Latihan di venue SUKMA 2016, Miri, Sarawak

latihan di venue SUKMA 2016, Miri, sarawak telah berlangsung pada bulan Ogos lepas bermula dari 19hb hinggalah 26hb Ogos.


latihan berjalan lancar dengan ringkasannya:

  1. Pergerakan pasukan bermula pada lewat petang 18hb Ogos dengan bas MSNT ke lapangan terbang KLIA 2... sampai awal dinihari.
  2. Penerbangan pada awal pagi ke MIri, Sarawak....check-in dan atlet diberi rehat sampai jam 1430. Persiapan bot dilakukan dan atlet merasai bagaimana keadaan di perairan Miri, dikejutkan dengan keadaan ombak yang besar melebihi 1meter hinggakan coach boat yang kecil juga tidak berani keluar bah... Kelas Int 420 sahaja tidak turun pada hari pertama masih sibuk dengan persiapan bot mereka.
  3. Latihan berjalan lancar selepas itu hinggalah Selasa, 25hb Ogos melakukan latihan sesi pagi dan terus melakukan unrig serta penyerahan bot
  4. Pagi 27hb Ogos bergerak ke Kota Kinabalu bagi kejohanan KFC-Merdeka Day Open


Terimakasih diucapkan kepada pasukan Perahu Layar Sarawak di bawah kepimpinan tuan Presiden En Hariffin, ketua jurulatih En hamdan serta orang kuat Miri Marina En Ariffin... Segala bantuan, keperihatinan dan budi baik tuan-tuan amat kami pasukan perahu layar Terengganu hargai. Tanpa bantuan tuan-tuan latihan ini tidak akan berjaya dengan suksessnya. Tidak lupa kepada bekas coach Terengganu Pok Lah yang kini telah berkelana ke Miri banyak membantu pasukan terutama dari segi pengurusan pasukan. latihan pendek bersama pasukan perahu layar Sarawak walaupun seketika semasa latihan diluar diharap dapat memberi sedikit-sebanyak pengalaman kepada kedua-dua pasukan terutamanya pasukan kamik.. 

Write a comment

Comments: 0