KEJOHANAN SUKAN ASIA KE-17, INCHEON 2014

Temasya Sukan Asia tahun 2014 di Incheon, Korea Selatan membuka tirainya pada 19 September dan akan berakhir pada 4 Oktober 2014.

Ianya sekali lagi menjadi tumpuan semua peminat sukan tanahair terutamanya bagi warga sukan pelayaran bagi memastikan kelangsungan kejayaan program penyediaan atlet 4 tahun. 

 

Kontinjen negara yang menyertai acara sukan adalah terdiri daripada 280 atlet dengan berbekalkan semangat kesukanan yang tinggi dan semangat Malaysia Boleh! bagi merealisasikan impian memburu pingat dalam 25 daripada 36 acara sukan yang dipertandingkan

 

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hanya menetapkan sasaran lapan pingat emas pada temasya sukan Asia kali ini menjadi sedikit persoalan buah mulut peminat sukan tetapi melihatkan perkembangan sukan tanahair terkini terutama selepas kegagalan mencapai sasaran Sukan Kowanmel ianya diterima.


Bagi sukan pelayaran pula ianya terdiri dari 17orang atlet yang akan membawa cabaran negara dalam 10 acara dari 14 acara yang ditawarkan. Kelas Int 420 Lelaki, Laser Standard Lelaki, Optimist Lelaki, Int 420 Perempuan, Optimist Perempuan dan acara Match Racing akan dijadikan sandaran utama pasukan perahu layar Malaysia dalam mengajar sasaran 5 pingat yang ditetapkan oleh pasukan selain kelas Laser Radial Perempuan, 29er Perempuan, Int 470 Lelaki serta kelas Windsurfing RS-One Perempuan.

 

Bagi peminat sukan pelayaran sila ikuti perkembangan dan pencapaian atlet perahu layar di Sukan Asia ini di link berikut: http://gustmysailing.jimdo.com/antarabangsa-asian-games-2014/asian-games-ke-17-incheon-2014/  dan klik pada subpages yang ingin diikuti perkembangannya.

Write a comment

Comments: 2
  • #1

    obat tradisional angina pectoris (Wednesday, 04 November 2015 01:28)

    regular visits to this blog, every time I visit this blog affection discover new things. thank you very much for the information has been given.

  • #2

    cara mengobati tumor ovarium (Monday, 02 May 2016 08:24)

    the spirit of this day begins with a positive, thanks to all who have provided information to us