Aktiviti di bulan Disember: Kem Pemilihan Atlet Sukan Sea, Kem Program T20 dan Kem Tindik 

Bulan Disember telah memasuki harinya di tahun 2014, semakin menuju ke penghujung berakhirnya 2014 dan akan bermulanya 2015.

Aktiviti program perahu layar juga menuju ke penghujung dengan beberapa aktiviti masih dirancang untuk menghangat dan memaksimakan kemuncak 2014 oleh Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA). Antaranya:

  • Kem Program T20 bersamaan Kem Pemilihan Atlet Sukan Sea 2014 - 01hb-15hb Disember 2014
  • Kejohanan India International Regatta 2014 (Asian Youth Cup Series 1-2014/2015) - 16hb -22hb Disember 2014
  • Kejohanan Kebangsaan 31st MYA-MILO/NSC National Open Championship 2014 - 17hb - 21hb Disember

Tahniah kepada beberapa atlet negeri Terengganu yang telah terpilih bagi Kem Program T20 dan juga Kem Pemilihan Sukan Sea bersama dengan atlet-atlet negeri lain yang mencecah melebihi 50 penyertaan.

Senarai Atlet

Atlet negeri Terengganu Program T20:

  1. Muhamad Firdaus Mohd
  2. Muhamad Amirul Mustaqiim Abdul Rani - tidak hadir UPM
  3. Tengku Muhamad Amirul Asyraf Bin Tg Othman
  4. Tengku Muslim Bin Tuan Hassan
  5. Asmawi Bin Azman
  6. Abdul Latif Bin Mansor
  7. Nadzirah Bte Mohd Nor
  8. Elfee Shahrizan Bin Alias

Tambahan Atlet negeri Terengganu untuk Kem Pemilihan Sukan Sea 2015

  1. Muhammad Izzuddin Bin Abdul Rani-Optimist
  2. Umar Al-Farouk Bin Mohd Zahawi-Optimist
  3. Ikrami Hakimin Bin Marham-Int 420
  4. Ali Imran Bin Othman-Int 420
  5. Muhammad Amirul Mukminin Bin Ramli-Int 420
  6. Alif Safares Bin Azmi-Int 420
  7. Fadilatul Husna Bte Rameli-Int 470

Atlet Terengganu lain yang juga akan berkampung di PLPLK Langkawi:

  1. Al-Insyirah Aina Bte Zulkifeli-Optimist
  2. Wan Sarah Emalin Bin Wan Iman-Optimist
  3. Nur Atikah Bte Mohd Din-Optimist
  4. Muhammad Khaidir Bin Mohd Zahawi-Optimist
  5. Mohd Faqihudin Bin Mazalan-Optimist
  6. Illham Bin Wahab - Bic Techno
  7. Muhamad Hafiz Bin Harun - Bic Techno
  8. Nur Ain Fadzilah Bte Abdul Rashid - Bic Techno

Pergerakan Atlet

Beberapa atlet terutamanya untuk Program T20 (melainkan Nadzirah-SPM, Muslim dan Kumat serta Mustaqiim-UMP final semester) yang lain semuanya telahpun melapor di PLPLK Langkawi pada 02hb Disember semalam. Baki atlet akan bergerak pada 04hb/05hb Disember.

 

Atlet akan bergerak sebaik menaikkan bot ke lori dan dijangka samada sampai pada lewat petang 04hb esok atau pada pagi 05hb Disember.

 

Atlet seterusnya akan terus bergerak dari langkawi ke Lumut untuk menyertai Kejohanan terakhir iaitu Kejohanan Kebangsaan 31st-MYA-MILO/NSCNational Open Regatta 2014. Atlet dijangka bergerak pada awal pagi 14hb Disember 2014.

Sebaik tamat kejohanan kebangsaan barulah atlet akan kembali ke Terengganu iaitu dijangka pada 21hb Disember.

Program Latihan-Format Latihan dan Peniliaian

Untuk pemilihan ke Sukan Sea, atlet dijangka akan menjalani latihan sehingga 13hb dengan akan dinilai melalu beberapa siri perlumbaan dalam kem sebelum memasuki kem pemilihan fasa kedua pada Februari nanti dan juga pemilihan terakhir pada Kejohanan Regatta Perdana Antrabangsa Langkawi (RPAL).

Atlet Terengganu ke Kejohanan India International Regatta 2014 (AYC siri 1)

Manakala untuk Kejohanan India International Regatta beberapa pelayar negara akan dihantar untuk menyertai kejohanan ini. Antara pelayar Terengganu yang terpilih adalah:

  1. Asmawi Bin Azman - Laser 4.7 Boys
  2. Al-Yauma Akma Bte Zulkifeli - Laser 4.7 Girls
  3. Elfee Shahrizan Bin Alias - Windsurf 

Sayang sekali maklumat resmi diterima dari pihak penganjur di India acara windsurfing terpaksa dibatalkan kerana menerima kurang penyertaan dan tidak cukup syarat untuk menjalankan kejohanan. ini bermakna penyertaan Elfee terpaksa dibatalkan.

Senarai peserta yang telah diupdate sehingga hari ini: http://www.iiregatta.in/who-is-registered.html

 

Bagi atlet yang akan ke India mereka akan bergerak terus dari Langkawi ke India berkemungkinan dengan penerbangan Air Asia pada 16hb Disember dan akan kembali pada 22hb Disember. Maklumat lengkap akan disalurkan apabila mendapat makluman resmi dari persatuan kebangsaan MSA.

Write a comment

Comments: 0