Tahun 2015 menghangat di Bulan Februari

Aktiviti di tahun 2015 membuka tirai dengan senarai kejohanan-kejohanan yang dirangka berjalan baik.

Selain aktiviti yang dijalankan khas oleh Persatuan pelayaran Malaysia (MSA) beberapa kejohanan juga dijalankan terutamanya acara keel boat.

Siri Liga Layar Malaysia (LLM) yang mendapatperuntukan besar kerajaan melalui peruntukan  KBS/MSN dijalankan bersamaan dengan Belia Belayar juga menghangatkan suasana pertandingan dalam negara sehinggakan berlaku pertindihan acara yang boleh menjejaskan suasana kehangatan perkembangan sukan perahu layar tanah air jika tidak diawasi dan dijalankan secara lebih teliti oleh MSA sebagai badan bertanggungjawab negara terhadapa sukan ini. Sebaliknya jika dijalankan secara betul terutama dari segi promosi dan menarik minat massa bukan sahaja setakat warga pelayaran sahaja. Siri-siri pertandingan dan kejohanan perahu layar dalam negara yang boleh dikatakan diadakan pada setiap bulan sudah boleh mendapat satu slot khas dalam siaran media melalui siaran khas di TV samada siaran Astro ataupun sebaliknya. Kerjasama ke arah ini sepatutnya sudah bermula untuk meningkatkan mutu sukan perahu layar ini menjadi salah satu sukan utama sepertinya acara sukan bermotor (cup prix)

Acara bulan Januari

Acara: 13th Royal langkawi International Regatta (RLIR2015)

Tarikh: 112-17hb Januari 2015

Venue: Royal Langkawi Yacht Club

web resmi: http://www.langkawiregatta.com/

Keputusan: http://www.langkawiregatta.com/Results-General/Result-2015.html

Senarai Pemenang RLIR 2015
Senarai Pemenang RLIR 2015

Acara Bulan Februari

Kem Pemilihan Sukan Sea 2015 Fasa 2

Kem Pemilihan ini telah diadakan mulai 01hb Februari 2015 hinggalah 10hb Februari 2015 bertempat di Pusat Pelayaran Kebangsaan (NSC) Langkawi

Seramai 72 orang atlet telah dikenalpasti melalui Kem pemilihan Fasa 1 dan juga melalui ranking kebangsaan. Walaupun begitu pemilihan bagi atlet Keel Boat dan juga 29er tidak dijalankan serentak dan akan dikendalikan kemudian.


Melalui kem pemilihan ini atlet akan dinailai melalui ujian fizikal, kefahaman teori dan juga keputusan pertandingan pemilihan.


Jadual kem mengandungi 4hari awal akan didedahkan dengan teori dan praktikal di air bagi membolehkan atlet membiasakan diri dengan keadaan dan kemudiannya mulai 06hb hinggalah 09hb perlumbaan pemilihan fasa 2 berlangsung


Sesi ujian fizikal dijalankan sepenuhnya oleh pakar dari ISN negara. Ujian dipecahkan kepada kelas-kelas bot Laser bermula di hari pertama, diikuti dengan kelas Optimist dan Windsurfing pada hari kedua dan hari ketiga ujian dikhaskan untuk kelas double handed. Manakala pada hari terakhir ujian hari keempat ujian Yoyo dilakukan untuk semua kumpulan bot. Agak membanggakan dimana atlet Terengganu mampu untuk sama-sama menyaingi atlet kebangsaan dan segelintir dari mereka mendahului kumpulan bot masing-masing bagi ujian tertentu terutamanya bagi larian Yoyo Test.


Bagi perlumbaan pula atlet negeri telah memberikan saingan yang hebat untuk menduduki ranking top 3 bagi membolehkan peluang mereka lebih cerah untuk pemilihan terakhir semasa kejohanan KFC-RPAL 2015 nanti.

15 perlumbaan telah dijalankan bagi semua kelas kecuali kelas Int 470 hanya 14 perlumbaan dijalankan. 2 discard terburuk dibenarkan. Berakhir perlumbaan pemilihan ini 8 pelayar Terengganu dari 13 pelayar mempunyai peluang untuk tersenarai sebagai pemenang untuk pemilihan berikutnya di kejohanan KFC-RPAL. walaupun tidak mendahului setiap kelas yang disertai mereka tetapi berada pada ranking ke-2 dan ke-3 memberi mereka peluang berikutnya.

Kelas Bot Pertama
Kedua Ketiga Pelayar Terengganu
 Optimist Lelaki

Dhiauddin - MSA

28 mata

Mohd Fauzi-MSA

33 mata

Abdul Latif - Terengganu

35 mata

Izzuddin - 70 mata

Umar- 80 mata

Faqih-119mata

Khaidir -123mata


Optimist Perempuan

Nabila Natasya-MSA -14mata

Aishah-MSA

29mata

Nurin Arisa-Johor

39mata

Insyirah -75mata

Atikah - 92mata

Sarah - 93 mata

Laser Standard

Khairulnizam-MSA

14mata

Latif - MSA

23mata

Farhan-Selangor

44mata

Firdaus-45mata

Mustaqiim-64mata

Laser Radial Lelaki U19

Asri-MSA

13mata

Haris-MSA

28mata

Hafiz-MSA

42mata

Asmawi -64mata

Laser Radial Wanita

Khairunneeta - MSA

15mata

Shazrin-MSA

22mata

Liyana-MSA

36mata

tiada

Laser Radial Wanita U19

Shazrin-MSA

13mata

Vheeda-Sabah

26mata

Adele-Sabah

47mata

tiada
Int 470 lelaki

Ku Anas & Fauzan -MSA

20.73mata

Muslim & Hafiz- MSA/TER

22mata

Faizal/Akiyudin-MSA

23mata


Int 470 Perempuan

Aisyah&Shikin-MSA

15mata

Nisa & Amirah-KED/MSA

18.55mata

Wahida & Lin - MSA

33.82mata


Int 420 Lelaki

Uzair & Eiman - MSA

14mata

Safares & Hakimi - Terengganu

23mata

Isan & Amirul- MSA/TER

52mata


Int 420 Perempuan

Adriana & Fatihah - MSA

14mata

Hana & Nadzirah- MSA/Terengganu

26mata

Natasya & Najwa - MSA/Sel

34mata


Windsurfing

Danish - MSA

23mata

Elfee-Terengganu

28mata

Illham-Terengganu

29mata


Write a comment

Comments: 0