Kejohanan Kebangsaan Menutup Tirai.

Siri Kejohanan Ranking KFC Kebangsaan

Kejohanan Kebangsaan telah menutup tirainya pada Ahad 21hb Disember. 


Kejohanan tahunan yang menutup tirai kalendar siri kejohanan kebangsaan setelah 9 siri ranking regatta negeri berjaya dijalankan dari 12 yang dirancang dengan tambahan satu kejohanan MSSM boleh dikatakan antara sukan yang paling aktif dalam negara. Bermula seawal bulan Februari hinggalah ke Disember ini antara kejohanan ranking regatta yang berjaya diadakan adalah:

  1. KFC-RPAL - Langkawi, Februari
  2. KFC-Penang Open - Tg Bungah, Mac
  3. KFC-Perak - Lumut, Perak
  4. KFC-Tunku Laxamana-N Sembilan, Mei
  5. KFC-Perlis - Timah tasoh, Mei
  6. KFC- Selangor - Bt Laut, Ogos
  7. KFC-Merdeka day - Tg Aru, Sabah, Ogos
  8. KFC-Johor - Tg Leman, Mersing, Johor, Oktober
  9. KFC-Terengganu - Kuala Terengganu, November

3 negeri yang gagal melaksanakan kejohanan ranking setelah tersenarai di dalam kalendar MYA adalah: Putrajaya, Melaka dan terakhir Pahang yang terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir kejohanan akan berlangsung kerana masalah cuaca buruk yang melanda pantai timur. Jika semuanya berjalan bermakna 13 kejohanan termasuk Kejohanan Kebangsaan iaitu 1 kejohanan bagi setiap bulan dengan tambahan 1 kejohanan berbaki.

Tidak keterlaluan ini adalah agak padat jika semua negeri hendak mengambil bahagian. Sedikit melegakan apabila syarat ranking menetapkan hanya kira-kira 70% kejohanan sahaja akan diambilkira sebagai ranking dengan kejohanan di Sabah dan Kejohanan Kebangsaan dikira wajib (non-discard) bermakna 5 siri ranking yang lain akan diambilkira akan dikira.

Kejohanan Kebangsaan siri ke 31.

Kejohanan pada kali ini berjalan lancar dalam keadaan angin yang sangat perlahan dan siri perlumbaan tidak berjaya dilengkapkan.

 

Kejohanan kali ini jelas dikuasai sebahagian besarnya oleh atlet kebangsaan yang mewarnai acara pembangunan kebangsaan. Dengan jumlah penyertaan terbesar dari kontijen yang mengambil bahagian dan stataus sebagai pelayar kebangsaan (elit dan pelapis) maka sewajarnya pencapaian dicapai mereka. Memenangi 7 emas dari 16 emas yang ditawarkan masih menunjukan persaingan tetap ada datang dari negeri-negeri.

Kedudukan Pingat

BIL

ACARA

EMAS

PERAK

GANGSA

1

OPT OVERALL

MYA-SEL

TER

TER

2

OPT A

MYA-SEL

TER

TER

3

OPT B

MYA-PUP

MYA-KED

MYA-KED

4

OPT C

SEL

SEL

PERAK

5

OPT GIRLS

MYA-PRK

JOH

MYA-SAB

6

OPT TEAM

TER

KED

SAB

7

LSR RAD M

KED

MYA-TER

SEL

8

LSR RAD W

MYA-PAH

MYA-KED

WLP

9

LSR STD

MYA-KED

ATM

MYA-KED

10

LSR 4.7 G

MYA-KED

MYA-KED

SAB

11

LSR 4.7 B

WLP

KED

NES

12

INT 470

TER

13

INT 420 M

TER

TER

JOH

14

INT 420 W

TER

MYA

SEL

15

WSURF OPEN

ATM

ATM

MYA-TER

16

B TECHNO

TER

TER

TER

Pencapaian Emas:

  1. MYA - 7 emas (Optimist Overall, Optimist Div A, Optimist Div B, Optimist Girls, Laser Standard, Laser Radial Women dan Laser 4.7 Girls) 
  2. Terengganu - 5 emas (Optimist Berpasukan, Int 470, Int 420 Boys, Int 420 Girls dan Windsurfing Bic Techno)
  3. Kedah - 1 emas (Laser Radial Men)
  4. Selangor - 1 emas (Optimist Div C)
  5. ATM - 1 emas  (Windsurfing Open)
  6. Wilayah persekutuan - 1 emas (Laser 4.7 Boys)

Link ke Keputusan 

Keputusan penuh boleh dilihat di laman: 

AKSI DAN KEPUTUSAN BAGI HARI TERAKHIR

Kenyatan akhbar

Sukar digugat

Oleh Azizan Hashim

Lumut: Pelayar negara Muhammad Dhiauddin Rozaini dan Nor Nabila Natahsa Mohd Nazri masing-masing meraih tiga gelaran pada Kejohanan Perahu Layar Kebangsaan ke-31 berakhir di Pusat Latihan Kemahiran Air (PLKA), KD Pelandok, Pangkalan TLDM, baru-baru ini.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18383#sthash.ev8vZJYh.dpuf

Pencapaian Pasukan Terengganu

Menyusul....

Write a comment

Comments: 0