KEJOHANAN HUA HIN OPEN REGATTA 2014: 3

Pencapaian Kejohanan untuk Aksi Hari ke-4

Kejohanan masuk hari keempat dengan pindaan dilakukan di mana untuk hari ini dan esok perlumbaan dimulakan lebih awal pada jam 1000am. Bermula awal pagi dengan keadaan angin yang perlahan dan kemudiaanya meningkat selepas berakhir 2 perlumbaan awal. Perlumbaan pertama dengan kekuatan angin sekitar 8-10kts dan kemudiaanya meningkat ke 12kts lebih pada perlumbaan ke-2. Tamat perlumbaan kedua atlet diberi rehat untuk makan tengahari. Perlumbaan ke-3 dijalankan sekitar jam 1400pm dengan kekuatan angin sekitar 13-14kts dengan gust sekitar 15kts terutama untuk angin pada perlumbaan ke-3. Ombak swell sama seperti hari sebelumnya.

 

Tidak banyak perubahan yang dapat dilihat kepadakeputusan pelayar kita. Keputusan adalah seperti yang dipaparkan di bawah

 

 

Kelas Optimist tidak banyak menunjukkan perubahan, sedikit naik kedudukan beberapa pelayar seperti Al-Yauma, Umar dan Safares tetapi masih belum begitu memuaskan terutama dari segi boat handling swell dan juga untuk mendapatkan angin terbaik terutama semasa upwind.

Firdaus masih berada pada kedudukan ke-4, hanya 3 beza mata dengan kedudukan ke-3 dari Kazakhastan untuk 3 perlumbaan terakhir hari ini. Walaupun begitu prestasi dengan top 3 perlumbaan semalam agak jauh ketara ketinggalan terutama dengan reaching dan downwind handling. 1 lagi pelayar standard yang baru joint pada hari ini juga memberi cabaran kepada Firdaus dengan handling yang lebih baik.

Laser Radial keadaan yang sama berlaku... Kelebihan berat badan pelayar Thailand  merupakan kelebihan pelayar Thailand... walaupun begitu working downwind lebih baik berbanding dengan hari sebelum dan mampu menyaingi pelayar Thailand.

Situasi yang serupa untuk Fatin Solehah bagi kelas Laser 4.7. Keadaan angin yang sama kuat dan berombak merupakan situasi yang baik untuk atlet berlatih handling dan juga fizikal

Tidak banyak beza keputusan bagi kelas Int 420. 2 x perlumbaan awal Muslim/Kumat tidak bertanding disebabkan kerosakan pada goosenecknya yang patah semasa perlumbaan pertama memasuki laluan ketiga. Kerosakan pada gooseneck juga menyebabkan kerosakan koyak pada tack mainsail. PTerpaksa mengambil masa yang agak lama balik ke pantai menyebabkan ia ketinggalan perlumbaan kedua. Berjaya mendahului pada perlumbaan ketiga sebelum sekali lagi tewas semasa laluan-lauan akhir.

Write a comment

Comments: 0