AKTIVITI PELAYARAN BULAN OKTOBER YANG PADAT

Aktiviti bagi sukan pelayaran bagi bulan Oktober adalah agak padat. Antara acara-acara yang mewarnai sukan pelayaran bagi bulan Oktober ini adalah:

  1. Acara Liga Layar Malaysia dan diikuti dengan acara Belia Belayar:
  2. Kursus Spesifik Sukan Pelayaran Tahap II anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA)
  3. Kejohanan KFC-Felda Johor Open Regatta 2014

Beberapa acara ini juga telah melibatkan atlet dan pasukan negeri Terengganu dan keseluruhannya pencapaian yang memuaskan telah ditunjukkan pada kesemua aktiviti yang melibatkan pasukan negeri Terengganu.


Kejohanan KFC-Felda Johor Open Regatta 2014

Kejohanan telah berjalan dengan lancar dimana pada kejohanan ini pasukan telah mendapat peruntukan dari unit USPTN Terengganu. Pasukan perahu layar negeri Terengganu telah bergerak ke Johor seawal hari Rabu pagi bagi memastikan atlet dapat melakukan setidak-tidak latihan familiarisasi bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang agak asing bagi kebanyakan pelayar, dimana kebanyakan pelayar jarang bertandang ke venue ini yang juga dijangkan berlainan dengan venue di Pulau Duyong. Keseluruhannya seramai 15orang atlet dan 3 jurulatih telah menyertai kejohanan ini. Antara kelas yang disertai adalah:

  1. Optimist seramai 06 orang: (4 Lelaki - 3 Div A dan 1 Div B serta 2 Perempuan - 1 Div A dan 1 Div B)
  2. Int 420 seramai 04 orang: bagi 2 bot Int 420 lelaki
  3. Laser 4.7 seramai 03 orang:(1 lelaki dan 2 perempuan)
  4. Windsurfing Bic Techno 02 orang: Perancangan 3 orang, 1 orang tidak dapat hadir kerana bas bergerak pagi dan atlet mempunyai exam PT3 pada pagi tersebut.

Pengurus Sukan (SDO) En Wan Iskandar juga telah turut sama ke Pantai Tg Leman, Mersing yang merupakan venue kejohanan ini.

Acara Hari Pertama Marathon kecuali Windsurfing

Acara pada hari pertama kejohanan selepas solat Jumaat hanya melibatkan acara maraton sahaja. Sedikit merugikan dimana sepatutnya jumlah perlumbaan dapat dibanyakkan dengan acara fleet racing terpaksa dikurangkan untuk acara maraton ini. Sebaiknya pihak penganjur KFC-Johor mengadakan acara maraton sebagai hanya acara tambahan pada hari lain seperti hari Khamis dan tidak menjadi kewajipan bagi negeri-negeri menyertainya seperti contoh di kejohanan KFC-Terengganu nanti.


Sedikit kekurangan pada kejohanan ini apabila pegawai perlumbaan yang dijangka menjalan dan mengadili kejohanan ini tidak dapat hadir dan pegawai pasukan-pasukan negeri terpaksa turun tangan untuk membantu.... terimakasih dan tahniah kepada Pok Lan (pemandu pasukan Terengganu) yang telah turut sama menjadi pegawai perlumbaan sebagai pengibar bendera...(dapat rasa mabuk laut free)


Keputusan pada hari pertama ini agak memuaskan bagi kelas Optimist manakala kelas dinghy kurang memberangsangkan.

Bagi kelas Optimist pasukan Terengganu unggul dengan 4 pelayar berada pada top 10.

  1. Latif ke-2
  2. Izzuddin ke-3
  3. Khaidir ke-4 dan 
  4. Umar ke-10
  5. manakala Faqihudin ke-25, Nur Atikah ke-29 dan Wan sarah telah melakukan kesilapan OCS.

Bagi kelas Open dinghy yang menggabungkan semua bot dinghy - Laser (Laser Standard, Laser Radial dan Laser 4.7) dan Int 420 dengan menggunakan sistem handicap menyaksikan kelas Laser mengungguli 4 tempat teratas dengan Ali Imaran dan pasangannya Ikrami hakimin berjaya berada tempat ke-5. Keputusan bagi kelas dinghy untuk pelyar Terengganu adalah: 

  1. Asri yang beraksi bagi pasukan kebangsaan dengan kelas Laser radial berjaya pada kedudukan ke-2;
  2. Ali Imran dan Hakimi tempat ke-5 dengan bot Int 420;
  3. Alif Safares dan Amirul Mukminin pada tangga ke-16 dengan bot Int 420;
  4. Al-Yauma Akma ke-22 dengan Laser 4.7;
  5. Asmawi ke-25 dengan Laser 4.7 dan
  6. Nuur Fatin Solehah ditangga ke-33 dengan Laser 4.7 dari keseluruhan 51 bot kesemuanya

Bagi kelas windsurfing pula tidak diadakan acara maraton bagi mereka sebaliknya telahmenjalankan acara fleet racing dengan 2 perlumbaan berjaya dijalankan pada hari pertama ini.

