Kejohanan Perahu Layar MSSM 2015 telah menutup tirainya

Kejohanan perahu layar MSSM telah pun menutup tirainya semalam. Kejohanan yang memakan masa kira-kira 7 hari ini bermula dengan 5hb Jun pasukan sudah mula berkampung di Pantai Batu 3 Port Dickson hinggalah semalam berakhir dengan acara penyampaian hadiah sebagai kemuncak acara penutupnya.


ACARA KEJOHANAN DAN PELAKSANAAN

3 acara utama dipertandingkan sepanjang sepekan di Port Dickson melibatkan acara:

  1. Penaja Optimist Bawah 15 dan Bawah 12 Terbuka, Laser Radial Terbuka dan Laser 4.7 Terbuka
  2. Acara Berpasukan Optimist 
  3. Acara Individu: dipecahkan kepada 8 kelas bot: Optimist Lelaki Bawah 15, Optimist Lelaki Bawah 12, Optimist Perempuan Bawah 15, Optimist Perempuan Bawah 12, Laser 4.7 Lelaki, Laser 4.7 Perempuan , Laser Radial Lelaki, Laser Radial Perempuan.

Acara penaja yang dijadualkan hanya 1 hari sahaja lebih kepada acara memanaskan badan tetapi juga dikira sebagai salah satu acara MSSM dan menawarkan 4 pingat agak lumayan


Acara berpasukan pula berlangsung sehari selepas acara penaja dan ianya dijalankan secara round robin. Acara ini memakan masa sehingga 3 hari dalam persaingan kejohanan MSSM kali ini menyebabkan masa terbuang bagi kelas Laser Radial dan Laser 4.7. 


Pada 2 hari terakhir barulah acara idividu dijalankan; itu pun hanya 1 hari sahaja perlumbaan dapat dijalankkan memandangkan pada hari terakhir jatuh paada hari Jumaat ditambah dengan limit masa waktu perlumbaan. Oleh itu hanya 2 perlumbaan sahaja dapat dijalankan dan diambilkira sebagai keputusan keseluruhan kejohanan. Ini menyebabkan pelayar yang mempunyai bad result apatah lagi jika DSQ/DNS/DNF tidak akan berpeluang lagi untuk melakukan 'coming back'. 


Rasanya untuk tahun-tahun berikut eloklah sekiranya pihak penganjur memikirkan alternatif lain seperti acara Individu untuk kelas-kelas lain (Laser Radial dan laser 4.7) berjalan serentak semasa acara berpasukan Optimist dijalankan. Ini akan memberikan lebih banyak perlumbaan dapat dijalankan, lebih persaingan antara pelayar dan lebih menarik acara kejohanan ini memandangkan acara MSSM adalah salah satu acara kemuncak bagi persiapan pelayar dengan semua pelayar dari seluruh negara mewakili negeri masing-masing.


Selain itu pihak MSSM juga sudah sampai masanya untuk memikirkan kelas-kelas lain untuk dipertandingkan bersama seperti Int 420 dan juga windsurfing Bic Techno. Jika pihak MSSM tidak mempunyai bot mengapa tidak diadakan kerjasama dengan MSNegara dan persatuan kebangsaan (MSA) melalui persatuan negeri masing-masing selaraskan dengan apa yang sedang dirancang melalui cadangan Pelan Pembangunan Strategik 2015-2023 untuk mengadakan kerjasama lebih antara MSN, MSSM dan persatun (MSA). Gerak kerja yang lebih strategik dan lebih komprehensif amatlah dipeerlukan memandangkan Malaysia akan menjadi tuanrumah untuk 2 tahun akan datang bagi menganjurkan kejohanan Sukan Sea. Lihat bagaimana Singapura merancang hinggakan 20 acara (pingat) dikemukakan bagi sukan Sea mereka kerana mereka tahu mereka mempunyai program pembangunan yang mantap bagi sukan perahu layar ini.


Pada kejohanan ini masih lagi terdengar luahan-luahan kecil tidak berpuashati dari segi kepengadilannya terutama yang melibatkan juri. Rasanya pihak penganjur telah mengambil inisiatif dalam mengatasi masalah ini, cuma memerlukan tindakan yang lebih progresif bagi mengatasi masalah juri ini. Pegawai perlumbaan tidak menjadi masalah memandnagkan ramai cikgu-cikgu terlibat dalam kejohanan-kejohanan dalam negara tetapi untuk juri hanya semasa kejohanan MSSM sahaja kebanyakan mereka terlibat (kecuali juri jemputan), jadi pihak MSSM perlu melihat bagaimana untuk melibatkan lebih ramai guru menjadi juri dalam kejohanan-kejohanan tempatan. Kursus untuk juri-juri dari kalangan guru perlu diadakan. Begitu juga dengan jurulatih-jurulatih (terutama yang lebih kepada pihak luar jurulatih sepenuh masa)

KEDAH JUARA KESELURUHAN

Pada kejohanan kali ini pasukan Kedah telah menjuarai kejohanan ini apabila memenangi 5 pingat emas 3 semasa acara penaja dan 2 semasa acara individu. Mengungguli acara Optimist Bawah 12 Tahun, Laser Radial dan Laser 4.7 di acara penaja dan seterusnya menguasai acara Laser Radial Lelaki dan Laser 4.7 Perempuan.

Pasukan Terengganu berjaya menguasai acara Optimist Bawah 15 di acara penaja dan 3 pingat acara Individu bagi kelas Optimist Bawah 15 Lelaki dan Perempuan juga Optimist Bawah 12 terpaksa berpuashati di tempat kedua keseluruhan. Walaupun begitu jika menurut kepada jumlah pungutan mata pula pasukan Terengganu seharusnya menjuarai sebagai pasukan terbaik kejohanan Perahu layar MSSM ini, apatah lagi jika dilihat kepada keputusan yang dipaparkan.

Isu ini juga perlu diberi perhatian untuk mendapat kepastian bagaimanakah dikira untuk mendapatkan juara keseluruhan dan jika jumlah pingat emas sahaja diambil kira mengapa perlu ada pungutan mata - untuk apa tujuannya. 

Walaupun begitu tahniah kepada keseluruhan pasukan perahu layar negeri Terengganu kerana berjaya memungut jumlah pingat dan mata tertinggi tertinggi, terutamanya kepada Muhammad Faqihudin yang juga berjaya memenangi 2 gelaran sebagai pelayar Optimist terbaik dan juga Pelayar Optimist Lelaki Terbaik. Begitu juga untuk Nur Atikah sebagai Pelayar Optimist Terbaik Perempuan

Keputusan penuh kejohanan boleh diperolehi blog kejohanan http://mssmmoeperahulayar. blogspot.com/ ataupun link terus ke Kejohanan MSSM 2015 disubpage laman web ini.

Write a comment

Comments: 1
  • #1

    tanpa nama (Saturday, 13 June 2015 09:40)

    Pelik jgk dh tercatat dlm result trg juara tp tiba2 umum kedah.. Nmpk mcm ada cmpur tgn.. Pihak terbabit perlu elak perkara ni terjadi, rumah sudah siap tp pahat masih berbunyi