Pencarian Atlet Baru: Kem Bakat - MyTry Layar

Program permulaan dalam proses pencaraian atlet baru (My TRy Layar) berjalan dengan lancar dengan kehadiran yang menggalak di mana pada hari pertama seramai 57 orang berdaftar manakala pada hari ke-2 tambahan beberapa pelayar. Tawaran yang dikeluarkan di beberapa buah sekolah di sekitar Kuala Terengganu-Kuala Nerus telah berjaya menarik beberapa buah sekolah lain di sekitar Gong Badak selain dari sekolah projek Sek Keb Pulau Duyong. Agak meralatkan tiada kehadiran dari Sek Men Ibrahim Fikri menimbulkan tandatanya, sedangkan kebanyakan atlet SUKMA negeri Terengganu bersekolah di sini.

Jumlah Penyertaan Mengikut Jantina Mengikut Tahun/Tingkatan
Jumlah Penyertaan Mengikut Jantina Mengikut Tahun/Tingkatan

Manakala pada hari kedua berlaku pertambahan beberapa pelajar lagi mencuba untuk sukan perahu layar ini. Dari jumlah kehadiran pelajar mendapati satu perubahan yang agak memberangsangkan di mana penyertaan dari Sekolah Kebangsaan Tok Jembal yang memberangsangkan selain Sekolah kebangsaan Duyong yang merupakan sekolah pusat/projek bagi sekolah rendah di bawah program Hunas harapan. Penyertaan dari sekolah Duyong masih mendahului dibantu selain dari jarak rumah yang bersebelahan dengan pusat latihan Ri-Yaz Haritage juga dibantu oleh penyertaan beberapa pelayar lama yang sudah begitu lama berhenti yang boleh diklasifikasikan sebagi kelas pemulihan. Mereka ini disekitar 10 orang samada telah beberapa kali belayar dan sudah sedikit asas belayar tetapi masih lemah juga telah dimasukkan dalam senarai atlet tunas untuk pencarian kali ini

Antara Pelajar dari Sek Men Bukit Tunggal
Antara Pelajar dari Sek Men Bukit Tunggal

Bagi sekolah menengah pula seperti dimaklumkan selain tiada penyertaan dari SMK Ibrahin Fikri penyertaan adalah sangat kurang dan kurang memberangsangkan dimana penyertaan paling ramaipun seramai 11 orang dari Sek Men Keb Bukit Tunggal dari jumlah keseluruhan 15 penyertaan

 

Selain itu penyertaan dari pelajar perempuan masih rendah terutamanya untuk sekolah menengah hanya 2 pelajar sahaja yang menyertai program MyTRy layar ini. Untuk kelas Optimist pula seramai 17 pelajar telah menyertai kem ini dan kebanyakanya pada tahun 3 dan tahun 5 adalah satu perkembangan yang baik untuk program jangka panjang.

Antara Ibu-bapa yang Kelihatan
Antara Ibu-bapa yang Kelihatan

Penyertaan sebahagian besar penuntut dari Sek Keb Tok Jembal dan beberapa buah sekolah dari luar Pulau Duyong menyaksikan penglibatan yang lebih baik dari pihak ibu-bapa, dimana ibu-bapa terpaksa menghantar anak-anak dan juga mengambil anak-anak selepas tamat latihan. Perkembangan ini adalah sesuatu yang positif dalam memperkembangkan sukan perahu layar bagi merakyatkan sukan ini bagi anak negeri Terengganu dalam langkah memperluaskan ke akar umbi. Langkah berikutnya bagi memperluaskan sukan ini adalah dengan penubuhan dan pengurusan tadbir urus yang lebih berkesan  melalui persatuan-persatuan perahu layar daerah, tetapi ianya terlebih dahulu ianya perlu diperkembangkan pengetahuan berkaitan sukan ini kepada pihak massa/awam. Mungkin apabila kehadiran ibu-bapa lebih baik kita aturkan kelas pelayaran untuk ibu-bapa pula...insyaallah.

Write a comment

Comments: 0