Kejohanan Merdeka Day Open Regatta 2014

Kejohanan KFC-21st Merdeka Day Keputusan

Keputusan bagi kejohaan KFC-21st Merdeka Day Open Regatta seperti selalunya memang lewat dikeluarkan secara resmi oleh MYA kepada persatuan negeri. Keputusan tidak resmi yang melibatkan pelayar Terengganu adalah seperti yang dipostkan pada fb Terengganu Sailing Team. Pasukan berjaya memenangi 1 pingat emas melalui kejayaan Asmawi mengungguli acara Laser 4.7 Open dengan rakan sekelas Awi, Al-Yauma hanya mampu berada pada kedudukan ke-7 dan ke-4 perempuan yang menyaksikan satu keputusan yang tidak begitu memberangsangkan. Kelihatan beberapa perkara rentetan dari kejohanan di Selangor masih membelenggu Al-Yauma malah khabarnya semakin meruncing. Kejyaaan Asmawi menebus kekalahan di Selangor agak membanggakan kita dan menunjukkan satu petanda baik bagi program mendatang memandangkan kelas ini akan menjadi cabarab yang sengit bagi pelayar-pelayar bekas Optimist.

 

Begitu juga dengan kelas Optimist walaupun gagal mengekal mood juara dari Selangor dengan ketidakhadiran pelayar kebangsaan tetapi setidak-tidaknya kejayan Latif mengungguli tempat ke-2 Overall dan Division diikuti oleh Izzuddin di tempat ke-3 dan Umar di tempat ke-5 membanggakan kita. Khaidir juga menunjukkan peningkatan pada kejohanan di Sabah ini di tempat ke-13 keseluruhan dan ke-4 Division dan Insyirah juga telah berjaya memperbaiki keputusan berbanding dengan keputusan di Selangor sebelum ini berada pada kedudukan ke-20. Faqihudin pula berada pada kedudukan ke-23.

 

Firdaus di tempat ke-3 acara Laser Standard menambah medal kejayaan pasukan perahu layar Terengganu masih lagi masalah berat badan yang kurang sesuai dengan keadaan angin serta kelemahan sedikit dengan keadaan di KYC, Tg Aru, Kota Kinabalu ini menyebabkan ia masih tertinggal kepada pelayar Wilayah Persekutuan dengan pelayar kebangsaan Latif dengan bullet score membolehlan ianya tidak perlu belayar pada 2 race terakhir untuk kekal juara bagi kelas ini.

 

Kita beraksi agak lemah bagi kelas International 420 dengan Kulim yang cuba dipasangkan dengan pelayar baru tidak mampu untuk menyaingi 3 pelayar teratas hanya mampu berada pada kedudukan ke-4 dan pasangan muda Safares + Amirul pula satu tangga di belakang pada kedudukan ke-5. Banyak kelemahan perlu diperbaiki dan gabungan ini perlu bekerja dengan lebih keras untuk mampu memberi saingan kepada pelayar-pelaayr terbaik negara yang berada pada kelompok top 5 dunia.

 

Kita tidak mengambil bahagian dalam banyak acara lain seperti Laser Radial dan Windsurfing dan ini menyumbang kepada keputusan sedikit rendah dengan 1 Emas, 2 Perak, dan 3 Gangsa.

 

Tahniah kepda pemenang dan kepada yang gagal kita perlu melihat semula kepada prestasi masing dan semua perlu melakukan penilaian semula baik kepada yang menang mahupun kepada yang kalah untuk meningkatkan prestasi ke puncak kejayaan.

 

Keputusan penuh akan dipamirka apabila telah diperolehi.

 

Sekian salam.

Catatan Perjalanan

Team Sailing Terengganu (Gustmysailing) dalam perjalanan menuju ke KLIA 2 untuk ke Sabah bagi Kejohanan Ranking Kebangsaan berikutnya.

Kejohanan Merdeka Day Open Regatta merupakan kejohanan ranking ke-6 selepas: Regatta Perdana (Kedah), Penang Open, Perak Open, Tunku Laxamana Open (N Sembilan), Perlis Open dan juga terakhir kira-kira 2 minggu lepas Selangor Open.

 

Pasukan bergerak sekitar jam 0700 pagi tadi bermula dari Kuala Terengganu menuju ke KLIA dengan bas MSNT. Terimakasih kepada Pak Weng dan the geng. Pasukan akan mengambil bahagian dalam beberapa kategori dengan pelayar-pelayar berikut:

  1. Optimist:
    1. Abdul Latif Bin Mansor
    2. Muhammad Izzuddin Bin Abdul Rani
    3. Umar Al-Farouk Bin MOhd Zahawi
    4. Mohd Khaidir Bin Mohd Zahawi
    5. Mohd Faqihudin Bin Mazelan
    6. Al-Inyirah Aina Bte Zulkifeli
  2. Laser Standard: Muhammad Firdaus Bin Mohd
  3. Laser 4.7 Lelaki: Asmawi Bin Azman
  4. Laser 4.7 Perempuan: Al-Yauma Akma Bte Zulkifeli
  5. International 420:
    1. Tg Muslim Bin Tuan Hasan: Helm
    2. Ikrami Hakimi Bin Marham: Crew
    3. Alif Safares Bin Azmi: Helm
    4. Mohd Amirul Mukminin Bin Ramli: Crew

 

Pada kejohanan kali ini atlet seramai 13 orang ini akan diketuai oleh coach Saifullah dan juga coach Sollehudin dan diiringi oleh pegawai dari USPTN.

 

Perkembangan selanjutnya akan menyusul....

Write a comment

Comments: 2
  • #1

    gustmysailing (Tuesday, 26 August 2014 19:26)

    Pok Lah sentiasa updatekan perkembangan kepada admin.....thank you

  • #2

    cara mengobati tumor ovarium (Monday, 02 May 2016 08:24)

    the spirit of this day begins with a positive, thanks to all who have provided information to us