HUA HIN OPEN REGATTA 2014:4 - welcome to Pattaya

Laporan Kejohanan Hua Hin Open Regatta 2014

Maaf beberapa hari tidak menyalurkan maklumat berkaitan perkembangan pasukan perahu layar Terengganu di Kejohanan Hua Hin Open Regatta 2014. Sebenarnya pasukan kini telah memasuki hari ke-3 berada di Pattaya Thailand. Sebaik tamat kejohanan Hua Hin Open Regatta pasukan telah bergerak ke Pattaya keesokan harinya dengan menggunakan bas navy Thailand.

 

Kejohanan di Hua Hin berakhir dengan pasukan memperolehi 4 hadiah melalui Optimist (ke-5), Laser Radial (ke-2), Int 420 (ke-3) dan Laser 4.7 ke-2. Walaupun tidak memenangi kedudukan juara tetapi pencapaian ini bolehlah dibanggakan dengan keadaan pelayar bertanding dalam suasana yang tidak mereka bersedia untuk beraksi pada tahap sebenarnya.

Keadaan angin yang agak kuat rata-ratanya melebihi 12kts dan kadang-kadang gust 18-20kts juga dengan ombak melebihi 1 meter ke 1.5meter merupakan halangan utama kepada pelayar untuk beraksi cemerlang dan ini merupakan kelemahan utama.

Selain itu terdapat beberapa kelemahan yang agak ketara yang perlu diberi perhatian dalam persiapan akhir ini antaranya yang agak ketara lemah adalah berkaitan dengan persediaan diri pelayar yang tidak begitu serius dalam memastikan sentiasa sihat dan bersedia untuk beraksi pada tahap tertinggi. Terdapat atlet yang demam teruk ditambah lagi dengan kekuatan pengurusan yang terhad melimitkan kepada pengawalan dalam hal-hal sebegini dan atlet yang tidak sepenuhnya komited dan fokus terhadap persediaan diri terdedah kepada sakit dan kelesuan.

Selain dari persediaan dan penjagaan kesihatan diri, persediaan bot juga didapati tidak begitu memuaskan sepenuhnya dan masih banyak ruang yang boleh diperbaiki

Kesemua ini kemungkinan berpunca dari fokus dan komitmen yang sedikit rendah pada kejohanan ini. Antara faktor penyebabnya dipercayai perjalanan yang jauh melebihi 1100km kemungkinan menyebabkan atlet dalam keadaan tidak bersedia ditambah dengan kesibukan dan kepadatan jadual yang perlu mereka penuhi dalam menyediakan keperluan bagi perlumbaan yang mereka sertai. Hilangnya fokus menyebabkan kepada beberapa masalah termasuk persediaan bot yang tidak baik sehingga mengundang kepada kerosakan (gear failure) dan juga wrong decision making.

 

Walaupun begitu didapati dari segi boat handling terutamanya telah meningkat dari hari ke hari dalam mengendalikan bot untuk keadaan berombak ini. Pencapaian dengan apa yang berlaku di Hua Hin Regatta mempunyai hikmahnya. pabila pasukan menyedari terutamanya atlet sedar dengan apa yang berlaku di Hua Hin dan akan lebih bersedia di Pattaya. Kedatangan awal ke OMYC, Pattaya akan memberi lebih kesempatan untuk pasukan cuba untuk menyesuaiakan diri dengan keadaan di Pattaya yang sedikit sebanyak akan sama seperti di Hua Hin terutama dari segi ombak dan chopp.

 

Pada hari terakhir angin sedikit kurang terutama pada perlumbaan pertama sekitar 8-10kts sahaja dan pada perlumbaan kedua angin naik semula sekitar 10-12kts sahaja. Keadaan angin ini menyaksikan beberapa pelayar kita beraksi dengan lebih baik terutamanya bagi Laser radial dan laser 4.7. Keputusan penuh dan ualsan keseluruhan pencapaian adalah seperti berikut:

Pencapaian bagi kelas Optimist. Pada hari terakhir perlumbaan sebanyak 2 lagi perlumbaan berjaya dijalankan menjadikan 11 perlumbaan semua. Hanya Latif agak konsisten dalam 2 perlumbaan terakhir ini membolehkan ia naik 1 anak tangga ke tempat ke-5 keseluruhan. Pelayar-pelayar lain tidak begitu konsisten dalam 2 perlumbaan, 1 race baik tetapi 1 lagi kurang menarik menyebabkan tidak banyak pereubahan kepada kedudukan keseluruhan mereka. Jelas ada yang tidak menggunakan kesempatan keadaan angin yang lebih perlahan untuk beraksi lebih baik.

Bagi kelas Laser Radial Mustaqiim berjaya menggunakan kelebihan angin perlahan dengan lebih baik pada perlumbaan pertama dengan berjaya memintas pelayar Thailand untuk tamat di tempat pertama, walaupun pada laluan-laluan awal ketinggalan kepada seorang lagi pelayar tempat ke-3 keseluruhan Thailand, berjaya memintas semasa laluan downwind terakhir. Walau bagaimanapun tidak berjaya mengekalkan kecemerlangan untuk perlumbaan terakhir dengan angin sedikit kuat sekali lagi tumpas kepada pelayar pertama Thailand. Syabad bagi Mustaqiim berjaya untuk kekal di tempat kedua walaupun terpaksa akur kepada pelayar perempuan Thailand yang memiliki kelebihan berat badan sebagai faktor kelebihan utama.

 

Bagi kelas Laser 4.7 juga syabas kepada Fatin berjaya beraksi dengan lebih untuk angin perlahan dan berjaya menguasai kedua-dua perlumbaan pada hari terakhir ini. Pada perlumbaan kedua dan terakhir ini pelayar pertama tidak lagi meneruskan perlumbaan.

Bagi kelas Laser Standard dengan hanya berbaki 2 perlumbaan walaupun keduanya Firdaus di hadapan pelayar tempat ke-3 (Khazakastan) tetapi  dengan 1 perlumbaan terpaksa discard bagi Firdaus dan juga pelayar tersebut menyaksikan Firdaus hanya mampu merapatkan jurang kepada 2 mata dari 3 mata dan kekal di tempat ke-4

Bagi kelas Int 420 Husna dan Nadzirah berjaya memintas Kumat dan Kulim apabila Kulim dan Kumat tidak beraksi pada perlumbaan di hari terakhir ini kerana Kulim yang mengalami demam yang teruk dan tidak berupaya langsng untuk meneruskan perlumbaan. Waalupun begitu Husna dan nadzirah tidak berjaya mengambil peluang beraksi dengan angin yang lebih perlahan ini apabila hanya mampu menduduki tempat ketiga di kedua-dua perlumbaan di hari terakhir.

Write a comment

Comments: 1
  • #1

    obat tradisional angina pectoris (Wednesday, 04 November 2015 02:05)

    regular visits to this blog, every time I visit this blog affection discover new things. thank you very much for the information has been given.