GustMy Sailing Mengucapkan Selamat Idul Fitri

Gustmysailing mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut aidilfitri kepada semua penjengok.

 

Maaf dipohon atas segala kesilapan kekasaran bahasa dan sebarang tingkah yang menyinggung sanubari.

 

Juga maaf sekian lama agak menyepi. Kesibukan SUKMA amat menghambat ruang lapang yang ada sehingga ke hujung waktu. Berakhirnya SUKMA keadaan sedikit lapang tetapi masih sibuk dengan laporan-laporan sehingga kini masih belum bernokhtah.

 

Berakhirnya SUKMA 2014 bermakna tamatlah satu kitaran pelan perancangan penyediaan pasukan dan kini kita menumpukan kepada satu kitaran baru SUKMA 2016.

 

Tanpa mahu melengahkan masa pasukan perahu layar Terengganu akan mula mengorak langkah baru, melibatkan keseluruhannya terutama dari akar umbi beberapa pogram telah dirancang untuk dimasukkan ke dalam perancangan pasukan.

 

Khas untuk pelayar  anak Terengganu JUST_4U menyediakan beberapa intipati program untuk tatapan semua sebagai panduan untuk mula mengorak langkah kanan tanpa perlu bertangguh-tangguh.

Write a comment

Comments: 0