Kem Pemilihan Atlet untuk KEM MEET 2, KARNIVAL SUKAN AIR dan LIGA LAYAR MALAYSIA

Masih lagi berada dalam kehangantan Bulan pelayaran Negeri Terengganu dimana berakhir minggu kedua bulan November beberapa acara telah berakhir dan juga sedang berlangsung. Acara Monsoon Cup Terengganu masih lagi mewarnai acara terbesar pelayaran negeri Terengganu. Antara acara menarik buolan ini yang telah dan sedang berlangsung melibatkan minggu ke-2 dan ke-3 adalah:

  1. Acara Belia Belayar: 09hb hingga 13hb November 2014
  2. Pemilihan untuk Kem Meet 2 negeri Terengganu: 14-15hb November 2014
  3. Regatta Karnival Sukan Air Sempena Monsoon Cup Terengganu: 15hb November 2014
  4. Acara Liga Layar Malaysia (sedang berlangsung): 15hb-17hb November 2014


Acara Belia Belayar

Thank... gambar ihsan dari Harrith Amrmry
Thank... gambar ihsan dari Harrith Amrmry

Program ini telah berakhir. Anjuran penganjur Terengganu Monsoon Cup; Innovatige Sdn Bhd dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu danJabatan pelajaran Terenggau. Sebanyak 19buah sekolah khabrnya telah terpilih. 

Pasukan telah meminta untuk sekolah-sekolah yang terlibat dengan program perahu layar tunas harapan yang berada di luar Kuala Terengganu untuk diberi peluang dan terimakasih kepada penganjur; akhirnya 70 murid dari daerah Besut dan Dungun (Tiada penyertaan dari pusat Kemaman dan Setiu. Marang berminat tetapi terhad untuik pelayar sekolah menengah) termasuk pelajar SMA Khairiah dan SMK Bukit Tunggal yang tiada dalam list antara 19buah sekolah telah berpeluang untuk merasai belayar dalam program Belia Belayar ini.

 

Pemilihan Kem MEET 2 dan Regatta KARNIVAL SUKAN AIR sempena Monsoon Cup Terengganu 2014

Acara Pemilihan untuk pelayar Kuala Terengganu untuk Kem MEET 2 telah diadakan bersekali dengan regatta KARNIVAL SUKAN AIR.

Kem pemilihan ini bertujuan untuk menyenarai pendekkan perahulayar dari Kuala terengganu untuk Kem Meet 2 yang dijadualkan mulai 20hb November nanti. 

2 hari iaitu hari Jumaat 14 dan sabtu 15hb November dijadualkan, dimana pada hari Jumaat semua atlet kira-kira 60 orang telah berkumpul untuk sesi pemilihan ini. Sayangnya hujan sepanjang hari menyebabkan perlumbaan terpaksa dibatalkan dan ditangguh ke keesokan harinya.

hari Sabtu sekali lagi hujan seawal pagi memberikan halangan kepada peserta dan pegawai bagi sesi pemilihan ini. Tiada halangan hanya peluang yang direbut melalui regatta Karnival Sukan Air  yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kuala Terengganu diambil peluang dengan semua pelayar dan pegawai turun ke air dalam keadaan hujan lebat, tiada angin dan juga berlumba dalam keadaan arus yang kuat. Ini menyebabkan hanya sebilangan kecil yang mampu menamatkan perlumbaan dengan hampir keseluruhan pelayar norvis tidak tamat. 

Sebaik tamat acara regatta karnival, acara diteruskan lagi untuk trial berikutnya, juga dalam keadaan angin yang sangat perlahan, tidak konsisten dan sesekali hujan memasuki gelanggang menyebabkan hanya 2 trail sahaja mampu dijalankan.

Tahniah kepada pelayar yang telah disenarai pendekkan

Acara Liga Layar Malaysia

Acara Liga Layar Malaysia di Terengganu masih lagi berlangsung sehingga Ahad, 17hb November 2014. Sehingga kini pasukan yang layak untuk ke final adalah Jeremy, Nurul Elia, Hazim serta Ishak.

Write a comment

Comments: 0