Kem Pemilihan Sukan Sea dan Program T20

Catatan Satu Perjalanan

Pergerakan pasukan perahu layar Terengganu bermula seawal 01hb Disember sebaik habis kejohanan KFC-MSNT-Riyaz Heritage Monsoon Regatta 2014 dengan 7 pelayar (Latif, Izzuddin, Umar, Firdaus, Asmawi, Elfee dan Alyauma) dan 1 official (Coach Pok lah-Saifullah)

 

Pergerakan kumpulan kedua bermula dengan loading boat pada 04hb Disember (Khamis) dan terus bergerak dengan bas MSNT (thanks-Pok Weng & Rani) sekitar jam 1200. Sampai Kuala Perlis sekitar jam 1230 tghmalam dengan sedikit masalah pada bas. Manakala lori pula bergerak ke Kuala Kedah setelah berpecah di simpang Kuala Pegang-Gurun. 

Bermalam di homestay Kuala Perlis setaman dengan cikgu Shukri (Taman Peladang Jaya) juga terimakasih kepada cikgu Shukri yang tolong carikan rumah buat bermalam sebelum bertolak ke Langkawi. Semalaman berperang dengan nyamuk sebelum dapat tidur-tidur ayam di ruang tamu.

 

Hari Kedua 05hb Disember pagi Jumaat; Sebak lepas sarapan di restoren berdekatan homestay di luar simpang taman pasukan bergerak ke Jeti Kuala Perlis sekitar jam 0845pagi. Hanya dapat feri pada jam 1050pagi, tiada masalah sepanjang perjalanan dan selamat sampai ke Jeti Kuah sekitar 1200 tghari.

Mendaftar penginapan dan sempat untuk solat Jumaat sebelum atlet diberi rehat.

 

Sekitar jam 1530pm atlet berkumpul di pusat latihan kebangsaan, mendaftar untuk kem dan tidak banyak dapat dibuat memandangkan bot-bot masih berada di dalam lori yang hanya akan sampai ke pusat latihan pada pagi esok (Sabtu;06hb Disember). Kecuali Nadzirah yang akan berpasangan dengan Hanna telah mendapat bot yang lain terpaksa menunggu besok dan atlet diberi pelepasan pada masa atlet-atlet negeri lain yang tiba lebih awal sudahpun berada di air. 

Penginapan: Memandangkan semua bilik di pusat latihan telah penuh baki atlet yang hadir sebagai kem tindik terpaksa bermalam di luar dengan sedikit adjustment dibuat dimana semua atlet perempuan bermalam di pusat latihan (kompleks pelayaran). Ini untuk memudahkan pengurusan dan atas faktor keselamatan yang lebih terkawal dengan adanya warden di kompleks pelayaran.

 

Hari Ketiga; Sabtu, 06hb Disember: Pada hari ini semuanya berjalan lancar seperti dirancang dengan semua atlet telah bersama joint pasukan kem dan melakukan aktiviti latihan fizikal pagi. Sekitar jam 0930am bot-bot telah diturunkan dari lori dan pemasangan dan persediaan bot telah dilakukan dengan group yang lain juga melakukan persediaan dan senggaraan bot pada pagi ini menjadikan semuanya lancar dan selari kecualai kelas Optimist yang telah turun ke air pada awal pagi.

 

Sekian Laporan: Catatan Satu Perjalanan, Satu Langkah dari Ribuan Langkah, Segunung Harapan...Satu Impian

Write a comment

Comments: 0