Mengenali sukan perahu layar- Mari Mencuba (TryLayar)

GuSTMySailing ingin menawarkan kepada warga Terengganu yang ingin mencuba sukan yang agak baru bagi kebanyakan anak-anak anda. Program ini  dirangka untuk pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah akan mengambil beberapa sesi pembelajaran. Bermula dengan 2 hari sesi untuk sesi Mari Mencuba (TryLayar) sehinggalah membolehkan anak-anak anda mampu mengendalikan sendiri bot anda dengan bantuan dan tunjuk ajar dari jurulatih yang berpengalaman.

Terpulang kepada anak-anak anda samada hanya ingin mencuba sahaja untuk 2 sesi atau mengikuti sesi seterusnya sehingga anak anda mampu untuk mengendalikan perahu layar ini. Peringkat-peringkat pembelajaran akan diadakan dari masa ke semasa dengan percuma tanpa sijil atau jika anak tuan-tuan ingin memiliki sijil kecekapan kelayakan (Helmsman Proficiency Certificate) dengan kadar bayaran yang minima (kos untuk keluarkan buku dan sijil).

Projek ini merupakan projek perintis dalam negara kita dengan menggunakan modul ringkas secara berperingkat dan jika berjaya akan dicadangkan untuk diperkembangkan diseluruh negara.

Sebagai projek serampang dua mata selain dari memperkenal dan memperkembangkan sukan perahu layar diperingkat akar umbi ianya juga bertujuan untuk mencungkil bakat dengan memberi peluang kepada anak-anak anda terpilih sebagai atlet negeri Terengganu bagi sukan perahu layar ini di dalam program Pembangunan atlet Junior negeri Terengganu.

Jangan lepaskan peluang untuk hadir pada sesi Mari Mencuba TryLayar pada hujung minggu ini seperti yang tertera dijadual

Download
Program Pembangunan Perahu Layar Negeri Terengganu
Program ini untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar untuk sukan perahu layar negeri Terengganu
AKADEMIK SUKAN PERAHU LAYAR NEGERI TEREN
Adobe Acrobat Document 660.9 KB

Write a comment

Comments: 2
  • #1

    obat tradisional angina pectoris (Wednesday, 04 November 2015 02:04)

    regular visits to this blog, every time I visit this blog affection discover new things. thank you very much for the information has been given.

  • #2

    cara mengobati tumor ovarium (Monday, 02 May 2016 07:57)

    the spirit of this day begins with a positive, thanks to all who have provided information to us