AKTIVITI BULAN NOVEMBER KEMBALI MENGHANGAT PERAIRAN TELUK WARISAN: BULAN BELAYAR TERENGGANU

Aktiviti bulan November kembali dengan bulan belayarnya dengan aktiviti-aktiviti berkaitan pelayaran yang padat. Sayang kebelakangan ini bermula dari tahun lepas acara-acara yang ditawarkan sempena Monsoon Cup tidak begitu menyeluruh dan sangat sedikit pengiklanannya. Selain itu sangat sedikit lewat dikeluarkan acara-acara yang dikendalikan menerusi dana Monsoon Cup ini tidak seperti sebelumnya.


Walaupun begitu bersempena dengan penganjuran Monsoon Cup Terengganu ini juga pasukan mengambil peluang untuk merancang beberapa program bagi memeriahkan suasana bulan pelayaran bagi negeri Terengganu ini. Walaupun seri Monsoon Cup sudah tidak segah sebelumnya dimana hanya pertandingan Kelayakan Asia sahaja dijalankan di sini dengan dilarikan kejohanan terakhir Alpari Match Racing Tour ke Johor mungkin ke Danga Bay dan berkemungkinan dilanjutkan sehingga ke tahun hadapan; pasukan tetap positif dalam memajukan dan meningkatkan mutu sukan perahu layar bagi negeri Terengganu ini.


Beberapa acara telah dirancang oleh pasukan sepertimana yang telah diwar-warkan pada kejohanan utama yang akan dianjurkan oleh Persatuan Perahu layar negeri Terengganu iaitu KFC-MSNT-Riyaz heritage Monsoon Regatta 2014. Sila klik di http://gustmysailing.jimdo.com/kfc-msnt-ri-yaz-heritage-monsoon-regatta-2014/ untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagi acara-acara yang akan diadakan

Acara-acara Yang dirancang

Berikut adalah antara apa yang akan berlaku dan telah atau sedang berlaku sempenan bulan pelayaran ini. Apa-apa pun, apa sahaja program tambahan diadakan hanyalah sebenarnya bertujuan selain untuk mencungkil bakat juga bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti program latihan penyediaan atlet supaya atlet tidak tepu dengan hanya berlatih sahaja dengan cara yang sama tetapi dipelbagaikan.


Terdapat juga antara acara yang dijadualkan yang digabungkan dari pelbagai penggerak yang tentunya terutamanya datang dari pengendali utama syarikat Innovatif yang menjalankan acara Monsoon Cup melalui pengelola Jejak santun maka pasukan TESA mengambil inisiatif menggerakkan beberapa aktiviti lain juga terdapat aktivi yang diselit masuk secara adhoc tetapi dapat menyeragam dan mewarnai bulan Pelayaran negeri Terengganu.

Jadual dan Acara

Olehkerana tidak mendapat maklumat yang lengkap dari sumber penganjur Monsoon Cup berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan maka disertakan di sini antara beberapa acara utama yang akan berlangsung:


DATE

ORGANIZE BY

EVENTS

09HB – 13HB NOV

INNOVATAGE

BELIA BELAYAR

14HB – 15HB NOV

PLD-TESA-MSNT

PEMILIHAN AKHIR PELAYAR SETIAP PUSAT LATIHAN DAERAH (PLD)

15HB NOV 2014

PEJABAT DAERAH KULA TERENGGANU

PERTANDINGAN KARNIVAL SUKAN AIR MONSOON CUP 2014 BERSAMAAN DENGAN PEMILIHAN AKHIR PELAYAR SETIAP PUSAT LATIHAN DAERAH

15HB – 17HB NOV

MYA-INNOVATAGE

LIGA LAYAR MALAYSIA

19HB – 22 HB NOV

MYA-INNOVATAGE

MONSOON CUP ASIA QUALIFIER

20HB – 22HB NOV

TESA-MSNT-MSST

KEM MEET 2 & PEMILIHAN AKHIR

23HB – 25 HB NOV

TESA-MSNT-MSST

KEJ PERAHU LAYAR ZON TIMUR (EZSAIL)

27HB – 30HB NOV

TESA-MSNT

KFC-MSN TERENGGANU MONSOON REGATTA 2014

01HB – 15HB DIS

MYA (LANGKAWI)

ATLET TERENGGANU TERPILIH KE KEM PEMILIHAN ATLET KEBANGSAAN DI LANGKAWI KEDAH


Write a comment

Comments: 0