Aksi Pelayar Terengganu dan lain-lain Wakil Malaysia di Kejohanan India International Regatta 2014

Ketika pelayar-pelayar kita sedang berlumba di acara marathon yang baru membuka gelanggangnya di Kejohanan kebangsaan bertempat di Pangkalan TLDM Lumut, pelayar-pelayar pelapis kita di bawah Program T20 pula sedang bertarung dengan keadaan angin yang agak kencang untuk 3 perlumbaan pada hari yang sama ini.


Kejohanan ini juga telah diiktiraf sebagai pembuka tirai bagi kejohanan Asian Youth Cup (AYC) musim (2014-2015) yang baru diperkenal oleh Asian Sailing Federation (ASAF) dalam mempertingkatkan dan memperkembangkan mutu sukan perahu layar di rantau Asia.


5 kelas bot telah dipertandingkan dengan dipecahkan kepada acara lelaki dan peempuan melibatkan kelas Optimist, Laser 4.7, Laser Radial dan 29er. Kelas RS One yang dicadangkan telah dibatalkan kerana kurang mendapat penyertaan yang mencukupi untuk kelas ini dipertandingkan

Senarai Atlet dan Penyertaan

Seramai 6 orang pelayar telah terpilih untuk mewakili Malaysia di Kejohanan India International Regatta 2014 yang baru sahaja membuka tirainya sama dengan kejohanan Kebangsaan yang sedang berlangsung sekarang. Pelayar-pelayar negara yang terpilih adalah:

  1. Mohd Sharul Fitri Bin Ali - pelayar dari negeri Kedah untuk kelas Optimist
  2. Izatul Huda Bin Sani - pelayar dari Selangor untuk kelas Optimist Perempuan 
  3. Syarifah Alia Dhamirah Bt Syed hashim - pelayar negeri Kedah untuk kelas Optimist Perempuan
  4. Zul Aqir helmy Bin Hasan - pelayar negeri Selangor untuk kelas Laser 4.7
  5. Al Yauma Akma Bte Zulkifeli - pelayar Terengganu untuk kealas Laser 4.7
  6. Asmawi Bin Azman - pelayar Terengganu untuk kelas Laser 4.7

Kesemua pelayar ini mendapat tajaan MSN-MSA kecuali pelayar Aswami, melalui penajaan MSN Terengganu. Atlet pada kejohanan ini diiringi oleh En Ahmad Khmbali Bin Yadi sebagai jurulatih pasukan dan juga En Mohd Afendy Bin Abdullah yang bertindak sebagai Pegawai Perlumbaan (IRO) juga merangkap pengurus pasukan Malaysia.


Kejohanan ini telah mendapat penyertaan yang agak kurang memberangsangkan bagi acara AYC ini iaitu hanya mendapat kira-kira 94 penyertaan sahaja yang terdiri dari: (Link untuk penyertaan)

  1. Kelas Optimist mendapat sejumlah 55 penyertaan dengan 15 darinya adalah perempuan
  2. Kelas Laser Radial pula hanya mendapat 9 penyertaan dan hanya 3 pelayar sahaja darinya adalah perempuan
  3. Kelas Laser 4.7 pula mendapat jumlah penyertaan lebih baik dengan 22 penyertaan tetapi hanya dengan 7 penyertaan sahaja untuk kategori perempuan
  4. Kelas 29er mendapat penyertaan yang paling minima dengan hanya mendapat 6 penyertaan sahaja dan hanay 2 penyertaan sahaja untuk kategori lelaki dengan selebihnya adalah perempuan.

Ini dapat membayangkan kesukaran pada peringkat awal ini untuk mendapatkan kerjasama negara-negara asia dalam memperkembangkan sukan perahu layar ini. Mungkin juga kebanyakan negara membuat tanggapan kejohanan di India ini kurang menarik  dan kemungkinan mereka lebih bersedia untuk kejoahnan siri berikutnya nanti yang akan berlangsung di Hong Kong pada February, kemudiaanya di Singapura pada Mac sebelum menutup tirainya di Abu Dhabi pada April 2015. Atau kemungkinan juga kejohanan ini telah clash dengan beberapa kejohanan penting di negara masing-masing seperti apa berlaku sekarang di negara kita clash dengan Kejohanan kebangsaan


Untuk Aksi dan keputusan pelayar kita ikuti di link subpage Antarabangsa website ini.

Write a comment

Comments: 0