TOP OF THE GULF: PERTANDINGAN BERMULA

Kejohanan Top of The Gulf (ToG) bermula pada hari semalam (3hb Mei) bagi kelas single handed monohull, doublehanded monohul, Byte, Beach Catamaran dan juga kelas Optimist. Sebenarnya kejohanan ini bermula dari 01hb Mei lagi untuk kelas-kelas besar (keelboat) dan baru semalam kelas-kelas small dinghies membuka tirai.

Jumlah penyertaan agak memuaskan dengan optimist mencatatkan penyertaan terbanyak seramai 132 penyertaan. Bagi kelas Optimist selain pasukan terengganu dari Malaysia, pasukan kebangsaan (6org) dan pasukan Sabah (5orang) turut mengambil bahagian, selain itu terdapat paskan dari Hong Kong dan beberapa pelayar Europe yang mungkin merupakan permaustautin Thailand.

Kelas Single handed (Laser) seramai 35 penyertaan (Standard- 11, Radial-11 dan 4.7-13). Manakala bagi kelas double handed hanya 12 penyertaan (29er-2, Int 470-4 dan Int 420--6). Pasukan kebangsaan juga menghantar pasukan untuk kelas ini yang terdiri dari Laser Standard (1), Radial (1), Laser 4.7 (2), Int 470 (2pairs) dan Int 420 (2 pairs).

 

Hanya 2 perlumbaan sahaja dapat diajalankan dari 3 perlumbaan harian yang dijadualkan. Keadaan angin yang sangat tidak menentu dengan hujan yang turun renyai-renyai sesekali membawa bersama awan hujan yang datang dari darat menyebabkan angin yang tidak menentu. Angin yang bertiup perlahan sekitar 4-6kts dan sesekali dengan gust datang sekitar 7-8kts (awan hujan). Keadaan ini menyebabkan keputusan juga ada yang baik dan ada yang teruk.

Pada keseluruhannya result bagi pasukan Optimist kecuali Izzuddin adalah agak baik. bagi kelas single handed monohull (Laser) yang terpaksa bersaing dalam 1 acara sahaja (handicap) juga menyaksikan keputusan yang agak seimbang kecuali bagi Fatindan Firdaus (DSQ). Manakala bagi kelas Int 420 menunjukkan prestasi terburuk mereka sepanjang berada di Thailand ini.

 

 

Pencapaian bagi kelas Optimist agak memuaskan bagi kebanyakan pelayar dengan Latif yang paling cemerlang dengan berjaya memenangi kedua-dua perlumbaan yang dijalanlan. Bermula dengan baik dan seterusnya berjaya berada pada sebelah yang menguntungkan berjaya meletakkan Latif menguasai lawan. Sementara itu Safares (ke-6) dan Umar (ke-11) juga beraksi baik. Kecuali Ali (tempat ke-30), dan Izzuddin yang lain semuanya berada dalam top 20. Izzuddin yang terperangkap dengan OCS di perlumbaan pertama dan bermula dengan teruk pada permulaan ke-2 (tamat di tempat ke-30) menyebabkan ia berada pada kedudukan yang teruk dan tidak berjaya berada fleet A (Gold Fleet).

Uzair pelayar kebangsaan dan juga Izzuddin terpaksa bersaing di Fleet Slver (B Fleet).

Bagi kelas Single Handed Dinghy Firdaus beraksi agak baik tetapi sayangnya telah DSQ pada perlumbaan pertama yang tamat pada kedudukan ke-3 kerana diprotest oleh salah seorang pelayar lain. Mustaqiim pula bermula teruk di perlumbaan pertama menyebabkan ia gagal melakukan recovery dan tamat pada kedudukan ke-8 keseluruhan. Agak baik pada perlumbaan ke-2 dan berjaya tamat pada kedudukan ke-4. Asri juga beraksi agak cemerlang tetapi menggunakan Laser 4.7 tidak mampu menyaiangi bot-bot yang lebih besar (Standard/Radial) terutamanya untuk jarak lalauan yang panjang dan angin yang perlahan. Tahap pengendalian Fatin yang kurang memuaskan menyebabkan ia tidak mampu memberi cabaran kepada bot-bot besar.

Bagi kelas Int 420 pula kedua pelayar kita tidak beraksi cemerlang malah boleh dikatakan terburuk mereka dimana jelas tidak memberikan persembahan terbaik mereka apabila jelas agak ketara ketinggalan kepada pelayar Thailand, malahan melakukan beberapa kesalahan mudah dan asas. Diharapkan pada hari ini mereka akan melakukan dengan lebih baik.

Bagi kelas windsurf RS-One Ahmad danish yang mewakili pasukan kebangsaan pula berada pada kedudukan ke-5, Daniel ke-8 dari 11 penyertaan. Bagi acara perempuan pula Lin yang merupakan wakil tunggal negara bagi acara ini berada pada kedudukan ke-8. Kelemahan taktikal mungkin merupakan antara kelemahan bagi pelayar windsurf kita.

Write a comment

Comments: 0