ANUGERAH SUKAN TERENGGANU (AST 2013/2014): SUKAN PERAHU LAYAR ANTARA YANG TERCALON DALAM BEBERAPA KATEGORI

Sukan pelayaran negeri Terenggau sekali lagi mengorak langkah kecemerlangan bagi tahun 2014 ini dengan telah berjaya ke peringkat akhir bagi pencalonan beberapa kategori dalam Anugerah Sukan Terengganu (AST) 2013/2014 yang akan berlangsung pada malam ini, bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman. Antara kategori yang telah berjaya untuk disenarai pendekkan adalah:

  1. Calon Olahrawan Harapan: Asri Bin Azman
  2. Calon Pasukan Terbaik: Pasukan Perahu Layar Optimist
  3. Calon Jurulatih terbaik: Coach Abdul Rani dan Coach Romzi serta

12 calon di senaraikan untuk anugerah utama Olahragawan d an Olahragawati manakala 10 lagi calon untuk Olahragawan harapan dan Olahragawati Harapan. Persaingan yang sengit untuk Asri bagi calon kategori ini.

 

13 kategori telah dipertandingkan pada AST2013/2014, manakala 2 lagi anugerah adalah anugerah penghargaaan. 50 pencalonan telah diterima dari persatuan-persatuan sukan dan dari senarai tersebut 22 calon telah disenarai pendekkan mengikut kategori masing-masing.

 

Adalah menjadi satu kebanggaan dan penghargaan bagi sukan perahu layar apabila atletnya berjaya disenarai pendekkan bagi menyaingi atlet-atlet dari sukan yang memang telah dikenali sebagai sukan utama seperti sukan berbasikal, hoki, memanah, olahraga dan beberapa sukan lain.

 

Pemenang olahragwan-wati akan membawa pulang selain wang tunai, piala pusingan dan medal juga akan membawa pulang hadiah iringan berupakan barangan elektrik yang ditaja oleh Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu Berhad (Kokitab)

Calon Olahragawan AST 2013/2014

Calon Olahragawati AST 2013/2014


Calon-calon bagi Olahragawan Hharapan dan Olahragawati Harapan AST 2013/2014. Asri Gambar Bawah terkanan bagi calon Olahragawan Harapan

LINK BERKAITAN: DARI BERITA HARIAN

Hafifi, Fatehah calon popular Olahragawan, Olahragawati Terengganu



Write a comment

Comments: 0