6TH KFC-MDKL SELANGOR OPEN REGATTA 2014

Kejohanan 6th KFC-MDKL Selangor Open Regatta telah menutup tirainya pada petang Ahad 18hb Ogos 2014. Akhirnya pada hari terakhir telah berjaya dijalankan 3 perlumbaan bagi kelas Optimist dan Laser 4.7 di gelanggang A. Manakala di gelanggang B pula 3 perlumbaan bagi kelas Laser Radial/Standard dan windsurf, manakala bagi kelas Int 420  4perlumbaan berjaya dijalankan.

 

Keseluruhannya 4 perlumbaan sahaja dapat dijalankan bagi kelas Optimist, windsurf dan Laser (Standard/Radial) setelah hanya 1 perlumbaan sahaja pada hari pertama (Jumaat) dan tiada perlumbaan dapat dijalankan pada hari Sabtu. Bagi kelas Laser 4.7 pula 5 perlumbaan keseluruhan telah berjaya dijalan setelah pada hari pertama satu-satunya kelas berjaya menghaniskan 2 perlumbbaan. Kelas Int 420 juga dengan 5 perlumbaan keseluruhan lebih 1 perlumbaan pada hari terakhir.

 

Kejohanan ini agak mencabar bagi pelayar di mana pelayar terpaksa meredah lumpur sejauh kira-kira 500meter untuk melancarkan bot dan juga perlumbaan kejohanan dijalankan dalam keadaan angin yang perlahan tetapi arus yang sangat kuat menyebabkan beberapa pelayar baru (termasuk Insyirah dan Atikah) telah hanyut. Nur Ain bagi kelas windsurf yang merupakan kejohanan kedua baginya juga terperangkap dalam keadaan arus ini dimana hanya 1 perlumbaan beliau berjaya tamat tetapi telah melakukan OCS. Pada perlumbaan lain beliau tidak tamat samada disebabkan oleh dihanyutkan arus dan melebihi masa bot hadapan tamat. Elfee/Ilham dan hafiz terlamau laju bagi Ain.

 

Untuk kelas Laser 4.7 dan Optimist melihatkan persaingan yang agak menarik bagi kedudukan pendahulu. Kelas Optimist tanpa kehadiran pelayar kebangsaan membolehkan pelayar Terengganu mengungguli 3 tepat teratas. Manakala Kedah unggul bagi kelas optimist Division. Kelas laser 4.7 Lelaki pelayar Terengganu Asmawi terpaksa akur dengan pelayar kebangsaan dari Melaka (Hafiz). Kategori laser 4.7 Perempuan pula pelayar Fatin dan Al-Yauma tidak berjaya memintas Naelah pelayar Sabah di tempat pertama. walaupun begitu syabas kepada Asmawi dan Al-Yauma yang baru kali pertama bertanding dalam kelas Laser 4.7 telah berjaya menaiki podium.

 

Tahniah juga kepada Ali Imran dan pasangannya Hakimi serta Alif Safares dan Amirul kerana berjaya juga menaiki podium bagi kelas Int 420. Terdapat banyak kelemahan yang masih perlu diperbaiki oleh kedua pasangan baru bagi kelas Int 420 ini. Kurangnya penyertaan dalalm kelas ini membantu mereka tetapi jika dibandingkan dengan gap dengan juara maka banyak usaha perlu digandakan selepas ini.

 

Laser Standard juga menyaksikan Mustaqiim yang mencuba kelas baru berjaya menyaingi pelayar berpengalaman dari ATM (Harisfabillah) sesuatu yang boleh dibanggakan. Sedikit kegusaran dipertunjukkan oleh Firdaus kerana dengan kelemahan berat badan agak ketara menyebabkan ia hampir-hampir keciciran pingat gangsa apabila telah mendapat mata yang sama dengan peserta Kedah (Danial) tetapi kelebihan tamat di tempat pertama pada perlumbaan pertama semasa angin kuat telah membantu beliau.

 

Prestasi pelayar Optimist pelapis sedikit menggusarkan tetapi masa masih panjang untuk melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah ini. Fokus dan tumpuan mereka jelas tidak begitu tinggi dan masih melakukan beberapa kelemahan mudah dengan komitmen yang masih boleh dipertingkatkan.

Jumlah pungutan pingat pasukan bertanding
Jumlah pungutan pingat pasukan bertanding

Dari jadual kedudukan pingat yang diperolehi oleh setiap pasukan, negeri Terengganu berjaya mengungguli kejohanan 6th KFC-MDKL Selangor Open Open dengan 4 Emas, 6 Perak dan 6 Gangsa. Pasukan kebangsaan yang hanya dibarisi beberapa pelayar pelapis berjaya menunjukkan performance terbaik mereka dengan berada di tempat ke-2 dengan 3 emas dan 1 gangsa. Kedah seperti dinyatakan menggungguli kelas Optimist Division B & C berada pada kedudukan ke-3 dengan 2 Emas dan 1 Gangsa. Pasukan Selangor, Sabah, Perak, Johor dan juga ATM turut sama berjaya meraih pingat emas dan beberapa pingat lain.

Write a comment

Comments: 2
  • #1

    obat tradisional angina pectoris (Wednesday, 04 November 2015 02:04)

    regular visits to this blog, every time I visit this blog affection discover new things. thank you very much for the information has been given.

  • #2

    cara mengobati tumor ovarium (Monday, 02 May 2016 08:24)

    the spirit of this day begins with a positive, thanks to all who have provided information to us