Keputusan Kejohanan MSSM dan Sukan Sea

Begitu lama  menyepi kini kembali dengan 2 kejohanan yang sedang menghangat serentak sedang rancak berjalan.

SUKAN SEA KE-28; SINGAPORE 2015

Kejohanan Sukan Sea ke-28, Singapura 2015 telah memasuki hari ke-9 dengan berbaki 5 hari lagi. Bagi sukan pelayaran pula kini sudah  memasuki hari ke-5 dan jika semalam 7 acara telah diketahui pemenang pingatnya maka hari ini 2 lagi pingat telah ditentukan negara yang mewarnai warna pingat bagi acara Windsurfing RSX lelaki dan perempuan. Beberapa acara akan berterusan menawarkan baki 11 lagi pingat dari keseluruhan pingat.

 

Berdasarkan sehingga hari ini (Selasa; 10/06/15) kedudukan pingat masih diungguli oleh Singapura yang menambah 1 lagi pingat menjadi 5 emas diikuti oleh Thailand yang memintas negara kita dengan juga 2 emas tetapi melebihi pingat perak dan gangsa.

Tahniah kepada pemenang pingat;

Emas:

  1. Optimist Berpasukan
  2. Laser Radial Perempuan Bawah 19 Tahun

Perak:

  1. Laser Standard
  2. Keel Boat Fleet Race Peempuan

Gangsa:

  1. Laser Radial Perempuan

Syabas dan tahniah kepada pelayar Terengganu

Tahniah kepada pelayar Terengganu Abdul Latif Mansor yang telah memenangi pingat emas acara Optimist berpasukan bersama dengan (Diauddin-Selangor, Fauzi-Kedah, Nabila-Perak dan Aisyah - Sabah).


Sayang sekali cabaran peserta Terengganu bagi 2 lagi acara telah berakhir dengan Asri Azman hanya mampu menamatkan saingan di tempat ke-4 setelah dicabar sengit oleh pelayar Thailand dan Indonesia untuk pingat Perak dan Gangsa. Asri hanya tewas dengan 1 mata sahaja kepada pelayar pingat gangsa.

Manakala bagi acara Windsurfing RSX pula wakil negara dari Terengganu Ahmad Danish terpaksa berpuashati menamatkan cabaran di tempat terakhir. Merupakan pelayar termuda dan bersaing dengan pelayar yang jauh berpengalaman dalam acara ini merupakan satu permulaan yang baik bagi Danish untuk terus cemerlang dalam acara ini.

 

Syabas dan tahniah diucapkap kepad ketiga-tiga pelayar ini.


Ikuti perkembangan dan keputusan-keputusan di link ANTARABANGSA-SUKAN SEA KE-28; SINGAPORE 2015

KEJOHANAN PERAHU LAYAR MSSM

Kejohanan Perahu Layar MSSM sudah memasuki hari ke-4 pada hari ini (Isnin; 09/06/15) dimana pada hari pertama hanyalah melibatkan persediaan bot, pendaftaran, penyesuaian gelanggang dan juga mesyuarat pengurus pasukan

 

Pada hari ke-2 kejohanan (Ahad; 07/06/15) acara sponsor individu telah berjaya dijalankan.

Tahniah diucapkan kepada memenang dari Terengganu (Umar, Faqihudin dan Izzuddin) yang berjaya mengungguli 3 tempat teratas pada awalnya bagi kategori Optimist Penaja Bawah 15 sebelum kemudiaannya Umar telah terbatal akibat diprotes oleh peserta lain.

Juga syabas kepada Khaidir yang menduduki tempat ke-2 bagi acara Optimist Penaja bawah 12 tahun.

Sementara itu bagi kelas Laser juga tidak kurang hebatnya dimana pelayar Terengganu berjaya berada pada kedudukan ke-3 (Al-Yauma Akma) dan ke-empat (Alif Safares) bagi kelas Laser 4.7 tewas kepada pelayar Kedah (Adifakurda bakiah & Natasya).

Manakala untuk kelas Laser Radial sedikit sengit saingannya dan Asmawi hanya berjaya berada kedudukan ke-5, manakala Nuur Fatin pada kedudukan ke-9. Acara ini juga diungguli oleh pelayar dari Kedah (Danial)

Acara Berpasukan Optimist 

Manakala bagi acara berpasukan pula telah dijalankan pada hari ke-3, ke- 4 dan ke-5. Semalam Rabu; 10/06/15 acara berpasukan telah berakhir. Paukan Terengganu telah ditewaskan oleh pasukan Sabah yang menjuarai semua pertembungan mereka ke atas lawan. Pasukan kita Terengganu terpaksa berpuashati di tempat ke dua setelah tewas 2 pertembungan kepada Sabah dan atas kesilapan sendiri tewas kepada Johor (OCS belake????)

Apa-apa pun syabas dan tahniah kepada pelayar Optimist Terengganu dan jangan lupa untuk belajar dari kesilapan yang berlaku.

Maklumat kejohanan boleh diperolehi melalui blog kejohanan di link berikut: http://mssmmoeperahulayar.blogspot.com/ 

 

Lain-lain keputusan terutamanya melibatkan pelayar Terengganu boleh diikuti di Link: INFO NATIONAL CHAMPIONSHIP & RESULTS - KEJOHANAN ERAHU LAYAR MSSM 2015

Write a comment

Comments: 0