KEPUTUSAN KFC-PERLIS OPEN REGATTA 2014

Pasukan perahu layar negeri Terengganu sebaik habis pertandingan Top of the Gulf di Thailand pada 06hb Mei telah bergerak pulang ke Malaysia. Sebaik sampai pasukan terus menuju ke negeri Perlis Indera Kayangan tanpa pulang ke Terengganu bagi misi latihan persediaan SUKMA. Latihan telah berjalan dengan lancar sehinggalah sekarang.

Semalam telah berakhir kejohanan KFC-Perlis Open Regatta 2014 yang telah diguna pakai sebagai kejohanan pra-SUKMA bagi mencuba gelanggang perlumbaan serta menguji peralatan dan pegawai yang akan bertugas semasa SUKMA.

Kejohanan kali ini walaupun tidak disertai oleh kesemua negeri tetapi tetap berjalan dengan baik dan meriah. Keputusan yang diperolehi juga tidak boleh diambil kira untuk mengira kekuatan setiap pihak lawan kerana selain tidak semua pelayar SUKMA setiap negeri mengambil bahagian, ianya juga kelihatan beberapa pelayar negeri tidak begitu serius (100%) dalam kejohanan pada kali ini.

Pasukan perahu layar negeri Terengganu telah mengambil bahagian dalam semua acara bagi pelayar SUKMA dan juga dengan penambahan 2 pelayar windsurf (Elfee dan Ilham).

Kita telah memperolehi keputusan yang agak baik menggondol 10 pingat dengan 5 emas, 4 perak dan 1 Gangsa menerusi:

  1. 2 emas: Optimist Keseluruhan dan Optimist Division A (Abdul Latif)
  2. 1 emas dalam acara Int 420 Lelaki: Tg Muslim dan Tg Mohd Amirul Ashraf
  3. 1 emas dalam acara Int 420 Perempuan: Fadilatul Husna dan Nadzirah
  4. 1 emas dalam acara windsurf Bic Techno Lelaki: Elfee Shahrizan
  5. 1 perak dalam acara windsurfing Bic Techno Lelaki: Ahmad Danish
  6. 1 perak dalam acara windsurfing Perempuan: Geh Cheow Lin
  7. 1 perak dalam acara Laser 4.7 Lelaki: Asri Bin Azman
  8. 1 perak dalam acara Laser Radial: Muhammad Amirul Mustaqiim
  9. 1 gangsa dalam acara Optimist Perempuan: Al Yauma Akma

Selain itu kita nyaris menggondol 1 gangsa melalui acara Laser 4.7 perempuan tetapi sayangnya pada hari terakhir Fatin tercicir ke tempat ke-4 dengan pungutan mata yang sama dengan pemenang gangsa dari Sabah. Lain-lain keputusan pelayar Terengganu adalah:

  1. Optimist:
    1. Asmawi ke 5 Oeverall dan ke-4 Division A
    2. Izzuddin ke-12 Overall dan ke-10 Division A
    3. Umar Al-Farouk ke-14 Overall dan ke-8 Division A
    4. Ali Imran ke-14 Overall dan ke-9 Division A
    5. Al Yauma ke-18 Overall dan ke-12 Division A
    6. Alif Safares ke-21 Overall dan ke-14 Division A
    7. Khaidir yang mewakili Perlis ke-33 Overall dan ke-13 Division B
  2. Laser Standard: Mohd Firdaus ke-5
  3. Windsurfing Bic Techno Lelaki: Ilham ke-7
  4. Int 420 Lelaki: Pingat perak bagi Hakimi dan Amirul yang mewakili negeri Perlis

Write a comment

Comments: 1
  • #1

    obat tradisional angina pectoris (Wednesday, 04 November 2015 02:04)

    regular visits to this blog, every time I visit this blog affection discover new things. thank you very much for the information has been given.