sehingga hari ini memasuki hari ke-empat bermakna telah 3 hari pertandingan berjalan. Hari pertama 3 perlumbaan dapat dijalankan dan hari ke-2 pula hanya 2 perlumbaan menjadikan 5 perlumbaan sehingga kini. Manakala pada hari ke-3 semalam hanya acara maraton (Vega Rudder Race) sahaja dijalankan.

Untuk makluman kejohanan ini juga merupakan kejohanan kebangsaan bagi kelas Optimist Thailand. Hari pertama kejohanan angin adalah sederhana perlahan bermula dengan perlumbaan pertama angin sekitar 8-10kts sebelum kemudiaannya angin sedikit kuat sehingga gust kira-kira 12kts (10-11kts) untuk baki 2 perlumbaan.

Manakala pada hari kedua angin bertiup kencang bermula dari awal pagi lagi. Bermula dengan perlumbaan pertama angin sekitar 12-14kts sebelum meningkat ke 14-16kts pada perlumbaan kedua dan seterusnya meningkat sehingga gust kira-kira 20kts menyebabkan kelas Optimist dan kelas di gelanggang tersebut (supermoth dan OK Dinghy) dibatalkan awal dan pelayar balik ke pantai. Bagi kelas di gelanggang dingy pula hanya kelas Hobie Cat berjaya menamatkan 3 perlumbaan dirancang, manakala bagi kelas-kelas lain hanya 2 perlumbaan sahaja akibat kegagalan bot pegawai perlumbaan berada pada posisi untuk memulakan perlumbaan.

Pada hari ke-3 acara maraton pula yang bermula sekitar jam 0830am hanyalah bagi kelas dinghy sahaja tidak termasuk Optimist/Supermoth dan OK Dinghy. Pasukan telah membuat keputusan untuk tidak menyertai acara ini bagi kelas Laser 4.7 memandangkan jarak perlumbaan yang begitu jauh sekitar 31batu. Perlumbaan bermula dengan angin dari darat (land breeze) yang menurun sebelum mati dan kemudiannya angin bayu laut (sea breeze) bermla perlahan dan meningkat terutama pada awal petang sekitar 8-10kts. Semasa perlumbaan mendapati hanya pasukan Terengganu sahaja yang berlumba dengan kelas Laser menyebabkan ke-2 pelayar Laser kita (Mustaqiim dan Firdaus) turut menarik diri sebaik bermula ketika angin mati untuk pertukaran angin. Bagi kelas Int 420 juga kemudiaanya kesemua pelayar 420 (Thailand dan Terengganu) juga menarik diri dengan tanggapan tiada angin dan ajrak yang begitu jauh. Perlumbaan maraton ini kemudiaannya hanya diteruskan oleh kelas boat besar seperti Hobie Cat , Platu dan 29er.

Pencapaian kelas OPTIMIST: Laporan ringkas pencapaian kelas Optimist bermula dengan baik pada hari pertama dimana pada hari tersebut keadaan Berakhirnya hari pertama 4 pelayar Terengganu berada pada top 10 (Latif-3, Izzuddin 4, Ali 5 dan Umar 6). Manakala bagi pelayar semuanya berada pada top 20. Hari ke-2 pula jelas melihatkan pelayar kita gagal beraksi dengan angin melebihi 14kts kecuali Latif yang mampu untuk tamat dalam top 10 untuk 2 perlumbaan tersebut, pelayar-pelayar lain tidak berada pada kedudukan terbaik tetapi beberapa pelayar kekal dalam top 15. Selain dari jarang sekali menjalani latihan untuk angin kuat juga pelayar tidak berpengalaman untuk belayar dalam ombak yang melebihi 1 meter kira-kira 1.5meter. Kedudukan bagi kelas Optimist tidaklah begitu teruk dimana 3 pelayar Terengganu masih kekal berada pada top 10.

  1. Latif pada kedudukan ke-6 (1,6,1,6,10)
  2. Ali pada kedudukan ke-8 (4,2,6,13,7)
  3. Izzuddin di kedudukan ke-10 (5,4,2,14,15)
  4. Asmawi di keduudkan ke-13 (7,5,5,12,18)
  5. Alif Safares pada kedudukan ke-15 (9,7,6,19,17)
  6. Umar pada kedudukan ke-19 (3,6,3,21,37) dan
  7. Al yauma di kedudukan ke-28 (9,9,9, 20, DNF)

Bagi kelas Laser Radial: Saingan adalah antara Mustaqiim dan 2 pelayar perempuan skuad kebangsaan Thailand. Dengan kelebihan berat kepada pelayar Thailand dan juga kesukaran untuk Mustaqiim belayar dengan angin kuat beserta ombak yang jarang ditemui semasa latihan di Terengganu menyukarkan lagi untuk Mustaqiim memberikan saingan. Keputusan sehingga 5 perlumbaan Mustaqiim berada pada kedudukan ke-2.

Untuk Laser Standard pula kelihatan kesukaran yang sama dihadapi oleh Firdaus menyebabkan ia agak jauh ketinggalan dengan top 2 yang merupakan skuad kebangsaan Thailand dimana pendahulu adalah pelayar Olimpik Thailand. Firdaus bagiamanapun mampu memberi saingan kepada pelayar Kazakastan yang berada pada kedudukan ke-3.

Fatin Solehah pula bagi kelas Laser 4.7 selain dari pendahulu yang merupakan pelayar skuad Thailand menampakkan jarak yang agak jauh dengan bot-bot belakang dengan bot-bot lain, kemungkinan tahap pelayar-pelayar lain agak rendah ataupun mereka juga masih belum menemui rentak dengan keadaan angin yang agak kuat dan berombak. Fatin juga tidak mampu untuk menamatkan perlumbaan pada perlumbaan ke-2 dimana hanya 1 bot sahaja tamat pada perlumbaan ini.

Untuk kelas Int 420 juga menampakkan masalah yang sama seperti kelas-kelas lain, menghadapi masalah dengan swell menyebabkan mereka ketinggalan baikpun telah mendahului bagi Kulim/Ashraf semasa upwind. Pelayaran downwind dan reaching menjadi masalah kepada pasangan lelaki berbanding dengan 2 saingan mereka yang berada pada top 2. Manakala bagi Husna pula kekurangan kombinasi berat badan juga merupakan halangan untuk memberi saingan lebih bermakna kepada top 3 bot. Begitu juga dengan faktor kecederaan Nadzirah juga melimitkan prestasi mereka terutama semasa upwind strong wind. Teknik pengendalian pelayar kita bagi keadaan angin melebihi 15kts hanyalah pada tahap sederhana dan mempunyai masalah utama semasa downwind berbanding dengan pelayar Thailand walaupun mereka tidak begitu tinggi tahap pengendaliannya strongwindnya tetapi lebih biasa belayar untuk angin kuat berbanding pelayar Terengganu.

Write a comment

Comments: 0