Acara Sebenar: Fleet Racing

Seperti dimaklumkan acara untuk individu race hanya dijalankan pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Dengan acara bermula lewat kerana ketiadaan angin pada awal pagi menyebabkan hanya 2 perlumbaan sahaja dapat dijalankan pada hari Sabtu dan pada hari Ahad pula dengan perlumbaan yang terpaksa ditamatkan awal bagi membolehkan acara penutup dijalankan juga hanya 2 perlumbaan bagi kelas Optimist manakala kelas dinghy dengan 3 perlumbaan.

Ini menyebabkan tiada discard untuk kelas Optimist. Hanya kelas windsurfing sahaja yang dapat menamatkan 7 perlumbaan yang dijadualkan.


Pasukan Terengganu beraksi dengan agak baik secara keseluruhannya terutama bagi kelas windsurfing telah mengungguli kedudukan 2 teratas dimana Elfee telah berjaya muncul juara menunjukkan prestasi yang konsisten diikuti oleh Hafiz yang telah berjaya menyerap saingan dari Danish pemenang 2 epingat emas SUKMA Perlis yang juga merupakan pelayar Terengganu yang sedang berlatih di pusat kebangsaan. Sekiranya Ilham turut serta kita kemungkinan akan menyaksikan 4 kedudukan teratas adalah milik Terengganu.


Asri Azman pelayar Terengganu yang mewakili pasukan kebangsaan telah mengungguli bagi acara Laser Radial disaingi hebat oleh bekas pelayar kebangsaan Syafiq dari Johor. Muhammad Firdaus yang tidak beraksi untuk kejohanan ini melihat tiada saingan bagi kelas Laser Standard. Begitu juga bagi acara Laser Radial Perempuan 


Manakala bagi kelas laaser 4.7 pula menyaksikan Al-Yauma telah berjaya mengungguli acara perempuan menepikan 2 cabaran atlet dari pasukan kebangsaan MYA/Pelapis di tempat ke-2 dan tempat ke-3. Manakala Nuur Fatin pula hanya mampu berada pada kedudukan ke-5 dari 11 penyertaan. Sayang sekali kejayaan acara perempuan tidak dapat dikekalkan oleh Asmawi bagi acara Laser 4.7 lelaki apabila terpaksa tunduk kepada pelayar kebangsaan MYA/Pelapis dengan 1 mata sahaja apabila 2 perlumbaannya sedikit jatuh pada tamat di kedudukan ke-4. 


Acara Optimist pula sedikit jatuh berbanding 2 kejohanan sebelum ini tetapi setidak-tidaknya dengan Latif berjaya berada pada kedudukan ke-3 dan Umar di kedudukan ke-5 keseluruhan sedikit menggembirakan bagi pasukan Optimist Terengganu. Lain-lain keputusan bagi pelayar Optimist Terengganu adalah:

  1. Latif ke-3 keseluruhan dan  Juara Div A;
  2. Umar ke-5 keseluruhan dan ke-3 Div A;
  3. Izzuddin ke-14 keseluruhan dan ke-8Div A;
  4. Wan Sarah ke-30 keseluruhan, ke-13 Div B dan ke-5 perempuan
  5. Khaidir ke- 32 keseluruhan, dan ke-17 Div B (ada BFD)
  6. Nur Atikah ke-36 keseluruhan, ke-16 Div A dan ke-10 perempuan;
  7. Mohd faqihuddin ke-50 keseluruhan, ke-19 Div A (ada BFD)

Hanya kelas Int 420 yang kurang menyerlah menyaksikan pasangan muda Terengganu gagal menyaingi pelayar-pelayar senior dan veteran bagi kelas Int 420 termasuk kalah kepada pasangan baru pelayar kebangsaan MYA/Pelapis (Ayang dan Eiman). Berada pada kedudukan ke-4 dan ke-5 terakhir menyaksikan kita perlu melakukan sesuatu bagi pasangan Int 420 Terengganu.


Keputusan sedang dimuatturun di laman web Gustmysailing dan buat sementara anda boleh melihat keputusan penuh di laman web resmi persatuan Kerahu layar Kedah seperti berikut: https://sites.google.com/site/kedahsail/home/johor


Write a comment

Comments: 2
  • #1

    obat tradisional angina pectoris (Wednesday, 04 November 2015 02:04)

    regular visits to this blog, every time I visit this blog affection discover new things. thank you very much for the information has been given.

  • #2

    cara mengobati tumor ovarium (Monday, 02 May 2016 08:24)

    the spirit of this day begins with a positive, thanks to all who have provided information to us